Home Kdrama/Kmovie 6 Kisah Mangsa Buli dalam Drama Korea Baru 2023, Seksaan Menyakitkan

6 Kisah Mangsa Buli dalam Drama Korea Baru 2023, Seksaan Menyakitkan

0

Isu buli ke atas mangsa buli memang banyak dipersembahkan dalam beberapa buah drama popular pada tahun 2023 ini. Kisah setiap watak yang pelbagai dengan konflik yang juga berbeza-beza. Biasanya, golongan yang lemah dan miskin menjadi sasaran mudah bagi para pembuli yang merasa diri mereka terlalu superior.

Jika anda anda tertarik untuk menyaksikan kisah watak-watak yang menjadi mangsa buli, jom sama-sama kita lihat lima senarai berikut ini. Terbaru ada dalam drama Korea Death’s Game!

 

1. Kwon Min Ju dalam A Time Called You (2023)

dcbadd74 a2a3 43b3 8564 26a92e8398a2Kwon Min Ju (Jeon Yeo Bin) mempunyai kisah yang sangat sedih. Semuanya akibat dirinya yang mengalami kesukaran bersosial sehingga tidak ada yang bersedia menjadi kawannya. Tambahan pula, Kwon Min Ju mempunyai keyakinan diri yang sangat rendah kerana selalu disisihkan oleh ayah dan ibunya di rumah. Kehidupan seharian Kwon Min Ju terasa begitu suram dan sepi hingga dia berniat untuk mengakhiri hidupnya sendiri.

Baca lagi: Pening Dengan Ending “A Time Called You”? Ini 5 Penjelasannya

2. Jang Hui Soo dalam Moving (2023)

KdramaJang Hui Soo mempunyai sikap empati yang sangat menebal. Perkara ini membuatkan dirinya tidak tahan melihat kawan sekelasnya dibuli secara terus menerus. Dia dengan berani melawan para pembuli ramai itu. Nasib baik, Jang Hui Soo memiliki kuasa regenerasi dan lukanya cepat sembuh sama seperti ayahnya. Dia juga tidak mengalami kecederaan langsung walau menahan pukulan demi pukulan yang seorang diri.

Baca juga: Moving Disney+ Menang Besar di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28

3. Jung Da Eun dalam Daily Dose Sunshine (2023)

d32dbafd aeec 4975 8937 9106c035894eJung Da Eun dipulaukan oleh kawan-kawan sekerjanya kerana dia memiliki hati yang terlalu baik. Dia merupakan seorang juru rawat yang sepenuh hati merawat para pesakit hingga sanggup berlama-lama di ruangan pesakit. Perkara ini membuatkan rakan sekerja yang lain harus bekerja lebih masa untuk menyelesaikan pekerjaan Jung Da Eun. Tambahan pula, Jung Dae Eun mengalami gangguan mental akibat masalah tersebut.

Baca juga: Daily Dose of Sunshine: 8 Impak Kebaikan Jung Da Eun sebagai Jururawat

4. Jin Seo Won dalam A Good Day To Be A Dog (2023)

Mangsa buliJin Seo Won (Cha Eun Woo) mempunyai trauma terhadap seekor anjing. Perkara ini dimanfaatkan oleh sekumpulan pembuli yang mengetahui kelemahan Jin Seo Won. Mereka dengan sengaja memukulnya di depan seekor anjing hitam yang sedang menyalak. Tentu sahaja, trauma Jin Seo Won semakin parah hingga membuatkan dia selalu berlari ketakutan ketika berhadapan dengan anjing.

Baca lagi: Sumpahan Hae Na Hampir Hilang dalam “A Good Day To Be A Dog”, Tapi Ada Yang Menghalang

5. Boyhood

IMG 7489

Boyhood adalah drama siri yang mengisahkan tentang seorang anak remaja yang bernama Jang Byeong Tae (Im Si Wan) yang sering menjadi mangsa buli. Dia selalu dipukul walau di mana pun dia berada.

Baca juga: Boyhood: 8 Nasib Malang Karakter In Siwan Yang Jadi Mangsa Buli

6. Kwon Hyeok Su dalam Death’s Game (2023)

9d9cd91b 11eb 47d8 970d 4e645d38d460Kwon Hyeok Su (Kim Kang Hoo) merupakan seorang pelajar yang dianggap lemah di kelasnya. Dia menjadi sasaran mudah sebagai mangsa buli Lee Jin Sang (Yoo In Soo), kawan sekelasnya. Kwon Hyeok Su pernah menjadi orang suruhan dan dipaksa memberi duit kepada Lee Jin Sang. Tentu sahaja perkara ini membuatkan dirinya merasa begitu tertekan setiap kali pergi ke sekolah.

Para penonton turut sama merasa empati dan simpati dengan kisah kelima-lima watak tersebut. Kisah-kisah ini menyimpan beberapa insight menarik yang dapat memberi pengajaran meluas kepada masyarakat.

Baca lagi: Penulis “The Glory” Lebih Rela Anak Perempuannya Menjadi Mangsa Buli Daripada Menjadi Pembuli, Ini Sebabnya
Baca juga: 5 Sebab Mengapa “Death’s Game Adalah Siri Yang Ditunggu-tunggu Ramai