Home Kdrama/Kmovie Daily Dose of Sunshine: 8 Impak Kebaikan Jung Da Eun sebagai Jururawat

Daily Dose of Sunshine: 8 Impak Kebaikan Jung Da Eun sebagai Jururawat

0

Daily Dose of Sunshine mencuri perhatian dengan cerita menarik tentang penyakit jiwa.

Daily Dose of Sunshine ialah siri original Netflix dan telah ditayangkan sekaligus pada 3 Oktober lalu.

Park Bo Young merupakan tonggak utama untuk keseluruhan cerita “Daily Dose of Sunshine”, dengan membawa watak sebagai jururawat yang bernama Jung Da Eun. Jung Da Eun digambarkan sebagai seorang jururawat yang baik hati. Sikap itu juga yang membuatkan Jung Da Eun dicadangkan untuk berpindah dari Klinik Kesihatan Keluarga ke Klinik Rawatan Jiwa.

Namun, sikap baiknya tersebut bukan sahaja mendatangkan perkara yang baik, tetapi ada juga impak dan kesan buruk menimpanya.

Berikut adalah tujuh impak atas kebaikan Jung Da Eun dalam Daily Dose of Sunshine.

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

d045610d 599c 4407 8abd ed5b4afef8b71. Mahu mendengar ceritanya, Jung Da Eun berjaya membuat Kim Seo Wan (Roh
Jae Won) selesa dan senang bersamanya. Hasilnya, dia rasa sangat dihargai

 

 

Daily dose of sunshine2. Kebaikan hati dan ketulusan Da Eun pada para pesakit juga membuatkan Dong Go Yun (Yeon Woo Jin) terpesona. Da Eun mendapat sokongan baru

 

 

37648eec 8ecf 47a1 ae35 83360ebe3f5d3. Baik dalam waktu bekerja atau dalam kehidupan sehariannya, Da Eun sentiasa membuat orang sekelilingnya merasa selesa. Tenaga positif yang ditunjukkan mendatangkan perkara baik pada mereka

 

 

289a5678 e741 4e1f a7e0 fefdb175502c4. Min Deul Re (Lee E Dam) juga turut merasa kesan positif selepas melihat Da Eun sebagai jururawat . Dia sedar bahawa kebahagiaannya ada di tempat lain

 

 

74f7cb26 3ef5 4241 bb34 399e15b508095. Namun, kebaikan hati Da Eun pada para pesakit ternyata mengganggu jururawat lain kerana dia terlalu fokus dan tertumpu pada seseorang pesakit hingga tugasan lain tertangguh

 

 

1488c35b 3623 4253 9f21 d62fc4e8c7986. Da Eun juga tidak selalu menerima kesan yang positif. Contohnya, sewaktu pesakit Han Jae Hui tiba-tiba hilang pertimbangan akibat sikap baik Da Eun kepadanya

 

 

2ba27b7d 6565 4b4d 96f0 341a5fce6eba

7. Sikap baik hati Da Eun pun menjadi permulaan kepada masalah kemurungan yang dihadapinya. Dia terlalu terikat dengan Kim Seo Wan yang pada akhirnya bunuh diri

 

 

86131526 d670 4eee 8af3 e94db38ba3098. Walaupun begitu, niat tulus Da Eun pada para pesakit itulah yang membuatkan rakan-rakannya sanggup sama-sama mengambil tanggungjawab apabila berlaku protes kerana dia perlu bekerja lagi selepas dirawat di hospital sakit jiwa

Sikap baik juga pastinya tidak selalu membawa kesan positif kepada orang lain dan juga diri sendiri. Namun, sebagai manusia kita tidak akan terlepas dari membuat kesalahan dan sememangnya sukar untuk memenangi hati semua orang. Oleh itu, belajar dan terus belajar untuk menyesuaikan diri tanpa perlu membalas sebarang kejahatan dengan perbuatan jahat lain sama seperti yang dilakukan oleh Jung Da Eun!

Daily Dose of Sunshine dapat anda saksikan kesemua episodnya di Netflix ya!

Baca lagi: 6 Kdrama Adaptasi Webtoon yang Tayang November 2023
Baca juga: 7 Kdrama Terbaru November 2023, Ada Vigilante dan My Demon