Home Anime 5 Penyesalan Terbesar Mikasa Ackerman dalam Attack on Titan

5 Penyesalan Terbesar Mikasa Ackerman dalam Attack on Titan

0

Mikasa Ackerman adalah salah satu karakter utama dalam anime Attack on Titan. Gadis ini merupakan saudara angkat kepada Eren dan juga rakannya dalam pasukan pengintip.

Mempunyai darah Ackerman, Mikasa adalah salah satu watak dengan kekuatan fizikal paling hebat dalam anime ini.

Menjelang akhir siri Attack on Titan, Mikasa merupakan antara watak yang paling mendapat perhatian. Walaupun sangat kuat dan berhati dingin dalam beraksi, Mikasa mempunyai banyak penyesalan.

Berikut ini adalah penyesalan terbesar Mikasa Ackerman dalam Attack on Titan!

 

1. Tidak jujur tentang perasaanya kepada Eren

Mikasa AckermanSalah satu penyesalan terbesar Mikasa adalah tidak jujur dengan perasaannya sendiri. Waktu dimana Eren mempersoalkan makna hubungan mereka semasa berada di Marley ternyata menjadi detik penting dalam menentukan jalan yang akan dipilih oleh Eren. Mikasa baru menyedari perkara tersebut melalui memori yang dibuat Eren dalam The Path.

Eren sebenarnya bersedia untuk berputus asa dengan rancangannya bila-bila masa sahaja jika Mikasa memintanya melakukan sedemikian. Pasti sahaja Mikasa bakal menyesal seumur hidupnya.

 

2. Ragu-ragu membunuh Reiner dan Bertholdt

8887571b 5740 4934 b442 e544ca59f3a3Musim kedua Attack on Titan menceritakan bahagian dimana terungkai identiti Colossal Titan dan Armored Titan. Musuh manusia tersebut ternyata menyamar sebagai kadet, Reiner dan Bertholdt. Mereka merancang untuk menculik Eren, tetapi rancangan mereka digagalkan oleh pasukan pengintip.

Mikasa terus menyerang Reiner dan Bertholdt. Sayangnya kerana mereka sudah terlalu akrab, Mikasa menjadi sedikit ragu dan serangannya tidak berjaya mengenai organ vital mereka. Kegagalan membunuh Reiner dan Bertholdt juga menyebabkan Eren diculik.

 

3. Tidak menyedari keadaan Eren lebih awal

cb05ecfa a213 4819 ae92 6ff0be09c8cbSatu perkara yang sangat ironi dalam cerita ini adalah sikap kurang peka rakan-rakan Eren terhadap keadaan mentalnya yang semakin teruk. Mikasa yang sepatutnya menjadi orang paling rapat dengan Eren juga tidak menyedari keanehan dan perubahan sikap Eren. Sewaktu Mikasa dan Armin sadar apa yang terjadi, Eren telah membulatkan tekadnya untuk melakukan pembunuhan besar-besaran.

 

4. Terlalu melulu mengejar Female Titan

2c6eeaa7 0e80 4e7e b278 676c3c51c14a

Di awal musim anime Attack on Titan, Eren dikejar oleh Titan abnormal yang bernama Female Titan. Walau sudah berusaha melawan, Eren akhirnya dikalahkan dan diculik. Mikasa yang melihat perkara tersebut terus mengejar Titan wanita. Tindakan melulunya ini hampir membuatkan nyawa Mikasa melayang. Akibat tindakan melulu ini, kaki Levi tercedera dan tidak boleh berjuang dalam banyak pertempuran penting.

 

5. Membunuh rakan-rakannya yang bergabung dengan Yaegerist

aebf5105 c2b2 4a51 8798 5b12a87df7c4Kisah kemuncak Attack on Titan adalah perkara paling susah untuk dilalui oleh Mikasa. Kebanyakan rakan-rakannya bergabung dengan Yaegeris untuk membela kampung halaman mereka. Sementara itu Mikasa pula bersama dengan Marley untuk menghentikan Eren.

Konflik dengan rakan-rakannya tidak boleh dielakkan lagi. Samuel, Daz, dan Floch adalah kawan-kawan Mikasa yang dibunuh olehnya. Penyesalan terbesar Mikasa adalah dia perlu membunuh Eren dengan tangannya sendiri.

Mikasa Ackerman adalah karakter yang kompleks dalam Attack on Titan. Walau pada awalnya hanya kelihatan seperti pengawal peribadi Eren, ternyata gadis ini berkembang menjadi watak bebas yang lebih menarik. Tidak ada manusia yang hidup tanpa penyesalan bukan? Rasa penyesalan membuatkan karakter Mikasa Ackerman menjadi lebih lembut dan berperikemanusiaan.

Baca lagi: Attack on Titan: 6 Fakta Tentang Ymir Fritz, Pencipta Titan
Baca juga: 14 Urutan Menonton Attack on Titan, Lengkap dari OVA hingga Spin-off