Home News 14 Urutan Menonton Attack on Titan, Lengkap dari OVA hingga Spin-off

14 Urutan Menonton Attack on Titan, Lengkap dari OVA hingga Spin-off

0

Attack on Titan kembali meneruskan ceritanya melalui The Final Chapter Bahagian 3.

Dalam bahagian ini, rumble yang dilakukan para titan atas arahan Eren Yeager mula memusnahkan umat manusia.

Jika anda baru mula mengikuti cerita panjang dari Attack on Titan, lebih baik anda menonton dari awal mengikut urutan yang betul.

 

1. Attack on Titan Musim 1 (2013)

84319e02 66d9 4ead aa92 fc2b997139cbPada musim pertama, anda diperkenalkan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh warga Shiganshina dan Wall Maria dimana setelah sekian lama Titan kembali berjaya menembusi tembok.

 

2. Attack on Titan: Ilse’s Notebook (OVA) (2013)

bc00d8d8 6a67 413e 8fd9 910257564513Original video animation (OVA) ini mengulas lebih lengkap cerita tentang niat Hange yang bersungguh-sungguh menangkap Titan untuk penyelidikan. Sementara itu, Erwin berkeras tidak memberikan keizinan.

 

3. Attack on Titan: The Sudden Visitor: The Torturous Curse of Youth (OVA) (2014)

afa0092e 7823 4e04 b8ed 16f66db2a625Pada tahun 849, Jean kembali ke rumah selepas berlatih selama 2 tahun. Perselisihan Jean dan Sasha membuatkan Komander Pyxis campur tangan. Dia menyarankan mereka untuk menyelesaikannya dengan pertandingan memasak. Namun, semasa persiapan pertandingan itu ada tetamu yang tidak diundang menemui Jean.

 

4. Attack on Titan Musim 2 (2017)

Attack on titan Eren Yeager dan kawan-kawan memulakan tugas pertamanya sebagai anggota rasmi Pasukan Penyiasatan. Ketika berusaha menyelamatkan tembok, mereka menemui fakta baru berkaitan para titan. Selain itu, mereka juga mula mengetahui rahsia lama dari beberapa anggota mereka.

 

5. Attack on Titan: Distress (OVA) (2014)

1e01f1f9 1b53 4b82 9f6f 79cbd18c32e7Berlatarkan tahun 848, kumpulan pencuri menyerang geng Eren dan mengambil Krista. Di sini hubungan Eren dan Jean diuji, mereka perlu bekerja sama untuk menyelamatkan Krista.

 

 

6. Attack on Titan Musim 3 Bahagian 1 (2018)

7bf054df 7997 426e 93c4 431142c075b0Manusia masih terkurung di dalam dua tembok. Waktu ini, ancaman bukan hanya datang dari Titan yang ada di luar tembok, tetapi juga dari para manusia yang ada di dalam tembok.

 

7. Attack on Titan Musim 3 Bahagian 2 (2019)

495b4b0b d368 4ff1 99b6 b1e2d1f6ec76Pasukan Penyiasat kembali melakukan tugasnya untuk merebut Shiganshina yang jatuh ke tangan Titan. Sementara itu, Reiner dan Bertolt yang terungkap boleh berubah menjadi Titan sudah menunggu Eren di sana.

 

8. Lost Girls (OVA) (2018)

e5af0f08 90ba 4168 9f74 ac2dbaf7d932Menceritakan tentang imaginasi Mikasa Ackerman yang membayangkan sebuah dunia dimana tidak pernah ada pencerobohan Titan. Dia juga membayangkan bagaimanakah jika kedua-dua ibu bapanya tidak dibunuh oleh para penculik.

 

9. Attack on Titan: Junior High (Spin-off) (2015)

61f3aa20 057c 461e 8d8a 2150363774cfIni merupakan cerita pendek yang menampilkan watak AOT dalam bentuk chibi sewaktu mereka bersekolah di Sekolah Titan.

 

10. No Regrets (OVA) (2014)

d4a0d592 536b 481f a85c 3ae4de00c63dOVA ini menceritakan backstory dari seorang Levi Ackerman. Bagaimana Levi yang merupakan prajurit paling kuat di kalangan manusia boleh menjadi Pasukan Penyiasat dan dari manakah asal usulnya.

 

11. Lost Girls – Watch Before Wall Sina, Goodbye (OVA) (2017)

ce01b324 262a 4141 9118 986fdfb3bcbaAnnie Leonhart mendapat misi dari Hitch untuk mencari anak pedagang kaya bernama Carly Stratmann. Dia mengunjungi rumah keluarga Stratmann, di situ dia mendapati fakta yang membuatkan Annie membuat keputusan untuk menghilangkan diri dan tidak kembali.

 

12. Attack on Titan Musim Akhir Bahagian 1 (2020)

69b0a531 8e23 4505 ade3 285f07f5fb3aMengisahkan tentang Gabi dan Falco yang dilatih untuk mewarisi salah satu dari tujuh Titan yang ada di bawah kuasa Marley. Mereka kemudian diuji selepas kedatangan Eren Yeager dan Anggota Pasukan Pengintip.

 

 

13. Attack on Titan Musim Akhir Bahagian 2 (2022)

3e152f49 b35c 457e a806 84d79f256eecPasukan tentera Marley datang ke Shinganshina untuk menangkap dan membunuh Eren Yeager. Ramai yang menganggap bahawa Eren adalah seorang musuh. Konflik Eldia dan Marley mula membara.

 

14. Attack on Titan Musim Akhir Bahagian 3 (2023)

e4b61cd5 3014 4431 a1f2 bb7a56761ecaBahagian ini akan meneruskan cerita perjuangan Pasukan Penyiasat dan para pejuang Marley untuk menghentikan Eren.

Menuju ke akhir cerita, semakin lama jalan cerita jadi semakin menegangkan!

Baca lagi: AOT Musim 4 Bahagian 3 Episod Akhir
Baca juga: 10 Siri Distopia Terbaik Versi IMDb