A Good Day to Be a Dog kini boleh ditonton dan strim di Viu setiap hari Rabu!

Drama rom-com fantasi yang dibintangi oleh pelakon popular Cha Eun-woo dan Park Gyu-young ini menceritakan tentang Han Hae-na dan sumpahan keluarganya yang mengubahnya menjadi seekor anjing jika dia mencium seseorang.


Awas! Artikel ini mengandungi spoiler!

Hae-na (Park Gyu-young) berubah menjadi anjing selepas bercium dengan Jin Seo-won (Cha Eun-woo) dalam satu majlis.

IMG 1540

Masih terperangkap dengan sumpahan kerana rancangannya untuk mencium kembali Jin Seo-won gagal, dia kemudiannya mendapati bahawa Seo-won sebenarnya takut dan trauma kepada anjing, ini menyukarkannya untuk mendekati Seo-won.

A good day to be a dog

Hae-na meminta bantuan anak saudara Seo-won, Yul supaya dia boleh memasuki bilik Seo-won semasa dia sedang tidur agar dia dapat menciumnya bagi mematahkan sumpahan itu. Malangnya, sumpahan itu masih ada. Rupa-rupanya, Hae-na harus mencium Seo-won ketika dia dalam keadaan sedar bagi mematahkan sumpahan itu. Nampaknya usaha Hae-na semakin sukar.

IMG 1539

Akhirnya Hae-na membuat keputusan untuk membantu Seo-won mengatasi ketakutannya terhadap anjing. Kedua-duanya menghabiskan masa bersama. Usaha Hae-na yang berterusan untuk mematahkan sumpahan telah membawa mereka berdua lebih dekat dan Seo-won mula menyimpan perasaan untuk Hae-na.

IMG 1542

Setelah 4 episod ditayangkan, drama “A Good Day To Be A Dog” turut mempamerkan beberapa detik yang menyentuh hati hubungan antara Seo-won dan Hae-na. Daripada saling berpegangan tangan sambil berlari hinggalah babak dimana Hae-na melindungi Seo-won daripada seekor anjing, boleh membuatkan pencinta kdrama berbunga-bunga.

IMG 1541

Nak tahu lebih, korang kena lah layan “A Good Day To Be A Dog” hanya di Viu.

Langgan Viu Premium juga untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Rowoon, Jadi Duda Muda Pencari Jodoh dalam Viu Original Terbaru “The Matchmakers”
Baca juga: A Good Day To Be A Dog Menerima Rating Positif Pada Awal Minggu Tayangan
Previous articleTindakan Lelaki Ini Layan Scam Bungkusan Poslaju Buat Ramai Yang Berdekah
Next article14 Urutan Menonton Attack on Titan, Lengkap dari OVA hingga Spin-off

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here