Home Entertainment A Good Day To Be A Dog Menerima Rating Positif Pada Awal...

A Good Day To Be A Dog Menerima Rating Positif Pada Awal Minggu Tayangan

0

A Good Day To Be A Dog telah menayangkan 2 episod pertamanya pada Rabu, 11 Oktober 2023. Dan episod seterusnya hanya akan disiarkan 1 episod pada setiap hari Rabu bermula dari sekarang.

A Good Day To Be A Dog yang diarahkan oleh Kim Dae Woong ini merupakan adaptasi webtoon karya Lee Hye dengan tajuk yang sama. Drama berjumlah 14 episod ini membawa genre romantik, fantasi, dan komedi boleh ditonton di Viu.

IMG 8822

Pada tayangan minggu pertamanya, A Good Day To Be A Dog mendapat rating 2.8 peratus di seluruh negara menurut Nielsen Korea. Percubaan awal Cha Eun Woo dan Park Gyu Young dalam drama ini telah mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Pasti para peminat kdrama genre fantasi romantis ingin tahu, apakah yang menarik tentang drama A Good Day To Be A Dog ini kan? Jom kita lihat beberapa fakta menarik seperti dibawah ini.

 

1. Jalan cerita menghiburkan dan diselit dengan kisah misteri lampau

A good day to be a dogDrama ini menceritakan Han Hae Na (Park Gyu-young) yang bekerja sebagai seorang guru di sekolah. Keluarga Hae Na telah disumpah dari turun temurun, dimana setiap ahli keluarganya akan bertukar menjadi anjing pada setiap waktu tengah malam setelah dia mencium seseorang.

Dan satu-satunya cara menghilangkan sumpahan ini adalah dengan mencium kembali orang yang sama saat mereka bertukar dan dalam bentuk anjing. Disebabkan ini, Hae Na harus mengelakkan dirinya dari mencium mana-mana lelaki pun. Hubungan cintanya dengan setiap lelaki juga tidak berkekalan lama.

IMG 8832

Namun, suatu hari Hae Na mabuk dan tidak sengaja mencium Jin Seo Won (Cha Eun-woo), yang merupakan salah seorang rakan sekerjanya di sekolah. Hal itu menyebabkan Hae Na berubah menjadi anjing setiap tengah malam. Lalu, dia pun terpaksa mendekati Seo Won untuk menciumnya kembali agar sumpahannya dapat dihilangkan.

Akan tetapi, Seo Won takut dengan anjing akibat trauma masa lalunya. Dan ini menyukarkan Hae Na untuk mendekati Seo Won bagi menyelesaikan masalahnya.

Baca juga: 9 Fakta Menarik “Reap What You Sow”, Variety Show Menampilkan Lee Kwang Soo, Lee Kwang-soo, Kim Woo-bin, Doh Kyung-soo, Kim Gi-bang

2. Dibarisi pelakon-pelakon ternama

IMG 8825Barisan pelakon utama dalam A Good Day To Be A Dog ini adalah Cha Eun Woo ASTRO, Park Gyu Young, dan Lee Hyun-woo.

Cha Eun Woo yang sebelum ini pernah membintangi drama True Beuty, Soul Plate, Rookie Historian Goo Hye Ryung dan My ID Is Gangnam Beauty.

Park Gyu Young dikenali membawa watak utama dalam drama Dali and Cocky Price, The Devil Judge, Sweet Home dan terbaru ialah drama Original Netflix bertajuk Celebrity.

Manakala Lee Hyun Woo pernah muncul dalam drama Original Netflix Money Heist: Join Economic Area, The Liar and His Lover dan Moorin School.

Selain Park Gyu Young, Cha Eun Woo, dan Lee Hyun Woo, A Good Day To Be A Dog juga dibintangi Yoon Hyun Soo, Kim Yi Kyeong, Ryu Abel, Jung Young Joo, Kim Hong Pyo, Jo Jin Se, Kim Hae Jun, Song Young A, Kang Su Bin dan Yoo Seung Mok.

 

3. Karakter menarik yang dibintangi mereka

IMG 8828

Cha Eun Woo sebagai Jin Seo Won, tampil mempersona membawakan watak sebagai seorang guru Matematik yang segak dan berwibawa. Tetapi dia takut dengan anjing kerana trauma masa kecilnya, tapi dialah satu-satunya orang yang mampu menghilangkan sumpahan Hae Na.

Park Gyu Young sebagai Han Hae Na, rakan sekerja Jin Seo Won di sekolah. Mereka berdua pada awalnya merupakan rakan sekerja yang kekok dan sentiasa bertentangan pendapat. Malangnya, Hae Na dibebani sumpahan keluarga yang mengubahnya menjadi seekor anjing setelah dia menerima ciuman pertamanya.

Satu-satunya cara untuk menghilangkan sumpahan itu adalah dengan mendapatkan ciuman kedua dalam masa 100 hari, jika tidak Hae Na akan hidup kekal sebagai anjing.

Lee Hyun Woo sebagai Lee Bo Gyeom, guru sejarah yang mengajar di sekolah yang sama dengan Seo Won dan Hae Na. Bo Gyeom sebenarnya adalah dewa gunung yang menyembunyikan agendanya di sebalik senyuman manisnya. Dia juga merupakan rakan sekerja Jin Seo Won dan Hae Na.

IMG 8830

Bagaimanakah agaknya nasib Hae Na yang harus berusaha untuk menghilangkan sumpahannya melalui Jin Seo Won yang trauma dengan anjing? Pastikan anda tidak terlepas dari menonton A Good Day To Be A Dog ini ya!

Baca lagi: 2 Kdrama Viu Original Rowoon, Cha Eun Woo Paling Dinantikan Oktober Ini
Baca juga: Viu Malaysia Raih 10 Anugerah “Asian Academy Creative Awards 2023”, Paling Banyak di Kalangan Semua Pemain OTT di Malaysia