Home News 6 Kdrama Adaptasi Webtoon yang Tayang November 2023

6 Kdrama Adaptasi Webtoon yang Tayang November 2023

0

Buat para penggemar Kdrama, pasti ramai yang sudah teruja dengan bulan November ini kan?

Mengapa tidak? Ini kerana sejumlah Kdrama adaptasi webtoon yang sudah lama dinantikan dapat anda saksikan pada pada bulan November ini!

Termasuk Vigilante yang dibintangi oleh Nam Joo Hyuk, berikut adalah 6 drama Korea adaptasi webtoon yang tayang November.

1. Moon in the Day

6 Drama Korea Adaptasi Webtoon yang Tayang November 2023

Moon in the Day telah membuat kemunculan di awal November dengan kisah penuh nuansa fantasi. Drama yang diadaptasi dari webtoon bertajuk sama ini mengikuti kisah perjalanan roh bangsawan Do Ha dari dinasti Silla yang merasuki jiwa selebriti popular Korea, Han Joon-oh, yang dilakonkan Kim Young Dae.

Do Ha yang memiliki tubuh Joon-oh untuk membalas dendam selepas 1,500 tahun. Dalam kehidupan lampaunya, kekasihnya Ni-Ta mengkhianati dan membunuhnya. Dia dilahirkan semula sebagai Young-Hwa tetapi tidak mempunyai ingatan tentang kehidupan lampaunya.

Selain Kim Young Dae, Kdrama garapan pengarah Pyo Min Soo dan Park Chan Yool ini juga dibintangi oleh Pyo Ye Jin dan On Joo Wan. Moon in the Day telah tayang perdana di Viu pada Rabu (1/11/2023).

 

2. Vigilante

Kdrama

Selanjutnya ada Vigilante yang sudah dinantikan sejak lama. Kdrama ini juga sekaligus menjadi comeback pelakon Nam Joo Hyuk setelah berjaya dengan Twenty Five Twenty One tahun lalu.

Nam Joo Hyuk berperanan sebagai pelajar akademi polis yang memburu penjahat yang meresahkan masyarakat setiap malam. Di samping itu, dia juga memiliki trauma dan dendam, kerana menyaksikan bagaimana ibunya dibunuh dengan sadis, tetapi pelakunya hanya diberikan hukuman ringan.

Vigilante dijadual tayang pada Rabu (8/11/2023). Selain Nam Joo Hyuk, Yoo Ji Tae, Lee Joon Hyuk, dan Kim So Jin juga turut ada!

 

 

3. Daily Dose of Sunshine

6 Drama Korea Adaptasi Webtoon yang Tayang November 2023Netflix juga tidak ketinggalan menayangkan Kdrama terbaru. Daily Dose of Sunshine yang telah tayang perdana pada 3 November. Menariknya, drama yang diadaptasi dari webtoon bertajuk sama karya Lee Ra Ha ini akan menjadi comeback Park Bo Young sebaik sahaja dia membawa pulang anugerah Female Star of the Year di Film Awards 2023.

Park Bo Young sebagai jururawat baik hati bernama Jung Da Eun yang baru pindah ke pusat psikiatri. Kerana ia merupakan pengalaman pertamanya, tentu dia akan menemui berbagai rintangan berhadapan dengan beragam karenah pesakit mental.

 

 

4. A Bloody Lucky Day

6 Drama Korea Adaptasi Webtoon yang Tayang November 2023

A Bloody Lucky Day sesuai ditonton untuk anda pencinta genre thriller. Drama adaptasi webtoon ini menceritakan Oh Taek (Lee Sung Min), seorang pemandu yang tiba-tiba mendapat durian runtuh dari penumpang misteri bernama Geum Hyeok Soo (Yoo Yeon Seok).

Di sisi lain, Oh Taek sama sekali tidak mengetahui bahawa Geum Hyeok Soo baru saja membunuh seorang lelaki dan merancang untuk bersembunyi di kapal. Kisah menegangkan Lee Sung Min dan Yoo Yeon Seok ini boleh disaksikan di platform streaming TVING pada 24 November ini.

 

 

5. The Story of Park’s Marriage Contract

Kdrama

Sama seperti A Bloody Lucky Day, Kdrama The Story of Park’s Marriage Contract juga tayang pada 24 November 2023 di MBC dan Viu. Namun genre yang dibawa sangat jauh berbeza, The Story of Park’s Marriage Contract akan menghadirkan kisah romantis antara Lee Se Young dan Baek In Hyuk.

Bergenre saeguk dengan konsep time traveler, The Story of Park’s Marriage Contract akan membawa penonton mengikuti kisah hidup Park Yeon Woo di abad ke-19 yang menjadi kacau setelah suaminya mendadak meninggal dunia secara misteri di malam pertama. Kejadian aneh inilah yang membawanya merentas waktu dan sampai ke era modern saat ini.

 

 

6. Secret Playlist

Kdrama

Terakhir, ada Secret Playlist yang akan menanmpilkan kisah cinta misteri antara seorang idol dan YouTuber yang bermula dari aplikasi messenger. Menarik!

Juga diadaptasi dari webtoon Naver dengan tajuk sama, Secret Playlist tayang sebagai drama eksklusif untuk layanan streaming di Jepun, Hulu Japan, pada 18 November 2023. Sejumlah pelakon ternama, bermula dari Shin Hyun Seung, Kim Hyang Gi, Yeon Oh, hingga Kang Sung Yun mengambil peranan penting.

Itu dia deretan Kdrama adaptasi webtoon yang sedia menyapa anda pada November ini. Selain membawa tema cerita menarik dengan beragam genre, drama di atas juga pasti membuatkan pengalaman menonton menyeronokkan, kerana dibintangi para pelakon yang sangat popular!

Baca lagi: 7 Kdrama Tentang Putera Mahkota dengan Kisah Cinta dan Konflik Politik Perebutan Tahta
Baca juga: 7 Filem Korea Tayang Bulan November, Dipenuhi Filem Aksi