Home Artis Korea Moving Disney+ Menang Besar di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28

Moving Disney+ Menang Besar di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28

0

Drama Korea “Moving’ Disney Mendominasi Asia Contents Awards & Global OTT Awards

Drama siri aksi fantasi-jenayah berbajet besar “Moving” muncul sebagai pemenang terbanyak di Asia Contents Awards & Global Ott Awards pada Ahad baru ini dengan meraih enam anugerah, termasuk anugerah ‘kreatif terbaik’.

IMG 7848 1

Kesemua anugerah dalam acara penuh prestij itu disokong oleh Kementerian Sains dan ICT Korea dan Bandaraya Metropolitan Busan, serta ditaja oleh U+mobile tv dan U+tv.

Asia contents awards

Majlis anugerah gilang gemilang itu dihoskan oleh pelakon Kim Kangwoo dan Nancy Momoland. Kumpulan gadis K-pop Alice dan penyanyi-penulis lagu Lee Seung-yoon turut tampil menyampaikan persembahan istimewa.

Filem asal Disney+ “Moving”, yang memulakan tayangannya pada bulan Ogos, turut menerima anugerah kesan visual terbaik dan Kang Full menerima anugerah penulis terbaik. Manakala pelakon versatile Ryu Seung-ryong telah dianugerahkan pelakon utama terbaik. Lee Jung Ha dinobatkan sebagai pendatang baru terbaik dan Go Youn Jung dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik.

Moving

Drama siri “Moving” sebanyak 20 episod itu telah menerima pujian kritikal untuk struktur naratifnya, urutan aksi dinamik dan penceritaan yang menakjubkan. Ia menjadi siri asal Korea yang paling banyak ditonton di seluruh platform penstriman Disney+ dan Hulu. Juga turut merupakan siri akhir yang paling banyak ditonton di Disney+ di seluruh bahagian APAC, termasuk Korea, Filipina dan Taiwan.

Anugerah ‘OTT original terbaik’ telah dianugerahkan kepada ‘Weak Hero Class 1,” yang disiarkan serentak di KOCOWA di Amerika Syarikat dan iQiyi. Manakala anugerah ‘pelakon pembantu wanita terbaik’ dimenangi Lim Ji-yeon dari “The Glory”.

Anugerah

‘Anugerah pencapaian seumur hidup’ diberikan sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Kim Jonghak, yang terkenal dengan pengarahan siri TV termasuk “Sandglass” 1995 (1995) dan “The Legend” 2007.

‘Asian Excellence Award’ telah diberikan kepada pelakon Jepun Yagira Yuya untuk persembahannya dalam drama siri “Gannibal.” Anugerah ‘Rising Star of the Year’ pula telah dimenangi oleh Wen Jun Hui, vokalis dari kumpulan lelaki K-pop Seventeen, yang memainkan peranan utama dalam “Exclusive Fairytale”.

IMG 7851

Anugerah Teknologi Baharu telah diberikan kepada TV platform penstriman Korea. Penstrim serantau Pan Viu berkongsi anugerah ‘Sumbangan Khas untuk K-Contents, dengan Wavve Americas, usaha sama antara SK Telecom dan tiga penyiar utama Korea KBS, MBC dan SBS. Anugerah ‘sumbangan khas untuk industri OTT’ telah diberikan kepada satu lagi platform penstriman Korea Watcha.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!

Baca lagi: 9 Kdrama yang dibintangi oleh bakal pegantin Sojin Girl’s Day & Lee Dong Ha, Berkahwin November ini
Baca juga: Moving: Peranan 42 Watak, Ejen dan Adiwira