Home Entertainment 6 Strategi Jang Ok Ju Balas Dendam dalam Filem Ballerina, Tiada Belas...

6 Strategi Jang Ok Ju Balas Dendam dalam Filem Ballerina, Tiada Belas Kasihan

0

Jang Ok Ju (Jeon Jong-seo) merupakan watak utama dalam filem Korea Ballerina yang merupakan filem original Netflix.

Watak wanita ini diceritakan ingin balas dendam atas kematian sahabatnya, Choi Min Hee (Park Yoo Rim) secara tragis. Ternyata, Choi Min Hee meninggal dunia kerana tertekan dengan ugutan Choi (Kim Ji Hoon) yang telah mengasarinya secara seksual.

Aksi balas dendam Jang Ok Ju ini penuh dengan rancangan yang terperinci supaya dia berjaya membunuh Choi.

Bagaimanakah strategi yang dilakukan oleh Jang Ok Ju untuk balas dendam dalam filem Ballerina? Berikut ulasannya secara ringkas:

1. Menyiasat akaun misteri yang diberikan Choi Min Hee

BallerinaJang Ok Ju mendapat mesej yang ditulis oleh Choi Min Hee di sekeping kertas kecil. Isi kertas tersebut mengandungi permintaan untuk balas dendam terhadap pemilik akaun chef.choi_1004. Tanpa berfikir panjang, Jang Ok Ju bergegas menghantar mesej kepada pemilik akaun tersebut untuk memesan sushi.

Pesanannya mendapat respon dari pemilik akaun tersebut dan dia mengajak untuk bertemu. Namun, Jang Ok Ju tidak memeperlihatkan dirinya tetapi dia hanya memerhatikan apa yang dimaksudkan sebagai ‘sushi’ tersebut. Ternyata, makanan tersebut ada dadah.

 

2. Mengikuti target sampai ke rumahnya

Jang ok juLama menunggu, Choi merasa berang kerana Jang Ok-ju tidak muncul. Akhirnya, dia pergi dari tempat tersebut. Jang Ok-ju tak tidak berdiam diri dan dia terus mengikut lelaki tersebut dari belakang dengan menggunakan motorsikalnya. Jang Ok-ju akhirnya tahu di mana Choi tinggal.

 

3. Memasang alat peranti di tempat tersembunyi

05772a81 5278 4099 90a7 4a530661949fKeesokan harinya, Jang Ok-ju memantau keberadaan Choi dan masa dia keluar dari rumah. Selepas Choi pergi, Jang Ok Jung bergegas masuk ke rumah lelaki tersebut dengan menggunakan peralatannya. Dia memasang alat peranti di tempat yang tidak diketahui oleh Choi. Dengan itu, Jang Ok-ju boleh mengetahui apakah yang akan dilakukan oleh Choi.

4. Mengambil risiko sebagai umpan

IMG 7797Hasil intipan menggunakan alat peranti yang dipasangnya, Jang Ok-ju tahu tempat dimana Choi mencari mangsa. Sebelum itu, dia mengetahui bahawa Choi sering mempergunakan wanita untuk kepentingan dan memuaskan nafsu jahatnya. Jang Ok-ju membuat persiapan untuk memerangkap Choi dengan menggunakan tubuh badannya sendiri.

Jang Ok Ju diajak untuk ke hotel oleh Choi. Mempunyai kepakaran seni bela diri, Jang Ok Ju membelasah Choi hingga lelaki itu cedera parah. Cubaannya untuk membunuh Choi telah gagal kerana lengannya cedera ditembak.

 

5. Bersiap dengan senjata lengkap yang diperlukan

fe90315a 3d54 4216 9a9c ff6207cb1d92Dia sedar bahawa dia perlu lebih bersedia dan tidak akan berjaya jika hanya menggunakan tangan kosong, Jang Ok Ju perlu mencari senjata untuk mempertahankan diri.

 

6. Mempunyai keberanian dan semangat juang yang tinggi

08a672df 7eb5 4e0c a8b3 2ca9a103885aSewaktu serangan pertamanya di hotel, Jang Ok Ju berhadapan dengan 3 orang musuh sahaja. Selepas itu, di kebun ganja dan tempat pemprosesan dadah, wanita ini langsung tidak gentar untuk bertarung dan menghadapi anak buah konco penjahat yang sangat ramai. Bahkan, dengan penuh berani dia telah menembak kepala CEO Jo (Kim Moo Yul) secara tepat dan kejam.

Keberanian Jang Ok Ju untuk balas dendam disertai dengan rasa sakit dan luka hati yang ditanggungnya. Balas dendam ini terjadi kerana sahabat baiknya mati bunuh diri tanpa sebarang keadilan. Jang Ok Ju seolah-olah tidak takut tentang hukuman yang akan diterima.

Bagi anda yang sudah menonton Ballerina, adakah anda berpuas hati dengan jalan cerita dan cara balas dendam yang dipaparkan dalam filem ini?

Baca lagi: 9 Kdrama yang dibintangi oleh bakal pegantin Sojin Girl’s Day & Lee Dong Ha, Berkahwin November ini
Baca juga: 5 Penjelasan Ending Filem Korea Ballerina, Kisah Pembalasan Dendam