Home Artis Korea 9 Kdrama yang dibintangi oleh bakal pegantin Sojin Girl’s Day & Lee...

9 Kdrama yang dibintangi oleh bakal pegantin Sojin Girl’s Day & Lee Dong Ha, Berkahwin November ini

0

Akhirnya khabar bahagia datang dari bintang idol yang juga merupakan seorang pelakon terkenal iaitu Sojin Girl’s Day. Pelakon yang kini berusia 37 tahun tersebut akan melangsungkan perkahwinan dengan rakan sesama artis iaitu Lee Dong Ha.

Sojin dan Lee Dong Ha pernah terlibat dalam satu projek lakonan bersama dalam filem The Grotesque Mansion (2021). Kedua-duanya dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan pada November 2023 yang akan datang.

Sama-sama berkecimpung dalam dunia seni lakon, berikut adalah sembilan buah Kdrama siri yang pernah dibintangi oleh pasangan Sojin Girl’s Day dan Lee Dong Ha. Jom sama-sama kita lihat!

 

a34a7969 002b 4305 b0a4 76a6ed32279e1. Turut membintangi drama When I Was The Most Beautiful (2020), Lee Dong Ha membawa watak sebagai bekas kekasih Im Soo Hyang

 

ecfce026 b2b4 49f0 ab10 0da98e487e872. Sojin Girl’s Day membawa watak sebagai rakan perniagaan dan juga sahabat Yoo In Na dalam drama The Spies Who Loved Me (2020)

 

Lee dong ha3. Lee Dong Ha membawa watak sebagai suami Ha Yoon Kyung dan abang ipar Rowoon dalam She Would Never Know (2021). Dia berlakon sebagai seorang doktor dalam Kdrama ini

 

Park so jin4. Park So-jin bekerja sebagai wartawan hiburan dalam drama Shooting Stars (2022). Dia juga merupakan sahabat rapat Lee Sung Kyung

 

64b275fa d8fc 49fb b636 d9ebf35bbed25. Dalam Doctor Lawyer (2022), Lee Dong Ha merupakan seorang doktor yang bercita-cita tinggi yang ingin mengalahkan kebolehan So Ji Sub. Dia berasal dari keluarga kaya

 

dcc2ba7b 891b 41df 859c bd354e9bcc5a6. Tampil di musim 1 dan kedua, Sojin Girl’s Day membawa watak sebagai pemilik rumah penginapan dan tempat hiburan Chwiseollu dalam Alchemy of Souls

 

ec2ebfb0 8c1f 415f 945b f770acb1ea657. Wataknya digambarkan sombong, Lee Dong Ha yang berasal dari keluarga kaya dijodohkan dengan Son Na Eun dalam drama Agency (2023)

 

Sojin8. Sojin kembali bersahabat baik dengan Yoo In Na dalam Bo-ra! Deborah (2023). Dalam drama ini, dia digambarkan telah berkahwin dengan Lee Sang Woon

 

Kdrama

9. Dalam Delightfully Deceitful (2023), Sojin membawa watak sebagai pakar psikiatri yang merawar Kim Dong Wook. Dia juga dipasangkan dengan Yoon Park

Sojin Girl’s Day dan Lee Dong Ha menambah senarai artis Korea yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2023 ini. Sama-sama terlibat dalam dunia seni, lakonan kedua-dua bakal mempelai ini boleh anda saksikan dalam sembilan drama siri yang telah disenaraikan di atas.

Baca lagi: “Strong Girl Nam Soon” Raih Rating Tinggi, Lebih Berjaya dari Strong Woman Do Bong Soon
Baca juga: 10 Pilihan Drama Romantik Thailand, Sama Daebak Seperti Drama Korea