Home Entertainment 10 Pilihan Drama Romantik Thailand, Sama Daebak Seperti Drama Korea

10 Pilihan Drama Romantik Thailand, Sama Daebak Seperti Drama Korea

0

Jika anda menyukai drama romantik Korea, anda juga pasti akan menyukai drama romantik Thailand. Cerita drama romantik Thailand juga sangat menarik untuk ditonton bersama orang-orang kesayangan anda terutamanya!

Kisah yang diangkat juga sangat beragam. Bermula dari kisah cinta remaja, sehinggalah kehidupan rumah tangga yang pastinya mampu membuat anda tersenyum nyaman.

Ada juga drama romantik Thailand yang diadaptasi dari drama Korea yang diberi sentuhan berbeza namun tetap sahaja menarik untuk dinikmati!

Kisah cinta yang unik dan romantik membuat deretan drama Thailand dibawah ini mendapat banyak perhatian dari para penonton sewaktu penayangannya. Selain itu, drama romantik Thailand dibawah ini juga tergolong dalam kategori terbaik dan meraih rating yang tinggi di negaranya.

Jom kita lihat beberapa senarai pilihan drama romantik Thailand dibawah yang mungkin menarik minat anda!

 

1. The Sand Princess

Drama romantik thailand

Kodnipa (Pimchanok Luevisadpaibul) adalah seorang yatim piatu yang pergi ke kota untuk melanjutkan pelajarannya. Setelah berpindah ke kota, dia harus melayani seorang tuan muda kaya bernama Jirapat (March). Dia juga melakukan pelbagai tugasan rutin untuk si tuan muda kaya itu.

Segalanya menjadi rumit apabila seorang wanita yang mengandungkan anak Jirapat meninggalkan anaknya di hadapan rumah Kodnipa. Jirapat meminta Kodnipa untuk mengurus anak itu dan diberikan rumah serta wang dua juta baht sebagai bayaran membesarkan anaknya.

Jika tawaran itu ditolak, Jirapat terpaksa menghantar anaknya itu ke rumah anak yatim kerana dia tidak mahu membesarkan anak tesebut. Kodnipa akhirnya menerima tawaran tersebut, kerana dia juga sudah terlanjur sayang dengan anak itu.

Namun, masalah lain muncul apabila
Kakak Jirapat, Kirakorn (Dan) tiba-tiba masuk dalam kehidupan Kodnipa.

 

2. The Crown Princess

IMG 7746

Drama romantik Thailand ini bercerita tentang seorang puteri mahkota bernama Alice (Urassaya Sperbund). Dia menerima ancaman setelah upacara penabalannya. Demi keselamatan, puteri mahkota dipindahkan dari negaranya Hrysos secara senyap-senyap ke Thailand. Selama berada di sana, dia mendapat perlindungan dari Dawin Samuthyakorn (Nadech Kugimiya), seorang Leftenan Komandan Angkatan Laut Thailand dan Navy SEAL.

 

3. Poot Pitsawat (Love After Life)

IMG 7747

Drama romantik Thailand ini memiliki kisah yang cukup unik. Kerana ia mengisahkan tentang seorang lelaki, Marut (Film Thanapat Kawila) dan pontianak bernama Dao (Anchasa Mongkhonsamai).

Dao berada dibawah kawalan raksasa. Dia menggunakan kecantikkannya untuk mendapatkan darah dari kaum lelaki yang datang untuk tinggal di sekitar daerah itu. Marut membantunya melepaskan diri dari raksasa itu dan membawanya pulang. Malangnya, kisah cinta mereka tidak berjalan lancar kerana Marut telah dijodohkan dengan wanita lain oleh ibunya.

 

4. My Girl

IMG 7748

My Girl merupakan drama Thailand romantik yang diadaptasi dari drama Korea dengan tajuk sama.

Linin (Esther Supreeleela) melakukan semua jenis pekerjaan sambilan untuk melangsaikan hutang ayahnya. Suatu hari dia bertemu seorang lelaki bernama Purith (Pae Arak Amornsupasiri). Dia meminta Linin untuk menjadi sepupunya yang hilang untuk memenuhi keinginan atuknya yang sedang uzur.

Tawaran itu pun dipersetujui oleh Linin. Mereka berdua bekerjasama menjalankan rancangan tersebut, sementara Purith mencari keberadaan sepupunya yang sebenar.

Di sisi lain, mak saudara Purith mula merasa curiga dengan kehadiran Linin di dalam keluarga mereka. Ditambah pula sejak rancangan mereka itu, perhatian Purith lama kelamaan menjadi berbeza terhadap Linin. Adakah cinta akan berputik diantara dua insan ini? Adakah lakonan mereka akan terbongkar?

 

5. Oh My Ghost

IMG 7749

Drama romantik Thailand ini juga merupakan adaptasi dari drama siri Korea dengan tajuk sama.

Mengisahkan tentang seorang gadis sederhana dan pemalu bernama Jiew (Noona Nuengtida Sophon) yang bekerja di sebuah restoran. Dalam diam dia mencintai Artit (Pae Arak Amornsupasiri) seorang chef dan juga pemilik restoran tempatnya bekerja.

Suatu hari, sifat Jiew berubah menjadi seorang yang sangat ceria. Dia juga tidak segan untuk menggoda chet Artit. Hal ini membuatkan semua orang di restoran itu merasa terkejut. Perubahan sifat Jiew ini terjadi setelah dia bertemu dengan hantu anak dara bernama Khaopun (Gypsi Keerati MahaPreukpong). Dia merasa jiwanya tidak dapat naik ke syurga kerana statusnya yang masih dara. Khaopun mencuba menggunakan tubuh Jiew untuk mendapatkan keinginannya tersebut.

 

6. Kiss Me

IMG 7751

Kiss Me merupakan drama romantik Thailand yang diadaptasi dari drama Jepun Itazura Na Kiss. Drama siri ini menggambarkan kisah seorang gadis sempoi yang jatuh cinta dengan seorang lelaki genius.

Taliw (Aom Sushar Manaying) seorang gadis ceria tetapi terlalu sempoi. Dia menyukai rakan satu sekolahnya Tenten (Mike Angelo). Pelajar pindahan dari Jepun yang sangat bijak. Teten memiliki IQ 200 dan menjadi pelajar nombor satu di sekolah. Taliw pula merupakan pelajar dari kelas bermasalah dan selalu berada di peringkat terbawah.

Tingkahlaku Taliw yang sangat gigih membuatkan Tenten mula memberi perhatian. Namun, Taliw tidak menyedari yang dia telah diperhatikan oleh Tenten.

 

7. Kleun Chewit

IMG 7752

Jeerawat (Urassaya Sperbund) adalah seorang wanita ceria, pekerja yang rajin, juga merupakan model dan artis terkenal. Ibunya berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan sombong.

Suatu hari, ayah tirinya cuba untuk membius Jeerawat dan melakukan perkara yang tidak senonoh kepada Jeerawat. Namun, dia berjaya melarikan diri. Malangnya, saat melarikan diri, tanpa sengaja dia melanggar seorang wanita di jalan raya, dan wanita tersebut meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.

Tunang wanita yang meninggal dunia itu, Sathit (Prin Suparat), adalah seorang peguam dan bersumpah akan membalas dendam terhadap pemandu yang membunuh tunangnya.

 

8. Hua Jai Sila

IMG 7754

Tor (Tor Thanapob Leeluttanakahorn) adalah anak luar nikah diantara ibunya dan seorang lelaki kaya. Sejak lahir, dia tidak pernah tinggal dengan sang ayah. Hingga akhirnya setelah ibunya meninggal dunia, dia terpaksa tinggal bersama keluarga ayahnya.

Selama tinggal di sana, dia disiksa oleh ibu dan saudara tirinya, sehingga akhirnya dia memutuskan untuk bunuh diri. Namun, rancangan tersebut gagal kerana Tor diselamatkan oleh seorang wanita yang mengenali ibunya.

Setelah insiden tersebut, Tor yang dianggap telah meninggal dunia hidup dengan identiti baru dengan nama Sila. Beberapa tahun kemudian, Sila kembali sebagai seorang yang kejam dan kaya, merancang untuk membalas dendam terhadap ibu tiri dan saudara tirinya itu. Tujuan hidup Sila saat ini adalah untuk menyakiti orang-orang yang menyakitinya.

 

 

9. U-Prince : The Crazy Artist

IMG 7765

U-Prince merupakan drama romantik Thailand dengan kisah yang berbeza-beza. Salah satu kisah yang menarik adalah The Crazy Artist.

Ia memgisahkan tentang Mel B (Note Panayanggool), wanita yang ditinggalkan oleh kekasihnya di hari dia akan bertemu Hippy (Kun Khunchanuj Kengkarnka), vokalis band rock kegemarannya.

Di pertemuan tersebut Hippy menyukai baju Beatles yang dikenakan Mel B. Tanpa segan silu, Hippy pun meminta baju itu dari Mel B. Mel B setuju untuk memberikan baju itu tapi dengan syarat, Hippy haris berpura-pura menjadi kekasihnya selama lima hari.

 

 

10. Senior Secret Love : Puppy Honey

Drama romantik thailand

Emma (Nutcharee Horvejkul) adalah pelajar tahun pertama sekolah seni. Dia sangat menyukai binatang terutamanya kucing, tetapi takut dengan anjing. Dia pernah mengalami trauma kerana insiden di masa lalunya.

Suatu hari, dia berjumpa dengan Porsche (Vorakorn Sirisorn) dan Pik (Jumpol Adulkittiporn), yang merupakan pelajar tahun keempat di bahagian veterinar. Porsche dan kawan baiknya Pik memaksa Emma dan kawannya Roma (Atthaphan Phunsawat) untuk menjadi sebahagian dari kelab mereka yang berisiko dibubarkan. Persahabatan mereka mula terjalin dan bersama mereka berusaha untuk mempertahankn kelab mereka.

Nah, bagaimana? Adakah senarai drama romantik Thailand diatas itu menarik perhatian anda?

Baca lagi: 9 Pilihan Filem Seram Slasher Thailand Menarik
Baca juga: 15 Filem Seram Thailand Terbaik Yang Menakutkan