Home Entertainment 15 Filem Seram Thailand Terbaik Yang Menakutkan

15 Filem Seram Thailand Terbaik Yang Menakutkan

0

Filem seram Thailand memang hebat dan setanding dengan filem seram dari berbagai negara lain. Jika berbicara tentang cerita seram, Asia memang juaranya.

Kentalnya nilai budaya yang selalu berkaitan dengan perkara mistik membuatkan negara-negara di benua ini berjaya menampilkan kisah-kisah yang menyeramkan. Thailand adalah salah satu negara yang memiliki banyak kisah seram yang berjaya diangkat menjadi filem.

Pelbagai kisah mistik dari negara gajah putih ini memberikan inspirasi kepada para pembuat filem untuk menghasilkan filem seram Thailand yang boleh membuat bulu roma meremang.

Bermula dari cerita rakyat, hingga legenda mistik negara, semuanya berjaya diangkat menjadi sebuah filem. Bukan hanya itu, para penggiat filem Thailand juga dapat mencampurkan kisah seram dengan komedi yang tentunya membuatkan perasaan penonton bercampur aduk.

Untuk anda yang menyukai cerita-cerita yang menyeramkan, berikut adalah 15 pilihan filem seram Thailand yang wajib ditonton untuk mengisi waktu lapang anda!

1. The Ghost of Mae Nak (2005)

4ea2d8af 6a6e 44b0 99a2 f7dc580152d8
The Ghost of Mae Nak adalah filem seram Thailand tahun 2005 yang mengisahkan tentang legenda Thailand kuno. Cerita ini telah diangkat ke dalam buku, rancangan TV, dan juga filem. Filem ini dibintangi oleh Pataratida Pacharawirapong, Siwat Chotchaicharin dan Porntip Papanai sebagai hantu.

Menurut cerita rakyat Thailand, seorang wanita hamil cantik bernama Nak meninggal dunia saat melahirkan anak dan menunggu suaminya, Mak, pulang dari perang. Apabila pulang, Mak menemui isteri dan anaknya menunggunya, tetapi jiran tetangga cuba untuk memberitahu bahawa isterinya sudah meninggal dan menjadi hantu.

Akhirnya, Mak menyedari isterinya adalah hantu dan berusaha melarikan diri. Tidak seperti dalam cerita Nak dan Mak yang lain, Ghost of Mae Nak memiliki sentuhan moden yang menyegarkan, tetapi elemen tertentu dari kisah terkenal tersebut tetap sama.

2. Ghost Game (2006)

13dee98b d2a7 4dd5 a2c4 ead74c438b4c
Filem seram Thailand ini menceritakan tentang sebuah reality show seram yang dikenali sebagai The Death Camp yang diselenggarakan di muzium perang. Dao, salah seorang peserta telah menyertai pertandingan tersebut dengan harapan memenangi 5 juta baht untuk ibunya.

Sewaktu permainan berlangsung, dia dicurigai sebagai salah seorang yang bertanggungjawab mengawal permainan, hingga semuanya mula menjadi kacau bilau.
Semua orang mula melihat roh berkeliaran, dan mereka perlu mencuba yang terbaik untuk melarikan diri dari permainan.

Baca lagi: 10 Filem Seram India, Ngeri dan Menakutkan

3. Alone (2007)

5642d49d 0a9b 4ebd affd 0adf84a118d7
Alone adalah filem seram Thailand yang ditayangkan pada tahun 2007. Filem ini menceritakan tentang Pim, seorang gadis muda yang baru pindah ke Korea untuk menghindari rasa bersalah kerana hanya dia yang selamat setelah pembedahan pemisahan kembar siam.

Ketika dia kembali ke Thailand untuk mengunjungi ibunya yang sedang sakit. Di sana, dia dihantui oleh roh saudara kembarnya yang marah. Selain menyajikan kisah menyeramkan, filem ini juga memiliki pengakhiran cerita yang tidak mudah untuk diteka.

4. The Screen At Kamchanod (2007)

7d4ec0f9 b1e6 4682 87e1 2155934696e2
Filem seram Thailand ini diangkat dari legenda urban yang ada di Hutan Kamchanod yang sebenar. Filem ini mengambil inspirasi dari legenda dan mengikuti kisah Yuth, seorang doktor muda yang sangat suka dengan dunia supernatural.

Dia memutuskan untuk menjelajahi Hutan Kamchanod bersama sahabat-sahabatnya, tetapi mereka menemui diri mereka dalam masalah apabila menyedari bahawa mereka sedang berada di hadapan roh.

5. Coming Soon (2008)

6f53a4eb e19b 40c0 a6dc 9e3a37b45444
Filem seram Thailand ini merupakan salah satu filem yang terbaik dan wajib ditonton.
Shane dan Som menonton sebuah filem seram dan mendapati bahawa filem seram dan pembunuhan yang berlaku dalam filem seram tersebut adalah kisah benar yang berlaku 30 tahun yang lalu.

Tidak lama kemudian, mereka mula melihat watak wanita hantu dari filem tersebut di kehidupan nyata. Kerana sudah tidak tahan lagi, mereka memutuskan untuk menyiasat apakah yang terjadi dan akhirnya mengetahui perkara-perkara yang tidak terduga yang terjadi kepada pelakon filem tersebut.

6. Phobia (See Phraeng) (2008)

a6ba6cdd 0a8f 4275 9d51 32492967fb15
Frasa See Phraeng secara kasar diterjemahkan menjadi persimpangan yang menghubungkan antara empat jalan utama menjadi titik pusat, tetapi dalam filem ini merujuk kepada antologi cerita seram pendek yang berbeza.

Filem seram Thailand ini menceritakan tentang empat kisah menyeramkan, iaitu Lonely, Death Order, Middle Person, Flight 224. Setiap cerita menampilkan watak yang berbeza, masing-masing memiliki plot berbeza untuk membuat penonton ketakutan.

7. Meat Grinder (2009)

44f7c7d0 a531 4ff1 bd47 50c7e2d47082
Sesuai dengan tajuknya, filem seram Thailand ini tidak sesuai untuk anda yang lemah jantung dan mudah terkejut. Filem ini sangat sesuai untuk peminat filem thriller seperti Saw dan Hostel. Hampir sepanjang filem anda akan disajikan dengan adegan-adegan sadis yang berlumuran darah.

Filem ini dihujani kontroversi sewaktu tayangan pertamanya. Meat Grinder menceritakan tentang seorang wanita muda yang mengalami gangguan jiwa dan membuka kedai makan dengan bahan utama daging manusia. Kerana tiada sesiapa yang mengetahui mengenai perlakuan wanita muda tersebut, ramai pelanggan yang hadir di kedai makannya itu.

Baca juga: 5 Filem Tentang Reunion, Bertukar Tragedi dan Seram

8. Ladda Land (2011)

0b99bdb8 a82e 4736 95c6 666e0d11dda4
Tidak seperti beberapa filem seram Thailand lain, Ladda Land merupakan filem pembuka di di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-17. Filem seram yang meraih banyak anugerah ini adalah tentang keluarga kaya yang pindah ke Ladda Land, sebuah kawasan perumahan kelas atasan di pinggir Bangkok.

Sayangnya bagi para penduduk baru, Ladda Land hanyalah sebuah komuniti yang terdedah dengan entiti gelap dan kejadian-kejadian paranormal yang menakutkan. Dan membuat para penghuni berada di ambang kegilaan.

9. Long Weekend (2013)

61402833 2ff3 4106 ba07 dffc43cf348a
Long Weekend adalah filem seram Thailand tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Thongsook yang dipulaukan di sekolah.
Dia hanya memiliki seorang kawan yang setia bernama Nam. Tanpa pengetahuan kawan-kawan Nam yang lain, Thongsook adalah seorang psikik. Dia merasa tersinggung ketika kawan-kawan Nam merancang untuk bercuti tanpanya.

10. Pee Mak (2013)

ea115d75 663e 4ac9 85c6 f633404bb88d
Filem seram Thailand yang berjudul Pee Mak ini merupakan filem Thailand viral pada masanya. Setelah berjaya dengan filem yang berjudul A Little Thing Called Love, Mario Maurer kembali berlakon dalam filem Thailand seram komedi bersama Davika Hoorne.

Filem Pee Mak merupakan adaptasi dari cerita rakyat legendar Thailand berjudul Mae Nak Phra Nakong. Filem ini menceritakan tentang Mak (Mario Maurer) yang baru sahaja kembali dari perang, dan mendapati isterinya yang cantik telah meninggal dunia.

Walaupun telah meninggal, isteri Mak tersebut masih berkeliaran sebagai hantu di rumah mereka. Walau filem ini memiliki genre seram, namun sebahagian babak dalam filem ini juga ditonjolkan aksi-aksi lucu yang mencuit hati.

11. The Eyes Diary (2014)

ee09f21d 3d16 48cd bed4 287620aedf2d
The Eyes Diary adalah filem seram Thailand yang diangkat dari komik dengan tajuk yang sama. Menceritakan tentang kisah cinta tragik seorang pemuda, Nott, yang kehilangan kekasihnya dalam kemalangan motosikal yang mengerikan.

Filem ini mengikuti kisah Nott sewaktu dia menjadi sukarelawan untuk mengambil mayat dari bangkai kapal dan menyimpan barangan dari mayat yang dia temui.
Dia melakukan perkara tersebut dengan harapan dia akan dapat berbicara dengan orang mati dan melihat kekasihnya sekali lagi.

Namun, berkomunikasi dengan orang mati bukanlah perkara yang mudah. Perasaan ketakutan dan hantu akhirnya muncul untuk menciptakan filem thriller yang lebih menegangkan.

12. The Promise (2017)

4b37b5ad 27bd 4e85 8f21 074a36ea6cea
The Promise adalah filem seram Thailand 2017 sangat popular pada waktunya.
Bahkan The Promise tersenarai dalam senarai filem tempatan keempat terlaris pada tahun tersebut dan memenangi Anugerah Filem Kebangsaan Suphannahong ke-27 untuk Kesab Visual Terbaik.

Filem ini menceritakan tentang dua orang remaja yang memutuskan untuk bunuh diri bersama setelah kedua keluarga mereka menghadapi kehancuran dan masalah kewangan setelah krisis kewangan Asia tahun 1997. Namun, hanya seorang diantara mereka yang meninggal sementara yang seorang lagi selamat.

Dua puluh tahun kemudian, remaja yang selamat itu mendapat gangguan dari masa lalunya itu.

Baca lagi: 5 Lagi Filem Seram Gore Jepun Yang Menakutkan

13. Siam Square (2017)

07b479ba 5306 4b79 a435 a348d12a4b8a
Siam Square adalah filem seram Thailand tahun 2017 yang mengisahkan tentang legenda urban di “Shibuya” Thailand, atau pusat bandar Bangkok. Dengan harapan lulus ujian masuk Universiti, pelajar diharapkan menyembah syaitan dan mengikat benang merah ke kerusi tertentu untuk mendapat nasib yang baik.

Ketika sekumpulan pelajar menguji teori ini, segalanya menjadi huru hara dan mereka mendapati diri mereka dihantui oleh roh jahat seperti gadis muda dan mengganggu para pelajar seorang demi seorang.

14. Inhuman Kiss (2019)

bed7314c 4fa3 4856 892f adccb1f745bf
Inhuman Kiss merupakan filem seram Thailand yang ditayangkan pada tahun 2019. Kisahnya yang unik membuatkan Inhuman Kiss dipilih menjadi untuk pencalonan Academy Awards.

Filem seram Thailand ini menceritakan tentang Krasue, iaitu sejenis roh wanita dari cerita rakyat setempat yang menjalani kehidupan normal, kecuali pada malam hari.
Pada malam hari, kepalanya terpisah dari badan dan terus mencari rezeki berupa darah dan daging. Selain menyeramkan, filem ini juga mempunyai kisah yang membuatkan air mata penonton mengalir.

15. Ghost Lab (2021)

Filem seram thailand
Filem seram Thailand 2021 ini mengisahkan tentang dua orang doktor yang menjadi terlalu obses untuk mendapat bukti ilmiah tentang kewujudan hantu. Filem ini mempunyai banyak adegan jumpscare, jadi anda perlu bersiap sedia ya!

Demikian sahaja 15 pilihan filem seram Thailand terbaik yang boleh ditonton di waktu terluang. Berani menonton?

Baca juga: 5 Filem Seram Jepun Yang Paling Mengerikan