Home Entertainment 5 Filem Seram Jepun Yang Paling Mengerikan

5 Filem Seram Jepun Yang Paling Mengerikan

0

Pencinta filem seram Jepun pasti mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka meminati filem dari negara matahari terbit tersebut bukan?

Jepun bukan hanya menerbitkan filem-filem romantik, tetapi mereka juga memiliki beberapa buah filem bergenre seram yang tidak kurang hebatnya seperti Hollywood!

Bahkan ada beberapa buah filem yang diadaptasi menjadi filem Hollywood, iaitu filem seperti Ringu yang dikenali sebagai The Ring di Amerika.

Jom sama-sama kita lihat 5 buah filem seram Jepun yang mengerikan:

 

1. As the Gods Will (2014)

Tajuknya mengandungi unsur dewa-dewa bukan? Ya, filem seram Jepun ini adalah filem yang menceritakan tentang beberapa orang pelajar yang bermain permainan yang digunakan untuk melawan dewa yang hauskan darah. Jalan cerita yang menegangkan dan menarik ini pasti membuatkan anda ketagihan.

Filem seram jepun

Filem seram Jepun ini juga menceritakan tentang seorang pelajar iaitu Shun yang inginkan sebuah perkara menarik terjadi dalam hidupnya. Boom! Kepala gurunya meletup, hancur berkecai. Dia bersama temannya terjebak dalam permainan mengerikan dengan sebuah patung Daruma. Sesiapa yang kalah dalam permainan tersebut, mereka akan mati!

2. Suicide Club (2001)

Filem seran Jepun yang diarahkan oleh Sion Sono ini rasmi ditayangkan pada tahun 2001. Walaupun terkenal sebagai filem keluaran lama, namun jalan ceritanya masih membuatkan penonton merasa ngeri. Filem seram Jepun ini dibuka dengan adegan mengerikan.

IMG 7427

Terdapat 54 orang pelajar yang bunuh diri di landasan kereta api. Bunuh diri bersama-sama ini terjadi kerana sebuah laman sesawang misteri yang menjual sesuatu perkara yang menyimpang. Buat anda yang penakut dan ada masalah anxiety, jangan cuba-cuba menonton filem ini ya!

3. Tag (2015)

Filem seram Jepun selanjutnya mempunyai tajuk asal iaitu Riaru Onigokko atau disebut dengan Tag. Kisahnya menceritakan tentang sebuah kejadian yang penuh misteri. Dimulakan sewaktu Mitsuko menjadi salah seorang pelajar yang selamat dari kejadian aneh yang membunuh ramai mangsa hingga mati dalam keadaan mengerikan.

IMG 7428

Kejadian ini adalah kerana hembusan angin misteri yang menghentam sebuah bas dan memenggal kepala seluruh isi penumpangnya. Selain kejadian aneh itu, Mitsuko juga selalu mendapat petanda tentang kejadian aneh yang membawa maut yang kepada orang lain.

4. Carved: The Slit-Mouthed Woman (Kuchisake Onna) (2007)

Filem seram Jepun ini dianggap cukup menakutkan. Di mana mereka mengangkat kisah dari legenda terkenal Jepun. Mengisahkan tentang hantu wanita yang mempunyai mulut yang koyak dan akan membunuh mangsanya dengan gunting yang dibawa olehnya.

IMG 7431

Ngerinya, dia selalu mengatakan “adakah aku cantik?” kepada setiap orang yang dijumpainya. Jika anda berkata tidak, maka anda akan mati. Setiap adegan yang terjadi dalam filem ini juga boleh membuatkan jantung anda berdebar dan tidak keruan.

5. Teketeke (2009)

Filem seram Jepun yang ditayangkan pada tahun 2009 ini mengangkat kisah dari legenda Jepun juga! Berdasarkan lagenda bandar Jepun yang dikenali sebagai Teke Teke.

Teke-teke adalah hantu wanita separuh badan yang merangkak dengan kedua tangannya. Dia mati dengan tubuh yang terpotong menjadi dua kerana dilanggar kereta api.

IMG 7434

Rohnya berkeliaran, tidak tenang dan menghantui sesiapa pun yang dia mahukan. Bahkan lebih menyeramkan adalah hantu teke-teke dalam filem ini juga akan memotong tubuh mangsanya menjadi dua sepertinya juga.

5 filem seram Jepun yang tersenarai di atas memang cukup menegangkan, memiliki jalan cerita epik yang boleh membuatkan anda tercengang. Jika anda ingin menonton salah sebuah filem di atas, jangan tonton sendirian ya!

Baca lagi: 7 Kdrama Bukan Romantik 2023, Rating Tertinggi
Baca juga: 10 Fakta Kampung Jangjin-ri, Asal-Usul Roh Jahat Dalam “Revenat”, Wujud Sejak 600 Tahun Lalu