Home Bollywood/India 10 Filem Seram India, Ngeri dan Menakutkan

10 Filem Seram India, Ngeri dan Menakutkan

0

Industri perfileman India juga tidak sunyi dari menghasilkan bermacam-macam filem dengan genre seram. Filem seram dari India tidak kurang hebatnya dari filem-filem seram negara lain.

Kadang kala ada filem seram India yang membuatkan para penonton teringat-ingat dan mengigau-igau! Dalam setiap filem seram India, masih kuat unsur tradisional dan kepercayaan setempat. Anda boleh menonton beberapa pilihan filem India yang bertemakan seram, thriller dan misteri yang bakal membuat bulu roma anda berdiri sendiri. Memang seram!

Berikut ini merupakan beberapa buah filem seram India yang kami petik dari berbagai sumber:

1. Bhoothakaalam (2022)

1578829a e70b 4fd9 8942 babacd269a0a
Filem seram India ini memang berbeza dengan kebanyakan filem seram yang pernah anda tonton. Filem ini tidak berpaksikan hanya kepada watak hantu yang menyeramkan dan filem ini tidak dihujani dengan banyak jumpscare.

Filem dengan garapan pengarah Rahul Sadasivan ini lebih fokus kepada gangguan psikologi sehingga para penonton boleh merasakan sisi mencengkam yang menyeramkan yang terdapat pada filem ini.

Tidak ada penampakan hantu yang menyeramkan, tetapi gangguan itu membuat Asha dan anak lelakinya, Vinu tidak dapat berehat dengan tenang.

2. Ghost Stories (2020)

cc793643 f471 4a9e a5d1 9bc21d6d8adc
Filem ini berbeza dengan kebanyakan filem India yang lain kerana memasukkan empat cerita yang berbeza di dalam satu filem. Filem yang berdurasi 144 minit ini akan membawa penonton untuk menikmati empat kisah seram yang digarap oleh empat orang pengarah yang berbeza.

Kisah pertama yang diarahkan oleh Zoya Akhtar yang mengangkat cerita Sameera yang merupakan seorang juru rawat yang mengalami kisah seram kerana merawat seorang kanak-kanak yang sudah meninggal dunia. Cerita kedua pula diarahkan oleh Anurag Kashyap mengangkat cerita Neha seorang Wanita hamil yang terlalu paranoid.

3. 13B

35a467e5 613d 4725 8512 e873d86e1a29
Filem seram India seterusnya ini diarahkan oleh Vikram K. Filem 13B mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengalami kejadian supernatural di apartment barunya. Drama siri yang ditayangkan secara eksklusif di TV rumahnya menunjukkan peristiwa-peristiwa yang aneh dan menakutkan yang menimpanya dan keluarga.

Peristiwa yang berlaku dalam kaca TV turut dialami oleh keluarganya. Akhirnya, dia menyedari bahawa drama siri tersebut adalah peristiwa yang sebenarnya yang akan terjadi kepada keluarganya di dalam kehidupan nyata.

4. Horror Story (2013)

374cbbd3 1372 4f6a 9082 e5e6c93dd7eb 1
Filem seram India ini pula menceritakan tentang anak muda yang memutuskan untuk bermalam di sebuah hotel berhantu. Padahal, sudah banyak peringatan dan khabar angin yang tersebar tentang hotel yang mengerikan tersebut. Tujuh orang sahabat yang bermalam di hotel berhantu tersebut akhirnya menyedari bahawa khabar angin itu benar belaka.

Baca lagi: 10 Filem Seram Dengan Kutipan Box Office Terlaris

5. Pizza (2014)

566ea385 28ad 4561 a113 055dfb07be52
Filem seram India ini menceritakan tentang kehidupan sederhana Kunal yang merupakan seorang penghantar Pizza yang berubah secara drastik dan mengerikan ketika dia ditugaskan untuk melakukan penghantaran pizza kepada keluarga misteri.

Keluarga ini mempunyai rahsia gelap dan sekarang kunal harus berhadapan secara langsung dengan kejahatan yang mengerikan. Filem seram India ini merupakan filem adaptasi dengan judul yang sama pada tahun 2012.

6. Kaali Khuki (2020)

b02cf012 1aaf 4ab8 9ab6 22d2f3c8d70a
Filem ini ternyata bukan hanya sebuah filem seram yang menakutkan untuk ditonton. Tetapi filem ini mengangkat kisah yang terjadi di sebuah kampung di Punjab, yang ternyata kampung tersebut telah terkena sumpahan.

Kisahnya bermula Ketika roh tidak tenang yang penuh amarah menyumpah sebuah kampung atas kejahatan lampau yang mereka lakukan. Pembunuhan anak perempuan yang terjadi di masa lalu, membuat kampung ini dihantui berbagai perkara yang menakutkan.

Hingga seorang seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun perlu berjuang untuk menyelamatkan kampung dari sumpahan tersebut.

7. Bhoot – Part One: The Haunted Ship (2020)

761a5c48 47b3 4ebb ad90 719ab01664a7
Prithvi Prakashan bersama Riaz menyiasat Kapal Sea-Bird yang ditemukan telah ditinggalkan oleh penumpangnya secara misteri di sebuah Pelabuhan. Mereka kemudian menemui jasad mayat gadis yang terkubur di pinggir pantai. Prithvi dan Riaz cuba mencari Sea-Bird untuk dibuang, tetapi kapal penyelamat mereka rosak.

8. Pari (2018)

050c66ed 64f1 4031 9051 7f27ce4e62ec
Filem ini menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Arnab yang sedang dalam perjalanan kembali ke Kolkata setelah bertemu dengan seorang gadis. Dia dan orang tuanya menyukai gadis itu dan dia merancang untuk untuk berkahwin. Namun, tiba-tiba terjadi kemalangan.

Keretanya melanggar seorang wanita tua.
Arnab dan orang tuanya membawa wanita itu ke hospital tetapi malangnya wanita tersebut meninggal dunia dalam perjalanan.

Perkara ini yang membuatkan Arnab bertemu dengan Rukhsana, anak kepada wanita tua yang dilanggarnya. Rukhsana adalah seorang gadis misteri yang tinggal di sebuah pondok di luar kampung dengan beberapa ekor anjing dan ibunya selalu memasungnya di sebuah tiang dengan rantai logam sebelum meninggalkan rumah.

Baca juga: 5 Lagi Filem Seram Gore Jepun Yang Menakutkan

9. Laxmii (2020)

a8a5b3f9 449c 493d bb75 c48ff06f1e83
Filem ini merupakan filem seram yang pernah menimbulkan kontroversi kerana watak yang dibawa oleh Akshay Kumar . Filem ini menceritakan tentang pengalaman Asif sewaktu berkunjung ke kampung halaman mertuanya yang menyeramkan.

Asif sebenarnya tidak mempercayai perkara misteri, namun kejadian aneh terjadi setelah dia sengaja masuk ke halaman rumah yang dikatakan paling seram. Lelaki ini mula berhalusinasi, tingkahnya aneh dengan sikapnya yang berubah-ubah. Perkara ini membuatkan keluarga mertuanya berfikir ada roh yang mengganggu. Mereka berusaha menyiasat tiga roh yang mengganggu Asif hingga dia sanggup membunuh seseorang.

10. Tumbbad (2023)

Filem seram india
Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki iaitu Vinayak Rao yang mudah terpengaruh. Pertemuannya dengan seorang wanita tua malang yang tahu tentang harta karun tersembunyi telah menempatkannya di jalan yang menuju nafsu serakah manusia.

Dia membesar untuk menjelajahi legenda tempatan tentang makhluk aneh yang bernama Hastar dan medal emasnya. Secara keseluruhan, filem ini menggabungkan mitologi, supernatural dan seram dalam satu cerita.

Itulah beberapa filem seram India yang tentunya boleh membuatkan bulu roma anda meremang. Dijamin seram! Jangan lupa menonton!

Baca lagi: Miraculous Brothers, Bawa Unsur Fantasi Jenayah Misteri
Baca juga: 5 Filem Tentang Reunion, Bertukar Tragedi dan Seram