Home Entertainment Miraculous Brothers, Bawa Unsur Fantasi Jenayah Misteri

Miraculous Brothers, Bawa Unsur Fantasi Jenayah Misteri

0

Miraculous Brothers, sebuah siri kdrama siri baru di Viu dengan jalan cerita unik dan membawa unsur ghaib misteri dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Jung Woo, Bae Hyun-sung, Park Yoo-rim, Oh Man-seok, Lee Ki-woo.

IMG 7624

Pelakon muda yang bintangnya semakin menaik, Bae Hyun Sung ialah seorang pelakon baru yang terkenal dengan persembahannya sebelum ini dalam kdrama “Extraordinary You”. Dia juga baru-baru ini membintangi Hospital Playslist S1-2 dan Our Blues.

IMG 7724

Manakala Jung Woo merupakan seorang pelakon serba boleh yang sudah terkenal dengan lakonannya dalam Reply 1994. Kdrama terbarunya ialah Mental Coach Jegal yang juga boleh ditonton di Viu.

IMG 7726

PLOT MIRACULOUS BROTHERS

IMG 7727

Sejak kecil lagi, Yook Dong Joo (Jung Woo) telah bermimpi untuk menjadi seorang penulis. Malah dia dinamakan sempena nama seorang penyair terkenal, dan telah lama berharap bahawa harinya akan tiba apabila novelnya sendiri boleh didapati di perpustakaan dan kedai buku.

Tetapi kini, tujuh tahun selepas menamatkan universiti, Yook Dong Joo semakin jauh daripada mencapai impiannya berbanding sebelum ini. Dia dibelenggu hutang dan ibunya selama-lamanya menimbulkan masalah kepadanya. Dia terpaksa membuat kerja sambilan sebagai penghantar barang sambil bertungkus-lumus menulis novel yang belum pasti ke mana arah tujunya.

Tetapi kehidupannya mengalami perubahan yang luar biasa setelah dia bertemu dengan Kang San (Bae Hyeon Seong) seorang pemuda pelik yang terlibat dalam kemalangan dan koma.

IMG 7736Kemalangan itu merampas ingatan Kang San, tetapi meninggalkannya dengan kebolehan yang tidak dapat dijelaskan. Tiba-tiba Kang San memiliki kuasa psikik seperti kebolehan membaca fikiran orang.

IMG 7623

Selain teleportasi, komunikasi telepati dan menggerakkan orang dengan fikirannya, dia juga boleh menghentikan masa, malah merasakan kesakitan dan keputus asaan orang lain serta memindahkannya kepada orang lain. Bukan itu sahaja, dia juga boleh melihat masa depan.

IMG 5562

IMG 7725

Dong Joo memutuskan untuk menjaga Kang San. Dengan bakat Dong Joo dan kemampuan ghaib milik Kang San, bersama-sama kedua-duanya membentuk ikatan yang kuat. Mereka sama-sama berganding untuk membantu mereka yang dalam kesakitan dan putus asa. 

Apa yang menariknya adalah elemen bromance antara Dong Joo dan Kang San, bersesuaian dengan tajuknya “Miraculous Brothers”. Mereka berdua membawa tenaga yang sangat berbeza kepada peranan masing-masing, yang boleh menghasilkan gabungan yang menarik pada setiap episod.

Miraculous BrothersGenre dan jalan cerita yang menarik, pasti korang akan layan! Jadi, tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak terlepas dari menonton “Miraculous Brothers” setiap hari Rabu & Khamis di Viu, boleh tonton dramanya juga disini!

Baca lagi: The Wedding War, Menang 290 Juta Won Untuk Berkahwin

Baca juga: Durian’s Affair di Viu Mencapai Rating Tertinggi Penonton Semalam
Baca lagi: Durian’s Affair – Kenapa Du Ri An dan Kim So Jeo Merentas Masa dari Zaman Joseon ke Tahun 2023?