Home Entertainment Durian’s Affair – Kenapa Du Ri An dan Kim So Jeo Merentas...

Durian’s Affair – Kenapa Du Ri An dan Kim So Jeo Merentas Masa dari Zaman Joseon ke Tahun 2023?

0

Kdrama Durian’s Affair (2023) menjadi bualan hangat para peminat Kdrama lantaran jalan ceritanya yang unik. Barisan pelakonnya juga mencuri perhatian, seperti Park Joo-mi dan Yoo Jung Hoo (Bitch X Rich).

Durian’s Affair merupakan drama fantasi Korea yang mengfokuskan tentang dua orang wanita merentas masa dari zaman Joseon ke masa hadapan (2023).

Hubungan mereka adalah mertua dan menantu yang sama-sama telah kehilangan lelaki yang mereka cintai.

IMG 7229 1

Di masa hadapan, dua orang wanita tersebut bertemu dengan lelaki yang memiliki wajah serupa dengan kekasih dan suami mereka. Namun, kedua lelaki tersebut tidak mengenali kedua wanita yang juga dicintainya itu.

Pada awal-awal minggu ketika “Durian’s Affair” ditayangkan, penonton pasti merasa keliru bagaimana dan mengapa Du Ri An dan Kim So Jeo merentas ke masa hadapan.

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Dapat berjumpa semula dengan bekas kekasih dan suami yang telah meninggal dunia

IMG 7224

Du Ri An (Park Joo Mi) di masa Joseon tidak dapat hidup bahagia dengan kekasihnya, Dol Seo (Kim Min Jun). Bukan setakat itu sahaja, kekasihnya yang juga merupakan pelayannya itu meninggal dunia kerana dibunuh oleh ibu mertuanya yang kejam (Choi Myoung Gil).

Manakala Kim So Jeo (Lee Da Yeon) juga harus kehilangan suaminya, Park Eon secara tiba-tiba. Sedangkan mereka baru sahaja berkahwin.

Du Ri An sangat merindukan bekas kekasihnya itu yang juga merupakan ayah kepada anak mereka, Park Eon (Yoo Jung Hoo). Sama seperti Kim So Jeo, dia juga masih merindukan Park Eon.

2. Mereka ingin menjalani kehidupan seperti masa lalu, tapi lebih bahagia

IMG 7225

Ketika mereka tiba di tahun 2023, mereka bertemu dengan jelmaan semula Dol Soe dan Park Eon. Menariknya, mereka hidup sebagai satu keluarga yang bahagia, termasuk ibu mertua Du Ri An.

Sepertinya Du Ri An dan Kim So Jeo merentas ke masa hadapan agar dapat membina kehidupan baru mereka semula, dimana Dan Deung Myung (Yoo Jung Hoo), jelmaan semula Park Eon dapat jatuh cinta lagi dengan Kim So Jeo. Selain itu, Du Ri An juga boleh memperbaiki hubungannya dengan Baek Do Yi (Choi Myoung Gil), jelmaan semula ibu mertuanya.

Namun, Du Ri An berpotensi menjadi orang ketiga jika dia jatuh cinta lagi dengan Dol Soe yang merupakan jelmaan semula oleh Dan Chi Gam (Kim Min Jun). Ini kerana Dan Chi Gam sudah berkahwin dengan Lee Eun Sung (Han Da Gam).

3. Mencari jawapan kepada kematian misteri Park Eon

Affair

Di masa lalu zaman Joseon, Park Eon meninggal dunia secara misteri di dalam tidurnya. Sedangkan malam sebelumnya, dia masih sihat dan sempat berjumpa dengan Ibunya, Du Ri An. Mereka juga sempat meluangkan masa bersama minum-minum dan makan sehingga ke larut malam bersama Kim So Jeo.

Dengan merentas masa ke 2023, mereka mungkin akan dapat mencari jawapan kematian misteri Park Eon. Dalam masa yang sama, mereka juga mungkin dapat petunjuk yang akan membuatkan Du Ri An dan Kim So Jeo kembali ke masa zaman Joseon semula.

Bagaimana pula pendapat anda? Untuk mendapatkan jawapannya, pastikan anda setia menonton kdrama Durian’s Affair ini di episod selanjutnya, hanya di penstriman Viu ya!

Baca lagi: “Durian’s Affair” – Mengapa Perlu Tonton Kdrama Ini?
Baca juga: 4 KMovie Terbaru Hanya Di Viu
Baca lagi: Kenali Park Joo Mi, pelakon utama Durian’s Affair