Home Artis Korea Lee Kwang Soo Mendapat Tawaran Membintangi Kdrama Aksi Thriller

Lee Kwang Soo Mendapat Tawaran Membintangi Kdrama Aksi Thriller

0

Adakah anda ingin melihat Lee Kwang-soo berlakon dalam Kdrama aksi thriller?

Dilaporkan pada 18 Julai bahawa Lee Kwang Soo akan menyertai Lee Sun Kyun, Yoo Jae Myung dan Kim Mu Yeol dalam Kdrama “dark comedy” aksi thriller bertajuk Open Murder Contract.

Menurut laporan, Lee Kwang Soo sedang mengkaji secara positif tawaran untuk menyertai siri yang akan datang ini. Jika Lee Kwang Soo mengesahkan penglibatannya, ini akan menjadi Kdrama pertamanya untuk tahun 2023.

IMG 7245

Lee Kwang Soo kali terakhir dilihat dalam Kdrama “The Killer’s Shopping List, di mana dia menjadi peneraju utama. Dia juga membuat penampilan istimewa dalam siri “Desperate Mr. X. Selain daripada Kdrama, Lee Kwang Soo juga akan menerajui filem Gwanghwamun Jealousy Fight arahan Lee Won Shik (A Boy’s Sister).

Lee Kwang Soo kini membintangi program hiburan dari Disney+ “The Zone: Survival Mission Musim 2 bersama Yoo Jae Suk dan Kwon Yu Ri dari Girls Generation. Disney+ telah menyiarkan episod terakhirnya pada 18 Julai baharu ini.

IMG 7244

Lee Kwang Soo juga turut membintangi sebahagian daripada Kdrama termasuklah Live, The Sound of Your Heart, Entourage, Dear My Friends, It’s Okay, That’s Love dan banyak lagi.

Open Murder Contract akan berkisar tentang permintaan pembunuhan terbuka dengan ganjaran 20 bilion won (kira-kira $15,314,884) untuk kehidupan seorang penjenayah kejam yang dibebaskan selepas 13 tahun. Ia akan mempamerkan pertempuran sengit antara mereka yang ingin membunuh dan mereka yang ingin bertahan.

Kdrama ini akan diarahkan oleh Choi Gook Hee yang terkenal dengan penciptaan filem Life is Beautiful, Default dan Split.

Lee kwang soo

Lee Kwang Soo dilaporkan akan memainkan peranan sebagai warganegara yang terlibat dalam kontrak pembunuhan awam.
Siri ini juga turut akam dibintangi oleh Lee Sun Kyun, Yoo Jae Myung, dan Kim Mu Yeol.

Open Murder Contract dijadualkan memulakan penggambaran pada November tahun ini. Tiada pengesahan rasmi lagi mengenai tarikh tayangan K-drama ini. Nantikan sahaja kemaskini kami lagi ya!

Sumber

Baca lagi: Filem Thriller “Target”, Dibintangi Shin Hye Sun dan Kang Tae Oh Tayang 30 Ogos Ini
Baca juga: See You in My 19th Life, 8 Fakta Kehidupan ke-19 Ban Ji Eum