Home Entertainment Durian’s Affair di Viu Mencapai Rating Tertinggi Penonton Semalam

Durian’s Affair di Viu Mencapai Rating Tertinggi Penonton Semalam

0

Kdrama siri ”Durian’s Affair” mencapai rating penonton tertinggi mereka malam tadi!

Pada 23 Julai, “Durian’s Affair” menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah penonton apabila ia mencapai paras tertinggi baharu sepanjang masa untuk episod terbaharunya. Menurut Nielsen Korea, drama percintaan fantasi itu melonjak ke rating purata seluruh negara sebanyak 6.3 peratus, menjadikannya drama yang paling banyak ditonton dalam slot masanya.

Tahniah kepada pelakon dan kru “Durian’s Affair”! Tonton episod penuh “Durian’s Affair” dengan sari kata Bahasa Melayu dan Inggeris di Viu

Affair

 

Rekap Ringkasan Plot “Durian’s Affair”

Drama siri Durian’s Affair ini membawa tema makjang dengan genre romantis, melodrama, dan fantasi ini sememangnya tema dan genre yang sangat popular dikalangan peminat Kdrama. sebuah kisah tipu daya masyarakat dari kelas tinggi dan konflik keluarga dengan sentuhan zaman Joseon yang hebat.

Menambah menariknya lagi drama siri ini, ia dibintangi sederet barisan pelakon yang bukan calang-calang hebatnya. Dibintangi oleh oleh Park Joo-mi, Choi Myung-gil, Kim Min-jun, Han Da-gamJeon No-min, Yoon Hae-young, Ji Young-san, Yoo Jeong-hu dan Lee Da-yeon.

Durian’s Affair merupakan drama fantasi Korea yang mengfokuskan tentang dua orang wanita merentas masa dari zaman Joseon ke masa hadapan (2023). Hubungan mereka adalah mertua dan menantu yang sama-sama telah kehilangan lelaki yang mereka cintai.

Di masa hadapan, dua orang wanita tersebut bertemu dengan lelaki yang memiliki wajah serupa dengan kekasih dan suami mereka. Namun, kedua lelaki tersebut tidak mengenali kedua wanita yang juga dicintainya itu.

IMG 7612

Dengan merentas masa ke tahun 2023, mereka harap dapat berjumpa semula dengan bekas kekasih dan suami yang telah meninggal dunia ketika berada di zaman Joseon.

Du Ri An (Park Joo Mi) di masa Joseon tidak dapat hidup bahagia dengan kekasihnya, Dol Seo (Kim Min Jun). Bukan setakat itu sahaja, kekasihnya yang juga merupakan pelayannya itu meninggal dunia kerana dibunuh oleh ibu mertuanya yang kejam (Choi Myoung Gil).

Manakala Kim So Jeo (Lee Da Yeon) yang merupakan menantu Du Ri An juga harus kehilangan suaminya, Park Eon secara tiba-tiba. Sedangkan mereka baru sahaja berkahwin. Park Eon meninggal dunia secara misteri di dalam tidurnya.

IMG 7614

Dengan merentas masa ke 2023, mereka mungkin akan dapat mencari jawapan kematian misteri Park Eon. Dalam masa yang sama, mereka juga mungkin dapat petunjuk yang akan membuatkan Du Ri An dan Kim So Jeo kembali ke masa zaman Joseon semula.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan episod seterusnya “Durian’s Affair” ya!!

Baca lagi: The Wedding War, Menang 290 Juta Won Untuk Berkahwin

Baca juga: “Durian’s Affair” – Mengapa Perlu Tonton Kdrama Ini?