Home Entertainment “Strong Girl Nam Soon” Raih Rating Tinggi, Lebih Berjaya dari Strong Woman...

“Strong Girl Nam Soon” Raih Rating Tinggi, Lebih Berjaya dari Strong Woman Do Bong Soon

0

Drama siri Korea Selatan yang terbaru iaitu “Strong Girl Nam Soon” nampaknya telah berjaya meraih rating yang sangat memuaskan untuk episod awal yang telah ditayangkan.

Dipetik dari portal atas talian Soompi pada hari Ahad, 8 Oktober 2023, drama siri Korea yang ditayangkan di JTBC pada 7 Oktober ini telah meraih rating yang lebih tinggi daripada “Strong Woman Do Bong Soon” pada musim yang pertama.

Strong girl nam

Drama ini menceritakan tentang Gang Nam Soon (Lee Yoo-mi) yang mempunyai kuasa luar biasa. Sewaktu kecil, dia pernah hilang di Mongolia, membuatkannya membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Ketika dewasa, Nam Soon pergi ke Gangnam untuk mencari orang tuanya yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Setelah beberapa peristiwa kejadian di Gangnam, Nam Soon akhirnya bertemu ibunya Hwang Geum Joo yang ternyata adalah seorang wanita kaya. Sewaktu kehilangan Nam Soon, Geum Joo berusaha mencari anaknya dan dia juga cuba menjalani kehidupan yang perit tanpa anaknya.

1dee50ec 6ae5 4aee 921e b8066dfb1cf8Menurut Nielsen Korea pula, episod pertama “Strong Girl Nam Soon” telah menduduki tempat teratas atau pertama dalam slot waktu di semua saluran TV kabel dengan rating purata peringkat negara Korea sebanyak 4.3 peratus. Perkara ini menunjukkan bahawa drama siri ini yang juga merupakan “spin-off” kepada musim 1 telah mengatasi rating tayangan perdana “Strong Woman Do Bong Soon”, yang hanya meraih rating 3 peratus pada waktu itu.

Sementara itu, drama Korea lain yang juga sepatutnya ditayangkan pada tarikh 7 Oktober 2023 seperti “The Escape of the Seven” di SBS, “Live Your Own Life” di KBS 2TV, dan “Arthdal Chronicles 2” di tvN, telah ditangguhkan penayangan kerana memberi laluan kepada liputan Sukan Asia 2023.

Melihat kepada rating “Strong Girl Nam Soon” yang mengagumkan dan memberangsangkan jika dibandingkan dengan “Strong Woman Do Bong Soon”, ramai peminat memberi komen positif dan tidak sabar-sabar menunggu episod baru seterusnya:

“Rating untuk musim kedua ini sangat tinggi kerana musim 1 juga sangat berjaya dan diminati ramai, jadi para peminat setia Kdrama ini memang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya tentang jalan cerita untuk sambungan musim 2 ini. Semoga yang ini juga berjaya!”

“Sangat mengasyikkan mendengar ITZY mengisi ost untuk drama siri yang mempunyai rating yang bagus.”

“Tontonan yang sangat menghiburkan. Menarik dan penuh komedi. Intro ost untuk drama siri ini seperti lagu Go Go Power Rangers.”

Begitulah komen-komen positif yang diterima! Daebak!

3605be2a 9d68 47d3 bad9 92b50016faba

Jangan lupa untuk menonton drama siri “Strong Girl Nam Soon” di platform
streaming Netflix setiap Sabtu dan Ahad, untuk sama-sama menyaksikan pengembaraan Gang Nam Soon yang pastinya menghiburkan!

Baca lagi: Kdrama Terbaru ‘Strong Girl Nam Soon, Merupakan Kisah Sepupu Do Bong Soon
Baca juga: 5 Fakta Pelakon Utama Strong Girl Nam Soon, Tayang 7 Oktober Ini