Home Entertainment 5 Fakta Pelakon Utama Strong Girl Nam Soon, Tayang 7 Oktober Ini

5 Fakta Pelakon Utama Strong Girl Nam Soon, Tayang 7 Oktober Ini

0

Masih ingatkah dengan drama Strong Girl Bong Soon atau Strong Woman Do Bong Soon?

Salah sebuah drama sangat popular pada tahun 2017 tersebut dibintangi oleh Park Bo Young dan Park Hyung Sik. Pada tahun 2023 ini drama tersebut akan menampilkan sebuah spin-off yang bertajuk Strong Girl Nam Soon.

Jika Strong Girl Bong Soon adalah mengenai kisah Do Bong Soon (Park Bo Young), kali in spin-off untuk drama siri tersebut akan berkisar tentang kehidupan sepupunya pula. Sama seperti Do Bong Soon yang digambarkan mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa, Kang Nam Soon juga mewarisi kekuatan itu dari ibu dan neneknya.

Tertanya-tanya siapakah pelakon-pelakon untuk Strong Girl Nam Soon? Lihat selengkapnya di sini:

1. Lee Yoo Mi

Strong girl nam soon
Lee Yoo-mi diberi kepercayaan untuk menjadi pelakon utama dalam drama Strong Girl Nam Soon. Nama pelakon muda ini makin dikenal setelah dia turut tampil dalam drama Squid Game (2021). Tambahan pula dia juga membintangi All of Us Are Dead (2022), di mana wataknya berjaya membuatkan penonton emosi.

Strong Girl Nam Soon merupakan kemunculan semula Lee Yoo Mi untuk tahun ini. Dia diberi kepercayaan untuk tampil sebagai Kang Nam Soon, sepupu dari Do Bong Soon. Sama seperti Do Bong Soon, Kang Nam Soon juga mempunyai kekuatan luar biasa yang merupakan tenaga dan kekuatan yang ampuh melebihi manusia biasa. Waktu kecil, dia pernah hilang di Mongolia dan kini kembali ke Korea Selatan untuk mencari orang tuanya.

 

2. Kim Jung Eun

050e9651 f436 44fd a1e9 c4d172c7dc86Seterusnya adalah Kim Jung Eun yang telah menyepikan diri dari dunia lakonan drama sejak tahun 2020 lagi. Drama terakhirnya adalah My Dangerous Wife yang ditayangkan oleh MBN. Pelakon senior dan veteran ini telah lama berkecimpung dalam dunia lakonan iaitu sejak tahun 1997. Pelakon ini debut melalui drama Revenge and Passion (1977).

Strong Girl Nam Soon menjadi drama comeback Kim Jung Eun selepas 3 tahun menyepi. Dalam drama ini dia membawa watak sebagai ibu Kang Nam Soon yang bernama Hwang Geum Joo. Sama seperti anaknya, dia juga mempunyai kekuatan yang luar biasa. Hwang Geum Joo sangat obses melakukan perkara dan perbuatan baik supaya dia dapat bertemu kembali dengan anaknya yang hilang.

 

3. Kim Hae Sook

c13089da 916b 4dd5 bc0a b138fdbd523e

Pelakon wanita senior Kim Hae Sook juga tampil dalam drama Strong Girl Nam Soon. Kim Hae Sook telah memulakan kariernya pada tahun 1982 melalui filem yang bertajuk Die to Live. Dia juga menjadi bintang drama Gaksibang Sarang Yeollyeonne pada tahun 1990. Kim Hae Sook juga kerap meraih anugerah berprestij kerana lakonan berkesan yang dipersembahkannya.

Dalam drama Strong Girl Nam Soon, Kim Hae Sook tampil sebagai Gil Joong Gan. Dia adalah nenek Kang Nam Soon yang juga mempunyai kekuatan super. Gil Joong Gan dikenali sebagai seorang wanita yang handal bertarung dan berjaya membuatkan lawannya tunduk melutut.

 

4. Ong Seong Wu

05e8d064 a573 46ad a621 32795f72b433Siapa yang menunggu comeback Ong Seong Wu? Jika anda adalah salah seorang darinya, maka wajib anda menonton Strong Girl Nam Soon. Bekas ahli kumpulan Wanna One ini telah membintangi banyak drama dan filem popular. Di antaranya adalah Would You Like a Cup of Coffee? (2021) dan Life is Beautiful (2022).

Ong Seong Wu membawa watak sebagai Kang Hee Sik. Dia adalah detektif dari pasukan penyiasatan rahsia yang secara khas menyiasat kes dadah di Gangnam. Kang Hee Sik juga adalah lelaki yang disukai oleh Kang Nam Soon.

 

5. Byeon Woo Seok

c83bff7d e8db 4405 8977 3dcd1a74e095Siapa yang masih mengingati Byeon Woo Seok setelah menonton 20th Century Girl (2022)? Lakonan dan pesona pelakon muda ini berjaya membuatkan penonton hanyut dalam suasana. Sebelum ini, Byeon Woo Seok juga tampil dalam drama Record of Youth (2020) dan Moonshine (2021-2022).

Dalam drama Strong Girl Nam Soon, dia akan membawa watak penjahat bernama Ryu Shi O. Dia adalah watak penjahat yang mempunyai pesona tersendiri. Karakternya digambarkan mempunyai sikap dingin dan tatapan mata yang tajam.

Strong Girl Nam Soon akan ditayangkan pada 7 Oktober 2023 ini. Drama ini menampilkan kembali kisah menarik wanita yang mempunyai kuasa super seperti Strong Girl Bong Soon yang pernah ditayangkan pada tahun 2017. Jangan lupa untuk menonton Kdrama ini di Netflix pada 7 Oktober ini ya!

Baca lagi: Kdrama Terbaru ‘Strong Girl Nam Soon, Merupakan Kisah Sepupu Do Bong Soon
Baca juga: Destined With You: 11 Persoalan Bakal Terjawab di Menjelang Episod Akhir