Home Entertainment Destined With You: 11 Persoalan Bakal Terjawab di Menjelang Episod Akhir

Destined With You: 11 Persoalan Bakal Terjawab di Menjelang Episod Akhir

0

Waktu terasa cepat berlalu jika anda mengikuti drama siri ongoing bukan? Nampaknya drama siri Destined With You (2023) hampir menamatkan kisahnya selepas setia menemani penonton dalam 16 episod.

Kisah cinta antara Lee Hong Jo (Jo Bo Ah) dan Jang Shin Yu (Rowoon) seperti roller coaster, naik dan turun membuatkan penonton ikut emosi. Bahkan di episod 13, Shin Yu juga ditikam oleh Na Jong Beom (Ahn Sang Woo), pemilik kedai bunga yang mempunyai obsesi aneh tentang Hong Jo.

Berbaki 2 episod, berikut ini adalah beberapa persoalan yang pasti terjawab dalam ending drama siri Destined With You. Jom sama-sama kita lihat!

 

Destined with you 1. Na Joong Beom berjaya melarikan diri selepas menikam Shin Yu, mengapakah polis belum berjaya menangkapnya dan adakah dia akan bakal tertangkap?

 

5ca24bc6 3900 4b5c b651 36f912e6a6732. Motif Na Joong Beom mengintip Hong Jo juga belum diketahui dengan jelas, adakah kerana dia memang seorang psikopat atau ada alasan lain?

 

439fc97b 4193 4fdd b333 02f041ac99b33. Hong Jo dan Shin Yu kembali bersama selepas insiden tikaman tersebut, adakah ibu bapa Shin Yu merestui hubungan mereka selepas mengetahui Hong Jo penyebab utama anak mereka tercedera?

746b31e0 eb47 4a8d a959 d6faca7a7de4

4. Kwon Jae Kyung (Ha Joon) tampak seperti sudah merelakan Hong Jo bersama Shin Yu, adakah dia akan menyerah begitu sahaja?

d3b1944c 2b0c 4ec0 b9bc 232bd4ad2ba4

5. Yoon Na Yeon (Yura) terlibat dalam kes Na Joong Beom, adakah dia akan menerima hukuman?

281a2fff 4e2c 4a82 99a8 ca324d85d7bb

6. Bagaimanakah kesan insiden Na Joong Beom yang melibatkan Na Yeon terhadap datuk bandar yang merupakan ayah kepada Na Yeon?

da24d0df 4b2e 4a9d 884a 53187e419745

7. Adakah syarikat pembinaan Haum akan tetap menjalankan projek di gunung Onju, walaupun kedudukan datuk bandar juga terancam kerana kesepakatan ini?

ea50ab2e 3341 4d1b bf5d 08d3216b07af

8. Bagaimanakah hubungan Na Yeon dengan Lee Hyun Seo (Kim Kwon), adakah mereka akhirnya bersama?

c1e2ad76 65e2 4bd2 9b87 524309c09a68

9. Kisah hubungan Gong Seo-Goo (Hyun Bong-Sik) dengan Ma Eun-Young (Lee Bong-Ryun) juga menjadi persoalan menarik!
10. Adakah Hong Jo dan Shin Yu tetap akan bekerja di dewan bandar Onju selepas kacau bilau yang mereka lakukan?

28f34d42 e2fa 4892 9477 11dd99746717

11. Adakah penulis akan menyajikan perkahwinan antara Hong Jo dan Shin Yu sebagai ending drama siri Destined With You?

Untuk menjawab 11 persoalan di atas anda perlu menonton episod akhir drama siri Destined With You. Jangan lupa tarikh tayangannya pada 11 Oktober 2023 dan 12 Oktober 2023 hanya di Netflix.

Baca lagi: 6 Fakta Filem Single in Seoul, Gandingan Lee Dong Wook dan Im Soo Jung
Baca juga: Kdrama Oktober 2023: 17 Artis Korea Ini Bakal Menemui Anda, Ada Kim Young Kwan