Home Artis Korea 6 Fakta Filem Single in Seoul, Gandingan Lee Dong Wook dan Im...

6 Fakta Filem Single in Seoul, Gandingan Lee Dong Wook dan Im Soo Jung

0

Baru-baru ini pihak Lotte Entertainment telah melancarkan poster watak utama untuk filem terbaru mereka yang bertajuk Single in Seoul. Filem yang akan ditayangkan pada bulan November akan datang ini merupakan comeback filem bagi pelakon tampan Lee Dong Wook untuk tahun 2023.

Single in Seoul akan menyajikan kisah komedi romantik dengan menampilkan Lee Dong Wook serta Im Soo Jung sebagai pelakon utama.

Berikut adalah lima fakta menarik filem Single in Seoul yang pasti berjaya mencuri perhatian orang ramai.

 

1. Filem pertama Lee Dong Wook di tahun 2023

Single SeoulLee Dong Wook memulakan debut lakonan dalam drama bersiri di stesen tv MBC pada tahun 1999. Lahir di Seoul pada 6 November 1981, dia semakin dikenali ramai hasil lakonannya dalam drama The Lonely and Great God (2016). Beberapa buah filem popular yang pernah dibintanginya adalah seperti The Perfect Couple (2007),Heartbreak Library (2008) dan The Recipe (2010).

Selepas membintangi filem The Beauty Inside pada tahun 2015, Single in Seoul merupakan projek filem terbaru Lee Dong Wook tahun ini dengan wataknya sebagai seorang pensyarah dan juga pempengaruh yang telah membujang sekian lama.

 

2. Projek filem kedua Im Soo Jung pada tahun 2023

Single in seoulIm Soo Jung merupakan pelakon wanita yang berbakat besar yang lahir di Seoul pada 11 Julai 1979. Dia memulakan debut lakonan pada tahun 2004 dalam drama televisyen School 4. Namanya kian dikenali ramai selepas membintangi beberapa buah filem seperti A Tale of Two Sisters (2003), I’m a Cyborg but That’s OK (2006) dan Come Rain Come Shine (2011).

Single in Seoul merupakan projek filem kedua Im Soo Jung pada tahun ini selepas sebelum ini berjaya membawa filem Cobweb dengan jayanya. Dalam Single in Seoul, dia akan membawa watak sebagai seorang ketua editor yang membenci status bujangnya.

 

3. Pertemuan semua Lee Dong Wook dan Im Soo Jung dalam satu projek

1dad31e8 9884 43da b09b 9fea39fb9e68Sebelum ini memang diketahui bahawa Lee Dong Wook dan Im Soo Jung pernah terlibat dalam satu projek drama iaitu Search: WWW (2019). Dalam drama yang mengisahkan tentang kehidupan tiga orang wanita yang bekerja dalam syarikat portal web tersebut, Im Soo Jung membawa watak sebagai salah seorang watak utama wanita yang bernama Bae Ta Mi.

Walaupun hanya muncul sebagai cameo, Lee Dong Wook turut mengambil bahagian dalam drama Search: WWW sebagai watak bekas kekasih Bae Ta Mi (Im Soo Jung). Keserasian kedua-dua pelakon ini rupa-rupanya membawa Lee Dong Wook serta Im Soo Jung untuk bergabung dalam filem Single in Seoul (2023) sebagai watak utama.

 

4. Dibintangi pelakon berbakat dengan garapan pengarah Park Bum Soo

Lee dong wookSingle in Seoul akan turut dibintangi oleh ramai pelakon popular seperti Esom, Jang Hyun Sung, Kim Ji Young, Lee Mi Do, serta Lee Sang Yi. Filem ini akan diarahkan oleh pengarah Park Bum Soo. Park Bum Soo merupakan pengarah untuk filem Red Carpet (2013) serta filem pendek seperti Solo 36’ (2008) dan juga Serious Comedy (2010).

 

5. Sinopsis filem Single in Seoul

a9567747 f62b 4493 870a 66e8a59a9c3dFilem melodrama ini akan menyoroti kisah kehidupan orang dewasa yang masih bujang di tengah-tengah kesibukan mereka di kota Seoul. Mengisahkan tentang Young Ho (Lee Dong-wook) iaitu seorang pensyarah dan juga pempengaruh terkenal yang sedang menikmati masa bujangnya dengan menyendiri.

Dia menerima sebuah tawaran untuk berkolaborasi menulis sebuah buku tentang kehidupan bujang bersama seorang wanita bujang yang bernama Hyun Jin (Im Soo-jung). Hyun Jin merupakan seorang ketua editor sebuah syarikat penerbitan yang membenci hidup kesunyian dan seorang diri. Dia dikenali sebagai seorang wanita yang bijak dan kreatif dalam pekerjaan namun sangat menyedihkan dalam hal percintaan.

 

6. Jadual tayangan filem Single in Seoul

f6bcd9c1 76c7 4d6b b73d 4dbb43fdc2bbTelah menjalankan proses penggambaran sejak bulan November 2020, filem Single in Seoul dijadualkan akan ditayangkan di pawagam pada 29 November 2023 akan datang.

Nantikan tayangan filem Single in Seoul di pawagam berdekatan anda ya!

Baca lagi: 5 Penjelasan Ending Filem Korea Ballerina, Kisah Pembalasan Dendam
Baca juga: 9 Filem Jenayah Korea Underrated Yang Harus Ditonton