Home Entertainment Kdrama Terbaru ‘Strong Girl Nam Soon, Merupakan Kisah Sepupu Do Bong Soon

Kdrama Terbaru ‘Strong Girl Nam Soon, Merupakan Kisah Sepupu Do Bong Soon

0

Drama siri Strong Girl Nam Soon merupakan spin-off dari drama Korea Strong Girl Do Bong Soon. Kali ini, sepupu Do Bong Soon pula yang akan menunjukkan kuasanya yang luar biasa.

Telah disahkan juga bahawa Do Bong Soon akan membuat penampilan istimewa dalam Strong Girl Nam Soon. Namun, belum diketahui akan muncul dalam episod ke berapa.

Dalam drama siri ini bukan hanya Nam Soon sahaja yang mempunyai kuasa hebat dan luar biasa. Ibu dan neneknya juga sama-sama mempunyai kuasa super.

Pasti anda tidak sabar untuk menonton kisah wanita-wanita dengan kuasa hebat ini bukan? Jom sama-sama kita lihat maklumat lengkap Strong Girl Nam Soon di bawah ini!

 

1. Sinopsis

Strong girl gang nam soon Strong Girl Nam Soon ini menceritakan tentang Nam Soon yang mempunyai kuasa luar biasa. Sewaktu kecil, dia pernah hilang di Mongolia, membuatkannya membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Ketika dewasa, Nam Soon pergi ke Gangnam untuk mencari orang tuanya yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Di Gangnam, Nam Soon akhirnya bertemu ibunya Hwang Geum Joo yang ternyata adalah seorang wanita kaya. Sewaktu kehilangan Nam Soon, Geum Joo berusaha mencari anaknya dan dia juga cuba menjalani kehidupan yang perit tanpa anaknya. Kemudian terdapat juga watak Gil Joong Gan, ibu kepada Hwang Geum Joo dan nenek Nam Soon. Nenek dan ibunya juga turut dilahirkan dengan kuasa luar biasa sama seperti Nam Soon.

Suatu hari, Nam Soon, ibunya, dan neneknya, terlibat dengan kes dadah yang terjadi di Gangnam. Detektif Kang Hee Sik mula menyiasat 3 wanita tersebut. Apakah sebenarnya yang terjadi dan bagaimanakah mereka boleh terlibat dengan kes dadah?

 

2. Senarai pelakon dan pengarah

IMG 7382Strong Girl Nam Soon ini diarahkan oleh Kim Jeong-sik dan Lee Kyung-sik. Senarai pelakon yang terlibat dalam drama ini diantaranya adalah:

Lee Yoo-mi sebagai Kang Nam Soon
● Kim Jung-eun sebagai Hwang Geum Joo
● Kim Hae-sook sebagai Gil Joong Gan
● Ong Seong-wu sebagai Kang Hee-sik
● Byeon Woo-seok sebagai Ryu Shi-oh

● Lee Seung-joon sebagai Kang Bong-go
● Jeong Bo-seok sebagai Seo Jun-hee
● Lee Jung-ok sebagai Kim Nam-gil
● Joo Woo-jae sebagai Ji Hyun-soo
● Jeong Seung-gil sebagai Ha Dong-seok

 

3. Tarikh tayangan

IMG 7392Strong Girl Nam Soon bakal ditayangkan pada 7 Oktober 2023 nanti di layanan streaming Netflix. Drama siri ini berjumlah 16 episod, setiap episod terbaru akan ditayangkan pada hari Sabtu dan juga ahad. Nantikan tayangannya ya!

Baca lagi: 10 Kdrama Yang Sangat Dinantikan Pada Oktober 2023
Baca juga: Kdrama Oktober 2023: 17 Artis Korea Ini Bakal Menemui Anda, Ada Kim Young Kwan