Home Artis Korea Gyeongseong Creature: Umur Sebenar 9 Pelakon Utama

Gyeongseong Creature: Umur Sebenar 9 Pelakon Utama

0

Setelah lama ditunggu-tunggu, drama siri Gyeongseong Creature akhirnya telah ditayangkan secara keseluruhan sebanyak 7 episod untuk bahagian pertama pada Jumat 22 Disember 2023.

Menceritakan tentang dua orang individu yang bertahan dari serangan raksasa, siri ini terus trending dan menjadi kegemaran para penonton.

Merupakan kemunculan julung kali Park Seo Joon selepas 3 tahun menyepikan diri dari kaca televisyen, tentu sahaja para penonton juga mula tertanya-tanya tentang umur sebenar para pelakon drama siri ini.

Berikut ini adalah 9 umur sebenar para pelakon yang membintangi drama siri Gyeongseong Creature yang menjadi sorotan ramai.

 

Pelakon1. Menjadi lelaki kaya raya dan juga pemilik Golden Jade House, Park Seo Joon baru sahaja genap berumur 35 tahun pada 16 Disember lalu

 

Gyeongseong2. Menjadi wanita yang mempunyai kebolehan dalam menemui orang hilang, Han So Hee juga baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-29

 

518751a3 f909 48a0 9c51 90779015b3503. Walau tampak sangat awet muda, namun Claudia Kim yang diberi kepercayaan untuk membawa watak isteri orang paling berkuasa sebenarnya telah berusia 38 tahun

 

dc21512e a0ba 405e 9820 3b6c0c5a5d7f4. Membawa watak sebagai ayah Han So Hee, yang turut mencari isterinya yang hilang, Jo Han Chul ternyata sudah berusia 50 tahun

 

4b3a7dde 4397 4751 bac0 f3a12c227b3d5. Walau menjadi tentera dan juga kawan rapat Park Seo Joon, Wi Ha Joon sebenarnya lebih muda 3 tahun. Dia baru berusia 32 tahun

 

393bae49 07f9 4436 b3de 161ba6ea93f46. Merupakan ketua pekerja Golden Jade House serta sering dipanggil “Ibu”, Kim Hae Sook akan genap berusia 68 tahun pada 30 Disember nanti

 

bc27b560 cc50 4f14 9085 282c6d00a16f7. Menjadi salah seorang pekerja Golden Jade House bersama Kim Hae Sook, pelakon Park Ji Hwan ternyata baru berusia 43 tahun pada bulan September lalu

 

9faf9e89 6bf7 4aa4 9fb3 7905ab0e089f

8. Hyun Bong Sik pernah mengaku bahawa ramai orang yang terkejut apabila mengetahui usianya. Padahal dia baru berusia 39 tahun pada Oktober 2023

 

a1666e02 1af4 4283 859c 2c00af52ed7f9. Tampak awet muda, Choi Young Joon yang menjadi Leftenan Kato ternyata telah berusia 43 tahun. Masih seperti oppa-oppa bukan?

Wajah awet muda para bintang utama Gyeongseong Creature memang mengaburi mata para penonton siri ini. Pakej wajah muda remaja dari usia adalah satu anugerah! Siri tentang serangan raksasa di sebuah hospital ini sudah boleh ditonton di Netflix!

Baca lagi: Penjelasan Episod Akhir Gyeongseong Creature Part 1, Semua Belum Berakhir
Baca juga: 16 Kdrama Thriller di Akhir tahun 2023, Terbaru Gyeongseong Creature