Home Kdrama/Kmovie Penjelasan Episod Akhir Gyeongseong Creature Part 1, Semua Belum Berakhir

Penjelasan Episod Akhir Gyeongseong Creature Part 1, Semua Belum Berakhir

0

Gyeongseong Creature ditayangkan secara perdana di Netflix pada 22 Disember 2023. Selepas menyaksikan 7 episod Gyeongseong Creature Part 1 (2023), para penonton pasti masih tertanya-tanya tentang cerita ini kerana semua yang terjadi dalam drama tersebut belum berakhir.

IMG 7400Jang Tae Sang berjaya menyelamatkan Josenjin dari Hospital Ongseong. Namun, bagaimanakah nasib akhir Jang Tae Sang sendiri? Semak penjelasan ending bahagian 1 di bawah ini!

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Jang Tae Sang dan Seong Sim masih hidup, manakala tahanan Josenjin berjaya melarikan diri

Gyeongseong creature Yoon Chae Ok (Han So Hee), Yoon Joong Won (Jo Han Chul), dan beberapa tahanan Josenjin berjaya melarikan diri dari Hospital Ongseong. Sayangnya, beberapa orang warga Gyeongseong yang membantu mereka telah ditangkap oleh polis Jepun. Yoon Chae Ok dan Yoon Joong Won berjaya keluar dari Gyeongseong dengan bantuan Nawol (Kim Hae Sook). Selain itu, Seong Sim, ibu Yoon Chae Ok yang sudah menjadi raksasa dikurung di Hospital Ongseong. Sementara itu, Jang Tae Sang (Park Seo Joon) sengaja mengalihkan perhatian tentera Jepun. Dia jatuh ke dalam timbunan tulang belulang yang disyaki tempat pembuangan mayat eksperimen, namun masih hidup.

 

2. Ternyata yang meminum Najin adalah Akiko

fa26793c 291b 4989 ac59 3bf132d0a9d5Leftenan Kato (Choi Young Joon) menyiapkan segelas Najin, air berisi parasit untuk Yoon Chae Ok minum di atas meja. Pada awalnya, Najin tersebut tidak disentuh sama sekali oleh Yoon Chae Ok. Ketika Leftenan Kato kembali ke ruangan tersebut, gelas air itu sudah kosong. Ternyata yang meminum Najin adalah Akiko atau Myeong Ja (Ji Woo). Sesuai dengan janji Jang Tae Sang kepada Inspektor Ishikawa (Kim Do Hyun), dia berjaya membebaskan Akiko dari Hospital Ongseong.

Baca juga: 16 Kdrama Thriller di Akhir tahun 2023, Terbaru Gyeongseong Creature

 

3. Maeda adalah dalang disebalik penubuhan Hospital Ongseong, termasuk eksperimen di sana

793a970a 3952 4667 9c39 59dc1448d42fDalang penculikan Akiko adalah Yukiko Maeda (Soo Hyun). Dia adalah isteri kepada Inspektor Ishikawa. Maeda juga tahu bahawa Akiko sedang mengandung anak suaminya. Ternyata orang yang menubuhkan Hospital Ongseong adalah Maeda. Dia juga tahu semua eksperimen yang dilakukan oleh Pengarah Ichiro (Hyun Bong Sik) di hospital tersebut. Bahkan dia tidak merasa ralat dengan kejayaan Pengarah Ichiro dan Leftenan Kato mencipta raksasa. Di episod akhir juga dijelaskan bahawa Maeda mengenali Seong Sim, ibu Yoon Chae Ok.

 

4. Kwon Jun Taek membocorkan nama pengintip dan organisasi Patriot Kemerdekaan ke Jepun

28092341 419e 478a bd2e d5f6f6703e78Kwon Jun Taek (Wi Ha Joon) turut menyusup ke Hospital Ongseong dengan alasan ingin menyelamatkan anggota Patriot Kemerdekaan. Dia menyelamatkan rakannya, ternyata Kwon Jun Taek hanya ingin mengetahui tempat persembunyian bom yang diketahui rakannya tersebut. Selepas berpisah dengan Jang Tae Sang, Kwon Jun Taek ditangkap oleh tentera Jepun. Dia diseksa, serta dipaksa menulis nama-nama orang yang menyusup masuk ke Hospital Ongseong. Kwon Jun Taek juga membocorkan organisasi Patriot Kemerdekaan. Pada akhirnya, Kwon Jun Taek dibebaskan dengan bantuan Nawol.

 

5. Griya Harta Emas bukan sekadar kedai pajak gadai, tapi Jang Tae Sang selalu membantu warga Gyeongseong dengan kuasanya

12530df4 20fe 4a77 87ee bd865c8d954eSelama ini, warga Gyeongseong dan Patriot Kemerdekaan menganggap Jang Tae Sang adalah orang kaya yang pro Jepun. Ramai yang menganggap dia hanya suka berpesta dan menyogok tentera Jepun. Namun di akhir episod 7, Nawol berkata bahawa tugas utama Jang Tae Sang sebagai pemilik Griya Harta Emas adalah membantu orang lain. Dengan kuasanya dan kenalannya, Jang Tae Sang boleh mencari barang, duit, orang, dan juga menyelamatkan nyawa. Sebab utama Jang Tae Sang selama ini tidak mahu menyertai Patriot Kemerdekaan adalah kerana janji yang dibuat kepada ibunya, iaitu hidup selama yang mungkin. Namun, semenjak bertemu Yoon Chae Ok, Jang Tae Sang tergerak hati untuk membantu orang lain dengan cara yang lebih ekstrem.

Gyeongseong Creature Part 2 akan ditayangkan pada 5 Januari 2024. Drama ini meninggalkan berbagai-bagai tanda tanya di akhir episod 7. Adakah anda sudah menonton episod akhir siri ini?

Baca lagi: 6 Kisah Para Pelakon Gyeongseong Creature Sewaktu Mendalami Watak
Baca juga: 6 Watak Utama Kdrama Gyeongseong Creature, Tayang 22 Disember