Home Artis Korea 6 Watak Utama Kdrama Gyeongseong Creature, Tayang 22 Disember

6 Watak Utama Kdrama Gyeongseong Creature, Tayang 22 Disember

0

Drama Gyeongseong Creature (2023) merupakan drama terbaru Netflix yang bergenre sageuk, thriller, misteri, aksi, dan juga seram.

Gyeongseong Creature berlatarkan tahun 1945 ini mengisahkan tentang Jang Tae Sang dan Yoon Chae Ok. Mereka berjuang untuk bertahan hidup dan menghadapi raksasa yang lahir dari nafsu serakah manusia.

Gyeongseong Creature ditulis oleh Kang Eun Kyung yang juga menulis siri drama popular Dr. Romantic. Sementara itu pengarah Jung Dong Yoon akan mengarahkan drama Gyeongseong Creature. Dia sebelum ini pernah mengarahkan drama Stove League.

Tayang pada 22 Disember 2023, berikut ini adalah enam watak utama untuk Kdrama Gyeongseong Creature.

1. Park Seo Joon bawa watak sebagai pemilik Geumokdang, kedai pajak gadai terbaik di Gyeongseong

Gyeongseong CreaturePark Seo Joon membawa watak yang bernama Jang Tae Sang. Dia adalah seorang lelaki kaya raya yang juga pemilik Golden Jade House, iaitu kedai pajak gadai terbaik di Gyeongseong. Dia digambarkan sebagai seorang lelaki yang cerdas dan berwawasan tinggi. Dia juga dikenali sebagai seorang pemberi maklumat terbaik di Gyeongseong.

Jang Tae Sang mempunyai seorang kekasih bernama Ishikawa yang hilang entah ke mana. Sewaktu mencari kekasihnya yang hilang, Jang Tae Sang bertemu dengan Yoon Chae Ok (Han So Hee) yang juga mencari ibunya yang hilang. Bersama-sama, Jang Tae Sang dan Yoon Chae Ok menyusup masuk ke Hospital Ongseong tempat semua kecurigaan ini muncul. Di hospital ini, mereka menemui kebenaran yang tidak disangka-sangka.

 

2. Han So Hee mempunyai kebolehan mencari orang hilang

f5b12b04 bb98 427e 9352 ebedd7ddd07eHan So Hee membawa watak sebagai Yoon Chae Ok. Dia adalah seorang wanita yang memiliki kebolehan mencari orang hilang. Bahkan, dia boleh menemui orang yang sudah meninggal dunia. Oleh kerana ingin menemui ibunya yang hilang, Yoon Chae Ok pergi ke Gyeongseong dan bekerjasama dengan Jang Tae Sang.

Bersama ayahnya Yoon Joong Won dan Jang Tae Sang, mereka menyusup ke Hospital Ongseong yang disyaki sebagai tempat terakhir orang-orang yang hilang itu singgah. Mereka akhirnya mengetahui rahsia tentang Hospital Ongseong yang dipenuhi dengan nafsu serakah manusia yang melebihi raksasa. Ketiga-tiga mereka berjuang untuk bertahan hidup menghadapi kebenaran yang mengejutkan.

 

 

3. Claudia Kim sebagai perempuan simpanan keluarga yang mengawal daerah Gyeongseong

ecd2a291 f806 445e a224 e05f4c0380dcKim Soo Hyun atau lebih dikenali dengan nama Claudia Kim membawa watak sebagai Yukiko Maeda. Wataknya diceritakan sebagai ‘isteri simpanan’ keluarga bangsawan Jepun. Keluarga suaminya merupakan keluarga yang menguasai wilayah Gyeongseong.

 

4. Kim Hae Sook sebagai Na Wol Daek, ketua pekerja Geumokdang

48726bc2 aece 4492 9ae9 b7e3b85a3714Pelakon senior Kim Hae Sook membawa watak sebagai Na Wol Daek. Dia adalah ketua pekerja Golden Jade House, kedai pajak gadai yang dimiliki oleh Jang Tae Sang.
Wataknya merupakan pekerja yang boleh diharapkan dalam pekerjaannya. Na Wol Daek mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai atasannya, yaitu Jang Tae Sang. Kedua-duanya sudah menganggap satu sama lain sebagai keluarga.

 

5. Jo Han Chul sebagai ayah Han So Hee

3f9881f9 9a68 4da9 94ff baae65f38e20Jo Han Chul membawa watak yang bernama Yoon Joong Won, ayah kepada Yoon Chae Ok. Bersama anaknya, dia berusaha untuk mencari isterinya yang hilang. Demi mencari petunjuk tentang isterinya, Yoo Joong Won juga bekerjasama dengan Jang Tae Sang. Dia turut serta bersama Jang Tae Sang dan Yoon Chae Ok menyusup ke Hospital Ongsung, tempat semua rahsia tersimpan.

 

6. Wi Ha Joon membawa watak sebagai tentera dan kawan rapat Jang Tae Sang

dfd3a91c d667 40ab a943 64be3172ce36Wi Ha Joon merupakan salah seorang pelakon utama drama Gyeongseong Creature. Dalam drama ini, dia membawa watak sebagai Kwon Jun Taek, seorang tentera yang juga merupakan kawan baik Jang Tae Sang. Kwon Jun Taek dalam diam menyertai prajurit kemerdekaan Korea Selatan. Dia malu terhadap ayahnya yang sangat pro terhadap pemerintahan Jepun.

Gyeongseong Creature merupakan drama terbaru Netflix yang dibintangi oleh Park Seo Joon dan Han So Hee. Bukan hanya dua bintang terkenal ini, drama ini juga turut menampilkan Claudia Kim, Jo Han Chul, Kim Hae Sook, dan Wi Ha Joon. Drama Gyeongseong Creature akan ditayangkan pada 22 Disember 2023 di Netflix. Tidak sabar bukan?

Baca lagi: 16 Kdrama Thriller di Akhir tahun 2023, Terbaru Gyeongseong Creature
Baca juga: 24 Drama Korea Thriller Terbaik 2023, Suspens dan Mendebarkan