Home Entertainment 4 Filem Thriller Korea Tentang Misi Menyelamatkan Tebusan

4 Filem Thriller Korea Tentang Misi Menyelamatkan Tebusan

0

Filem thriller tentang misi menyelamat terutama penculikan akan dipenuhi dengan babak yang membawa suasana cemas kepada para penonton. Tambahan pula jika terdapat aksi pertarungan dari yang semakin tegang dan sengit serta sangat memainkan emosi sehingga membuat filem-filem thriller ini lebih menarik.

Jadi, tidak hairanlah jika filem thriller tentang misi menyelamat mempunyai sangat ramai peminat. Jika anda sedang mencari filem thriller Korea Selatan dengan kisah dan adegan seperti yang dinyatakan, berikut ini merupakan senarai lengkap untuk anda. Jom sama-sama kita lihat ya!

1. The Killer: A Girl Who Deserves to Die (2022)

Filem thriller
Bang Eui Kang (Jang Hyuk) adalah merupakan bekas pembunuh upahan. Dia dikenali dengan perwatakan yang sangat dingin dan tidak berperikemanusiaan ketika menjalankan tugasnya. Namun, dia memutuskan untuk berhenti dan tinggal bersama isterinya.

Hingga suatu hari, isterinya merancang untuk bercuti ke Pulau Jeju dengan sahabatnya. Dia diminta untuk menjaga anak kepada sahabat isterinya yang bernama Kim Yoon Ji (Anne GWSN).

Walaupun dia menolak tugas tersebut, Eui Kang akhirnya setuju dan menjaga gadis remaja itu dengan baik. Rupa rupanya Yoon Ji telah dibuli oleh kawan-kawannya.
Siapa sangka aksi buli tersebut berubah menjadi aksi penculikan. Tanpa berdiam diri, Eui Kang juga sanggup bertarung nyawa untuk menyelamatkan Yoon Ji.

Baca lagi: 8 Pelakon Wanita Korea, Sebagai Heroin & Detektif

Baca juga: 8 Watak Antagonis Kdrama 2023, Sayang Anak Mereka

2. The Negotiation (2018)

b6de1d7a 3463 4097 947a c2232a231ded
The Negotiation adalah sebuah filem thriller penyiasatan mengisahkan tentang seorang mafia yang bernama Min Tae Gu (Hyun Bin) yang menculik beberapa orang individu dan menyeludup senjata. Dia dikenali sebagai pembunuh berhati kering yang tidak mempunyai sifat belas kasihan.
Akhirnya, seorang perunding wanita yang bernama Ha Chae Youn (Son Ye Jin) ditugaskan untuk menangani kes tersebut.

Dia hanya mempunyai waktu selama 21 jam sahaja untuk menyelamatkan para tebusan.
Berjaya menduduki box office Korea pada tahun 2018, filem The Negotiation dipenuhi dengan babak cemas yang berjaya membuat jantung para penonton berdegup kencang. Bukan hanya itu, setiap kepingan teka-teki di sebalik motif penculikan dalam file ini membuatkan filem ini semakin menarik untuk ditonton.

3. The Man From Nowhere (2010)

308a3bfe 34f2 46d5 811b ff631d337304
Akibat trauma kehilangan isterinya, seorang bekas ejen khas yang bernama Cha Tae Shik (Won Bin) telah memilih untuk tinggal di kawasan apartment yang sederhana. Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, dia menjalankan sebuah perniagaan pajak gadai secara kecil-kecilan.

Cha Tae Sik dikenali sebagai seorang lelaki yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kenalan. Namun, seorang kanak-kanak kecil yang bernama So Mu (Kim Sae Ron) sering menemaninya.

Walaupun dilihat seperti acuh tidak acuh melayani So Mu, Cha Tae Sik sebenarnya sangat senang dengan kehadiran sahabat kecilnya tersebut. Namun, So Mi diculik oleh sekumpulan mafia. Cha Tae Sik menunjukkan taringnya yang sebenar demi untuk menyelamatkan orang-orang yang disayanginya.

Baca lagi: The Uncanny Counter 2, Sesi Pembacaan Skrip Bersama 4 Pelakon Baru

Baca juga: “Bitch X Rich“ – Baek Je Na Watak Paling Jahat

4. No Mercy (2019)

718e4cc3 c030 41f1 8f56 572d45fb5078
Sejak pemergian orang tuanya, Park In Ae (Lee Si Young) berjanji akan menjaga adik perempuan yang bernama Eun Hye (Park Se Wan). Dia tidak akan membiarkan seorang pun menyakiti adik kesayangannya tersebut.
Namun, tanpa diketahui sebelumnya, Eun Hye ternyata mendapatkan gangguan seksual daripada seorang lelaki jahat. Tanpa berfikir panjang, In Ae terus menyerang lelaki tersebut. Akibatnya, dia dihukum dan dihumban ke penjara selama satu tahun lebih.

Setelah menyelesaikan hukumannya, In Ae berniat untuk memulakan hidup baru dengan adiknya. Tidak disangka, Eun Hye menjadi mangsa penculikan. Langsung tidak kenal apa itu erti takut, In Ae bersiap untuk menyelamatkan nyawa adiknya tersebut.

Dijamin akan memacu adrenalin anda, kelima-lima filem thriller tentang misi menyelamat ini sangat sesuai untuk mengisi waktu lapang anda semasa di rumah. Daripada semua senarai yang diberikan, filem thriller manakah yang pernah anda tonton?

Baca lagi: 3 Watak Terbaik Lee Do Hyun Dalam Kdrama

Baca juga: “Sweet Home 2 & 3”, Barisan Pelakon Telah Disahkan