Home Entertainment 3 Watak Terbaik Lee Do Hyun Dalam Kdrama

3 Watak Terbaik Lee Do Hyun Dalam Kdrama

0

Bakat lakonan Lee Do-hyun memang tidak perlu dipertikaikan lagi!

Oleh kerana kehebatan lakonannya, nama Lee Do Hyun juga semakin bersinar dengan kejayaan setiap drama siri yang dibintanginya.

Tambahan pula, pelakon lelaki yang dilahirkan pada tahun 1995 ini tidak pernah gagal dalam membawakan setiap watak yang diberi kepadanya.

Contohnya seperti 3 watak terbaik yang pernah dilakonkan olehnya seperti berikut ini. Jom sama-sama kita lihat senarai seperti di bawah ini:

 

Lee do hyun
1. Hong Dae Young atau Ko Woo Young dalam 18 Again (2020)

Hong Dae Young (Yoon Sang Hyun) dengan tidak sengaja kembali ke tubuhnya ketika masih muda (Lee Do Hyun). Demi menyorokkan identiti asalnya, dia mendekati anggota keluarga dengan memperkenalkan diri sebagai Ko Woo Young yang merupakan seorang pelajar di tempat anak-anak mereka bersekolah. Kejadian tersebut dianggap sebagai satu peluang keemasan bagi Hong Dae Young untuk memperbaiki nasib keluarganya yang berantakan.

Lakonan Lee Do Hyun yang membawa dua watak sekaligus dilihat begitu cemerlang. Pelakon ini seperti langsung tidak mempunyai masalah untuk bertukar-tukar watak sebagai Hong Dae Young muda dan juga watak sebagai Ko Woo Young. Melalui watak tersebut, Lee Do Hyun layak untuk membawa pulang anugerah Best New Actor di BaekSang Arts Awards 2021.

 

6b29bb3b dced 4829 b0eb 8b26bf4acf71
2. Hwang Hee Tae dalam Youth of May (2021)

Dalam drama siri Youth of May (2021), Lee Do Hyun melakonkan watak yang bernama Hwang Hee Tae. Dia merupakan seorang pelajar perubatan yang popular pada masanya. Dia dikenali cukup ramah, namun memiliki semangat yang kuat dan cukup keras kepala. Dalam drama siri ini, Lee Do Hyun bergandingan dengan Go Min Si yang menjadi kekasihnya. Keserasian mereka terjalin begitu hebat hinggakan berjaya meraih banyak perhatian. Tidak hairanlah jika drama siri ini menjadi salah satu hasil lakonan Lee Do Hyun yang sukar untuk dilupakan.

Hasil daripada lakonannya dalam Youth of May, pelakon ini berjaya menyondol anugerah Best Actor dan Best Couple Award di KBS Drama Awards 2021.

 

a3688a49 2b4a 4ed6 906b 901785a49307
3. Choi Kang Ho dalam The Good Bad Mother (2023)

Kali ini Lee Do Hyun melakonkan karakter yang bernama Choi Kang Ho. Dia merupakan seorang pendakwa raya yang mempunyai agenda tersendiri untuk melancarkan balas dendamnya. Dia telah masuk ke dalam perangkap pihak lawan sehingga mengalami kemalangan. Choi Kang Ho menderita dan lumpuh sementara. Dia juga turut hilang ingatan pada masa kini dan yang tinggal hanya memori ketika dia berusia 7 tahun.

Dualisme Lee Do Hyun berjaya meraih sangat banyak pujian. Watak pendakwa raya yang dingin dan sombong berjaya membuatkan para penonton merasa begitu emosional. Sementara auranya terus berubah ketika dia masuk ke dalam Choi Kang Ho yang berusia 7 tahun. Watak anak kecil yang menyimpan banyak luka di hatinya sehingga berjaya menyayat hati para penonton.

Jadi, watak yang manakah yang menjadi kegemaran anda? Pastinya nama Lee Do Hyun merupakan salah satu nama besar yang menjadi kesayangan ramai. Semoga berjaya Lee Do Hyun!

Baca lagi: 12 Kdrama Terbaik Dibintangi Para Pelakon “The Good Bad Mother”

Baca juga: 8 Watak Antagonis Kdrama 2023, Sayang Anak Mereka