Home Entertainment 8 Watak Antagonis Kdrama 2023, Sayang Anak Mereka

8 Watak Antagonis Kdrama 2023, Sayang Anak Mereka

0

Watak antagonis dalam drama siri Korea Selatan kerap digambarkan sebagai toksik, ego, dan bersikap jahat pada orang lain

Namun terdapat juga watak antagonis yang ditonjolkan dengan sikap sangat menyayangi buah hatinya. Mereka rela berkorban dan melakukan segala-galanya demi anak kesayangan mereka.

Dalam berbagai-bagai drama siri Korea Selatan yang telah ditayangkan sepanjang bulan Januari hingga bulan Jun 2023, terdapat beberapa watak antagonis seperti gambaran di atas. Contohnya, seperti watak yang telah kami kumpulkan seperti berikut ini.

Jom sama-sama kita lihat lapan watak antagonis dalam drama siri Korea Selatan tahun 2023 ini yang digambarkan sangat sayang kepada anak mereka:

 

Watak antagonis1. Menjadi perosak rumah tangga orang lain dalam drama siri Doctor Cha, Choi Seung Hi (Myung Se Bin) sangat sayang kepada satu-satunya anak perempuannya dan rela melakukan apa sahaja untuk anak gadis kesayangannya itu

ddf00bd4 53bd 4e2a 9fc8 a1df68b88eb72. Selepas menginsafi dosa dan kesalahannya berlaku curang, Seo In Ho (Kim Byung Chul) dalam drama siri yang sama iaitu Doctor Cha berusaha untuk menjadi ayah yang lebih baik bagi anak-anaknya

d204cb5a e70b 4f37 ab96 12405bb96e883. Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) dalam drama siri The Glory memang jahat dan suka membuli orang yang lemah. Namun dia sangat menyayangi anak perempuan tunggalnya

d35d7391 63e9 415c ad30 7d4da41bd9b74. Dalam drama siri yang sama iaitu The Glory, Jeon Jae Joon (Park Sung Hoon) berjaya membuat para penonton beremosi. Walaupun begitu, impiannya adalah untuk mendapatkan anaknya dan tinggal bersama buah hatinya tersebut

fd771b8d 2e1c 4323 ab51 158745ac412c5. Pyo Jae Hyun (Lee Sang-yoon) berusaha untuk menjadi seorang ayah yang baik dalam drama siri Pandora: Beneath the Paradise

4c5bf7f4 42e2 4dd7 89d7 d8f0ae2817a76. Jo Su Hee (Kim Sun Young) dalam drama siri Crash Course in Romance sanggup melakukan segalanya, termasuk perkara yang salah demi untuk anak perempuannya yang paling disayangi

500d6b92 3b09 443e 9590 3d8bee45cca6 17. Permaisuri Cho (Hong Soo Hyun) membunuh ramai orang demi balas dendam dan melindungi anak lelakinya dalam drama siri Our Blooming Youth

afed5571 3ecb 43b3 8334 2b3aaf7b60418. Jang Tae Hwa (Oh Man Seok) dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse berkelakuan sangat kejam dan juga bengis. Pada sisi lain, dia sangat berduka setelah anak lelaki yang sangat dia sayangi meninggal dunia

Semua watak antagonis dalam drama siri Korea 2023 di atas memang jahat dan berjaya membuat para penonton geram. Namun mereka tetap mempunyai sisi lembut untuk buah hati kesayangan mereka.

Baca lagi: 12 Kdrama Terbaik Dibintangi Para Pelakon “The Good Bad Mother”

Baca juga: “Sweet Home 2 & 3”, Barisan Pelakon Telah Disahkan