Home Design Ombak Raksasa 3D Pernah Melanda Seoul, Korea Selatan

[VIDEO] Ombak Raksasa 3D Pernah Melanda Seoul, Korea Selatan

0

Percutian di tepi pantai mungkin terpaksa disimpan dahulu dalam kotak impian semasa musim pandemik ini namun di Gangnam, Seoul, Korea Selatan, ‘lautan’ telah dibawa ke kota.

Satu ombak raksasa telah terpapar di bangunan SMTown COEX, sebuah papan iklan digital terbesar di Korea Selatan.

ombak raksasa

Skrin berukuran 80 x 20-meter (262 x 66 kaki) merupakan antara platform popular untuk iklan komersial dan berjenama seperti Samsung dan LG, video K-pop serta seni digital.

Paparan ombak 3D ini merupakan ilusi anamorphic (sejenis teknik sinematografi) yang melatari permukaan skrin dan simulasi tersebut sangat realistik seolah-olah air itu nak mengalir di atas kepala orang yang lalu-lalang.

 

Projek bertajuk ‘WAVE’ ini merupakan karya d’strict, sebuah firma teknologi pengkhususan seni di Korea Selatan. Projek berkenaan mengambil masa empat bulan untuk disiapkan termasuk tiga bulan kerja reka bentuk digital bagi mencapai hasil yang diingini.

Selain ombak, jom lihat apa lagi paparan 3D menarik di skrin papan iklan negara kimchi ini:

Sumber: CNN