Menikmati mi berkuah di dalam mangkuk kaca mungkin sudah terlalu mainstream. Terdapat sebuah restoran yang dikenali sebagai Tempura Matsu di Kyoto, Jepun cuba buat sesuatu yang lebih cool dengan menyajikan mi udon di dalam mangkuk yang diperbuat daripada ais.

L4qXo7fJTtKAkfcE6ydJ icenoodles4
Kredit foto: @naoko1023

Hidangan ini pernah menjadi kegilaan orang Jepun, makanan yang dipersembahkan dengan begitu cantik itu membuatkan orang ramai tidak boleh berhenti ambil gambar untuk dimuat naik di Instagram.

2BuYCCyWhlo4cClLytsa icenoodles5
Kredit foto: @sealbank

Menurut laman My Modernment, menu popular di situ adalah udon inaniwa, dibuat daripada mugwort (sejenis tanaman herba) dan disajikan bersama wasabi dan kuning telur mentah.

tIebXulSUt50uBcNeEaL icenoodles7
Kredit foto: @little_meg_siu_meg

 

Untuk buat mangkuk ais ini, para chef akan mengambil sebahagian kecil bongkah ais, tuangkan kuah panas ke dalamnya. Perlahan-lahan ais itu cair dan mi berserta sup akan terendam lebih dalam sikit di blok ais.

cWeLvdpg8KI2zLBBuWMD icenoodles2
kredit foto : @no_sharebear

 

Sumber: My Modernmet

Previous articleTiga Tahun Anjing Ini Tunggu Tuannya Yang Tak Pernah Kembali
Next article[VIDEO] Ombak Raksasa 3D Pernah Melanda Seoul, Korea Selatan