Home Entertainment Henry Golding Merupakan Lelaki Ke-9 Paling Kacak Di Dunia

Henry Golding Merupakan Lelaki Ke-9 Paling Kacak Di Dunia

0

Satu kajian melalui formula saintifik, teknik pemetaan berkomputer atau “Computerised mapping techniques” baru sahaja membuat kiraan siapa lelaki paling kacak di dunia, dan ternyata diantara lelaki tersebut adalah pelakon Malaysia-British Henry Golding.

F6B1F718 C4CD 4F07 96EC 8F103BD35CD5

Teknik ini disahkan oleh pakar bertauliah dan baru-baru ini senarai lelaki paling kacak di dunia telah dikeluarkan oleh Pakar bedah plastik muka selebriti serta doktor Pusat Pembedahan Kosmetik dan Plastik Muka Termaju di Harley Street, London, Dr Julian De Silva.

Dalam kapsyen di bawah catatan Instagramnya, Dr De Silva menjelaskan,

“Teknik pemetaan komputer serba baharu ini membolehkan kami menyelesaikan beberapa misteri tentang perkara yang menjadikan seseorang itu cantik dan kacak secara fizikal dan teknologi itu sangat berguna dan membantu semasa merancang pembedahan pesakit.”

Kaedah yang dirujuk sebagai The Golden Ratio of Phi mempunyai persamaan yang berasal dari Yunani Purba, biasanya digunakan oleh artis dan arkitek untuk membantu dalam proses mencipta karya agung mereka.

Penggunaan nisbah ini yang paling biasa digunakan oleh Leonardo da Vinci untuk penciptaan tubuh manusia lelaki yang ‘sempurna’ yakni “Lelaki Vitruvian”.

DB1CA7BB 4FAD 4667 B1E0 2E511DA7FCA0A reproduction of Leonardo da Vinci’s drawing of The Vitruvian Man.

Sepanjang masa dengan perkembangan teknologi, saintis telah dapat menyesuaikan formula matematik untuk menerangkan perkara yang sebenarnya menjadikan seseorang itu cantik.

Menurut penerangan formula di Daily Mail, potongan dibuat selepas panjang dan lebar muka seseorang diukur, kemudian dengan membahagikan hasilnya.

Pakar akan mengukur tiga segmen wajah, garis rambut dahi ke mata, lalu mata ke bawah hidung, dan bawah hidung ke bawah dagu. Jika hasilnya sama, orang tersebut akan dianggap kacak atau cantik. Pakar akan mengukur simetri serta proporsi. Pada wajah yang “sempurna”, panjang telinga akan sama dengan panjang hidung.

A11C14FA 1CB6 4644 A0FF 0F1BDEB3C194 CE676436 18E2 4C90 A9C4 C9AFE44BC656

Dengan menggunakan kaedah pengiraan ini, Dr De Silva menyenaraikan siapakah 10 lelaki paling kacak di dunia. Mengikut senarai itu, pelakon Britain Regé-Jean Page dianggap sebagai lelaki paling kacak di dunia, manakala anak kelahiran Malaysia Henry Golding menduduki tempat kesembilan keseluruhan.

 

1. Regé-Jean (93.65%)

B0B3E441 653E 480F B12D B8B030C5F8662. Chris Hemsworth (93.53%)
3. Michael B Jordan (93.46%)
4. Harry Styles (92.3%)
5. Jude Bellingham (92.22%)
6. Robert Pattinson (92.15%)
7. Chris Evans (91.92%)
8. George Clooney (89.91%)
9. Henry Golding (87.98%)

6115A719 36C7 45E2 825F 0EA91352035B10. Dwayne Johnson (86.07%)

BOLEH RUJUK INSTAGRAM DR. DE SILVA DI SINI:

Baca Lagi:3 Pelakon Drama Korea Dengan Bayaran Termahal

Baca Lagi: Kebahagian 12 Tahun Shakira Hancur Akibat Orang Ketiga