Home Entertainment Kebahagiaan 12 Tahun Shakira Hancur Akibat Orang Ketiga

Kebahagiaan 12 Tahun Shakira Hancur Akibat Orang Ketiga

0

Sudah beberapa bulan berlalu sejak penyanyi Columbia tersohor Shakira dan bekas kekasihnya Gerard Pique mengumumkan perpisahan mereka melalui satu kenyataan bertulis.

Perpisahan mereka berdua mengejutkan dunia hiburan dan juga para peminat mereka. Shakira dan Gerard Pique dilihat sebagai merpati dua sejoli yang saling menyayangi dan amat sepadan. Pasangan ini telah menjalin hubungan sebagai sepasang kekasih selama 12 tahun lamanya, siapa sangka hubungan mereka putus di tengah jalan.

2C281517 6A72 4D94 B379 9F91116F1870 C22007E5 4E47 4FC0 84BE 9DEC1DF55E79

Semenjak Shakira dan Gerard Pique mengumumkan perpisahan mereka, khabar angin tentang kecurangan Gerard Pique bertiup kencang. Bekas pemain pertahanan Barcelona itu dituduh berlaku curang dan mempunyai perempuan lain. Dilaporkan juga, sebelum mereka berpisah secara rasmi, Gerard Pique telah keluar dari kediaman mewah mereka bersama dan tinggal seorang diri di rumah bujang.

58715923 9AFC 4C0A 8F73 9F31867C2184

Nama Clara Chia disebut-sebut dan menjadi bualan ramai sebagai punca keretakan hubungan Shakira dan Gerard Pique. Ternyata gadis muda yang baru berusia 23 tahun itu adalah teman wanita kepada Gerard Pique.
Persoalannya, bagaimanakah Shakira mendapat kesahihan tentang kecurangan kekasihnya?

Rupa-rupanya sudah lama Shakira merasakan bahawa Gerard Pique mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. Gerak hatinya kuat mengatakan bahawa kekasihnya itu bermain kayu tiga. Shakira tanpa berlengah telah melantik sebuah agensi penyiasat persendirian untuk mengintip gerak geri Gerard.

21E5B969 C1B6 4867 87F6 D55DADDAFB80

Shakira mendapat pengesahan tentang kecurangan Gerard dari agensi berkenaan.
Walau bagaimanapun, penyiasat-penyiasat persendirian dari agensi tersebut telah mengkhianati Shakira apabila mereka membocorkan rahsia dan berkongsi maklumat dengan pihak media setelah mereka mendapat gambar-gambar eksklusif antara Gerard Pique dan teman wanita barunya, Clara Chia.

Dilaporkan bahawa Shakira mendapat semua gambar-gambar dari agensi berkenaan, ada diantara gambar yang tidak akan ditunjukkan kepada khalayak ramai kerana terlalu privasi dan Shakira membayar sejumlah wang yang banyak untuk memiliki gambar-gambar kecurangan tersebut.

Misi membalas dendam tidak terhenti, penyanyi serba boleh itu telah mengeluarkan satu lagu baru yang berjaya memalukan bekas kekasihnya dan Clara Chia. Lagu tersebut adalah hasil kolaborasi dengan DJ dari Argentina yang juga merupakan seorang produser muzik iaitu Bizarrap. Lagu yang berdurasi 3.5 minit itu menjadi topik hangat di media sosial dan meletup-letup disemua platform.

Teman wanita baru Gerard Pique itu dikhabarkan sedang bersembunyi di rumah ibu bapanya setelah lagu tersebut dilepaskan ke semua platform muzik. Lagu tersebut memberi impak besar kepada Clara Chia apabila dia diejek oleh orang ramai dan mereka menyanyikan lagu itu di depan gadis tersebut. Malu dan trauma, Clara Chia dilaporkan telah berada di rumah ibu bapanya sekurang-kurangnya selama 8 hari.

Baca Lagi: 3 Pelakon Drama Korea Dengan Bayaran Termahal

Baca Juga: Paris Hilton Dan Suami Umum Kelahiran Anak Pertama