Home Entertainment Filem Thriler Fall (2022) Yang Menguji Rasa Gayat Anda

Filem Thriler Fall (2022) Yang Menguji Rasa Gayat Anda

0

AMARAN UNTUK ADA MASALAH GAYAT!!

FALL (2022)

42F8278B 8110 4C7A 8A27 7CEF7B26E06B

Terkandas di menara radio setinggi 2000 kaki dengan suasana, latarbelakang dan aksi-aksi penuh mendebarkan di sebahagian filem ini pasti mampu membuatkan sesiapa sahaja merasa LEMAS! SESAK NAFAS! SERIAU!

Kerana tidak dapat “Move On” dengan kematian suaminya yang jatuh dari gunung ketika melakukan aktiviti mendaki yang ekstrim, Becky mula memulaukan dirinya sendiri sehingga hidupnya tidak tentu arah bagai sayap patah sebelah.

08D09A9F 18B5 4EE5 A1BD B793D3AA30A2 scaled

Demi sebuah persahabatan dan menginginkan Becky menikmati serta meneruskan kehidupannya semula, sahabat baiknya Hunter mengajak Becky mendaki menara radio setinggi 2000 kaki yang telah lama terbengkalai dan agak usang jauh terletak di salah satu kawasan gurun, jauh dari kota.

Kedengaran cukup GILA kan??

0CC12E62 5EAC 45CF 8A99 1A1D00A45DD5 scaled

Sebabnya Hunter ini memang ada perangai gila-gila dan agak degil. Becky pun turutkan sahaja dalam masa yang sama Becky berhasrat untuk menabur dan membuang abu mayat suaminya setelah mencapai puncak tertinggi di menara radio tersebut sebagai tanda yang dia akan meneruskan hidupnya.

Namun apa yang mereka rancangkan terjadi sebaliknya!

Kegembiraan mereka saat tiba di puncak tidak kekal lama apabila mereka menghadapi kesukaran untuk turun semula!

4E99E793 77D2 4D35 9538 FDFB789A7981

Tiba-tiba tangga di menara tersebut jatuh menyembah bumi!!

Klimaks plot bermula apabila Becky dan Hunter cuba untuk mendapatkan bantuan dengan pelbagai cara namun tiada satu pun menjadi.

Dan plot menjadi mendatar dan agak santai sekejap apabila mereka telah mula keletihan, sehinggalah sesuatu yang tidak dijangka berlaku ketika mereka cuba mendapatkan botol air yang tersangkut di piring satelit dibawah menara tersebut dalam lingkungan jarak sejauh 100 meter.

90150BB3 C213 4B7F B314 69F256EE9E25 6A71357F 9465 4DEE B1FE 65861E477EB4

Dapatkah Becky dan Hunter mencari jalan untuk turun dari menara tersebut dengan selamat?

Alur cerita filem ini pada dasarnya nampak klise kan? Tapi jangan terkejut kerana kita tetap disajikan dengan PLOT TWIST yang mungkin kebanyakkan dari kita tidak menjangkanya akan berlaku.

C8BD0EA8 8756 4131 8603 8A1FE16880F9

Kisah yang cukup menarik dan pastinya untuk mendapatkan pengalaman menonton yang lebih ummpphh dan “feel” seolah-olah anda sendiri yang berada di puncak menara itu..min sarankan anda tonton di skrin yang lebih besar dengan suara visual yang agak keras bagi mendapatkan pengalaman menonton yang menyeronokkan dan pastinya seriau memanjang!

Boleh tonton filem ini di Bilibili.

Rating Peribadi Min:
Aksi: 8/10
Plot: 6.5/10
Lakonan: 9/10
Sinematografi: 10/10
Baca Lagi: Henry Golding Merupakan Lelaki Ke-9 Paling Kacak Di Dunia

Baca Juga: Dabbe: The Curse Of Jinn (2013) Filem Turki Diadabtasi Dari Kisah Benar