Connect with us

Technology

[VIDEO] Kereta Terbang Sebenar Pandu Uji Di Udara

Pagi Isnin itu mungkin merupakan detik paling menguja bagi Prof Stefan Klein.

Kereta terbang rekaan syarikat teknologinya akan meluncur ke udara sambil disaksikan oleh para wartawan.

Kereta tersebut muat untuk dua orang, dan boleh menampung berat sekitar 200kg. Di udara, kenderaan tersebut boleh mencapai kelajuan 170km / j.

Sumber gambar: Klein-vision

Dalam satu temu bual bersama BBC, Prof Klein, mengatakan ia dapat terbang sejauh kira-kira 1,000 km, pada ketinggian 2,500 m.

AirCar, kereta hibrid pesawat ini dilengkapi dengan enjin BMW dan menggunakan bahan bakar petrol biasa.

Sumber gambar: Klein-vision

Kereta terbang prototaip ini berjaya menyelesaikan 35 minit penerbangan dari lapangan terbang antarabangsa di Nitra ke Bratislava di Slovakia.

Selepas mendarat dengan penuh bergaya, kedua-dua sayapnya dilipat dan disisip di sisi kereta yang bertukar menjadi sport car dalam masa kurang tiga minit.

Sumber gambar: Klein-vision

Setelah itu, kereta tersebut keluar dari landasan lapangan terbang dan meluncur di atas jalan raya pula.

Jom tonton video di bawah bagaimana kereta ini terbang:

Sumber: Klein-vision, BBC, Modernmet,

Continue Reading
Advertisement

Copyright © 2021 DaebaKing Media Sdn Bhd