Screambulance merupakan rumah hantu bergerak di Jepun. Ia berupa ambulans berdarah yang bakal menjadi mimpi ngeri para penggunanya.

Screambulance 750x500 1
Via OddityCentral

Rumah hantu ini ditubuhkan oleh syarikat Kowagarasetai (Scaring Corps). Screambulance dikatakan perkhidmatan pengalaman seram mudah alih pertama di Asia.

Ambulans ini akan parkir di luar rumah pada waktu yang ditetapkan dan bersedia untuk menakutkan anda sampai hampir tercabut anak tekak jerit.

Setiap sesi berlangsung selama 15 minit dan parti ketakutan itu dapat dinikmati sehingga enam orang.

Screambulance3 750x500 1
Via OddityCentral

Bahagian dalaman Screambulance sengaja dibuat lebih buruk daripada bahagian luarnya. Ia lengkap dengan peralatan perubatan misalnya beg darah palsu yang tergantung di siling dan percikan darah ada di mana-mana.

Bunyi-bunyian yang menyeramkan turut dirakam. Dengan gabungan sistem stereo yang canggih, dikatakan ia dapat membuatkan anda seperti ada orang lain di ambulan itu bersama anda.

Screambulance5
Via OddityCentral

Ruangnya sangat kecil namun tetap dapat berfungsi untuk menawarkan pengalaman menyeramkan kepada pengguna sambil mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Screambulance dikendalikan oleh kakitangannya berupa seperti zombie yang berpakaian seperti staff hospital tetapi tidak boleh berinteraksi dengan para pengguna.

Screambulance4 750x500 1
Via OddityCentral

Ambulans ini turut dibersihkan dan dinyahkan kuman di antara setiap penggunaannya demi mematuhi peraturan semasa pandemik Covid-19.

Sumber: OddityCentral

Jom follow rapat FB page DaebaKing dan akaun IG Daebakingz untuk tahu lagi cerita-cerita menarik dan teropong dunia!

Previous article[VIDEO] Kereta Terbang Sebenar Pandu Uji Di Udara
Next articleKisah Ryugyong, Hotel 105 Tingkat Paling Sunyi Sepi di Korea Utara