Home Artis Korea “The Trunk” Kdrama Baru 2024 Tentang Rahsia Perkhidmatan Perkahwinan Kontrak

“The Trunk” Kdrama Baru 2024 Tentang Rahsia Perkhidmatan Perkahwinan Kontrak

0

Netflix telah menyenaraikan deretan Kdrama yang bakal ditayangkan di sepanjang tahun 2024. Salah sebuah drama yang ada dalam senarai ini adalah The Trunk.

The Trunk merupakan drama adaptasi novel bertajuk sama karya Kim Ryeo Ryeong. Sambil menunggu drama ini ditayangkan, jom sama-sama kita baca sinopsis The Trunk selengkapnya di bawah ini.

 

1. Sinopsis drama The Trunk

The trunk

The trunk mengisahkan tentang terdedahnya rahsia perkhidmatan perkahwinan kontrak NM akibat sebuah bagasi yang terdampar di tepi tasik. Noh In Ji adalah wakil ketua NM yang memutuskan untuk tetap membujang. Sementara itu, Han Jung Won adalah produser muzik yang baru sahaja gagal dalam perkahwinan pertamanya.

Suatu hari, Han Jung Won mendapati dia terlibat dengan perkahwinan kontrak dengan Noh In Ji. Apabila menemui bagasi misteri, kedua-duanya telah terbawa ke pusaran rahsia di sebalik penyedia perkhidmatan perkahwinan kontrak NM.

 

2. Senarai pelakon drama The Trunk

IMG 6034

Drama siri ini menggandingkan dua orang artis terkenal Korea Selatan sebagai pelakon utama iaitu Gong Yoo dan Seo Hyun Jin. Drama ini merupakan kerja sama pertama dari artis yang bernaung di bawah Management SOOP ini.

Dalam drama ini, Seo Hyun Jin akan membawa watak sebagai Noh In Ji manakala Gong Yoo membawa watak sebagai Han Jung Won. Drama ini menyaksikan kemunculan semula Seo Hyun Jin ke kaca televisyen selepas tampil dalam Why Her? (2022). Selain The Trunk, tahun ini Gong Yoo juga tampil dalam drama Squid Game 2.

 

3. Kolaborasi pengarah Moon Lovers dan penulis skrip Hwarang

IMG 6035

Drama siri ini adalah projek yang diadaptasi dari novel bertajuk sama karya Kim Ryeo Ryeong. Untuk adaptasi ini, Kim Ryeo Ryeong bekerja sama dengan penulis Park Eun Young dalam kerja-kerja menulis skrip. Park Eun Young adalah penulis skrip untuk drama Hwarang (2016) dan juga The 3rd Charm (2018).

Sementara itu, pengarah Kim Kyu Tae bertanggung jawab dalam mengarahkan drama The Trunk. Beberapa drama popular yang telah diarahkan di antaranya adalah IRIS (2009), It’s Alright This is Love (2014), Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016), dan juga Our Blues (2022).

 

4. Tayang pada kuarter ke-4 tahun 2024

d77f712e 5c52 47e8 9e69 429ba036603c

Dalam sneak peak Kdrama yang akan ditayangkan oleh Netflix pada tahun 2024, The Trunk tersenarai dalam jajaran projek yang akan ditayangkan di kuarter ke-4 tahun ini. Maksudnya, drama ini disahkan akan ke udara pada bulan Oktober hingga Disember akan datang.

The Trunk merupakan salah satu Kdrama yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini. Pastinya semua peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan gandingan Gong Yoo dan Seo Hyun Jin dalam drama ini bukan? Nantikan!

Baca lagi: 9 Petikan Babak Kdrama “Chicken Nugget”, Kisah Komedi Tayang 15 Mac Ini
Baca juga: Squid Game 2 Mungkin akan Ditayangkan Selepas Pertengahan Tahun 2024