Home Kdrama/Kmovie 9 Petikan Babak Kdrama “Chicken Nugget”, Kisah Komedi Tayang 15 Mac Ini

9 Petikan Babak Kdrama “Chicken Nugget”, Kisah Komedi Tayang 15 Mac Ini

0

Selepas berjaya menampilkan gandingan yang mantap dengan Song Kong melalui drama My Demon, Kim Yoo Jung akan muncul lagi dalam drama Korea original Netflix yang bertajuk Chicken Nugget pada bulan Mac nanti. Pelakon ini akan bergandingan bersama Ryu Seung Ryong dan Ahn Jae Hong, gabungan yang pasti menggegarkan dan mencuit hati untuk genre komedi.

Chicken Nugget ini menceritakan tentang perjuangan seorang ayah untuk memulihkan anak perempuannya yang telah memasuki mesin misteri dan bertukar menjadi nugget ayam.

Buat anda yang ingin tahu dan tertanya-tanya, berikut dibawah ini adalah beberapa petikan babak awal dalam drama Chicken Nugget, drama Kim Yoo Jung yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

 

Chicken nuggets

1. Netflix telah melancarkan trailer siri komedi dan misteri terbaru mereka Chicken Nugget, pada 15 Februari 2034 yang lalu

 

 

Chicken nugget2. Trailer tersebut menampilkan seorang pekerja baru Ko Baek Joong (Ahn Jae Hong), yang menyapa Choi Sun Man (Ryu Seung Ryong)

 

 

71070e65 7781 4f07 b870 7042c34678d63. Lalu, diteruskan dengan anak perempuan Choi Sun Man, Min Ah (Kim Yoo Jung) yang tampak sangat terganggu dan ingin tahu tentang sebuah mesin misteri yang kelihatan seperti sebuah almari

 

 

b9c3603b 0dd0 43c1 9b95 8cde5c36a9344. Kerana perasaan ingin tahu, Min Ah (Kim Yoo Jung) cuba untuk membuka almari misteri berwarna ungu tersebut

 

 

af03c4ac 9574 417f 99b2 d51b2600762e5. Tetapi, apabila berteriak ‘chicken nugget’, Min Ah tiba-tiba menghilang dan digantikan berubah menjadi sepotong nugget ayam

 

 

dfa81e96 71a2 475d 99ef 3fbd762034906. Perkara mengejutkan ini tentu sahaja membuatkan Choi Sun Man dan Koo Baek Joong panik dan memanggil-manggil nama Min Ah sambil memegang nugget ayam tersebut

 

 

450875aa 0193 4cca 9f42 e0da2309e4827. Kedua-dua mereka berusaha untuk mengembalikan Min Ah yang telah hilang. Mereka merasakan bahawa Min Ah telah berubah menjadi nugget ayam

 

 

556706b8 bae0 4612 a9bb 28d53f802c3d8. Kerana kejadian itu, Choi Sun Man akhirnya menganggap nugget ayam sebagai anak perempuannya, Min Ah yang menghilang dalam mesin seperti almari itu

 

 

b1691a7a b9a0 4ce0 8eb5 b6e15b89fb589. Namun, kemudian muncul Jung Ho Yeon yang memberitahu Choi Sun Man bahawa nugget ayam itu bukan anaknya. Anda ingin tahu sambungan seterusnya kisah ini?

Siri Chicken Nugget ini diarahkan oleh Lee Byung Heon yang telah meraih kejayaan dengan Extreme Job yang mendapat 16 juta penonton di pawagam dan merupakan filem Korea terlaris ke-2 sepanjang zaman. Bagi yang ingin tahu tentang sambungan kisah drama ini, tonton di Netflix pada 15 Mac 2024 akan datang ya!

IMG 6029

Baca lagi: Siri Netflix Terbaru “Chicken Nugget” Diangkat dari Webtoon, Drama Komedi yang Dinantikan
Baca juga: Minggu Akhir “My Happy Ending”, Adakah Pengakhiran Bahagia Untuk Jang Na Ra?