Home Artis Korea Kdrama Baru tentang Keluarga yang Mempunyai Kuasa Luar Biasa “Family Plan” Bakal...

Kdrama Baru tentang Keluarga yang Mempunyai Kuasa Luar Biasa “Family Plan” Bakal Tayang 2024 Ini

0

Bae Doo Na akan kembali membintangi Kdrama siri pada tahun 2024 ini. Pelakon wanita ini dikenali kerana selalu muncul di layar peran dan sudah membintangi beberapa buah filem Hollywood. Drama siri terakhir yang dibintanginya adalah drama original Netflix yang bertajuk The Silent Sea pada tahun 2021 yang lalu.

Bae Doo Na telah disahkan akan membintangi Kdrama original Coupang Play bertajuk Family Plan. Dia bergandingan berlakon dengan Ryu Seung Bum yang sebelum ini menarik perhatian para peminat global melalui drama siri Moving (2023). Kali ini dia bergandingan dengan Park Solomon yang popular dengan drama All of Us Are Dead (2022).

Berikut adalah fakta-fakta tentang Kdrama Family Plan.

 

Kdrama

1. Family Plan adalah cerita tentang manusia istimewa yang berkumpul sebagai sebuah keluarga kerana mereka diancam bahaya

 

 

b8f1ff0f 79e2 47e2 9a47 f449e368bf8d2. Kdrama siri ini merupakan kolaborasi dari pengarah filem On the Line (2021) iaitu Kim Gok dan Kim Sun dengan penulis drama Hush (2020) iaitu Kim Jung Min

 

 

41fbc277 8f41 4876 9b53 b57fa9f8a3873. Bae Doo Na membawa watak sebagai Han Young Soo, seorang isteri dan ibu yang penyayang. Namun, dia sebenarnya adalah seorang psikopat terlatih dan mempunyai kehebatan teknik hipnosis

 

 

51b43f4d de87 4f6f 8586 5c74c36955794. Ryu Seung Bum akan membawa watak sebagai suami Han Young Soo, Baek Chul Hee. Dia adalah family man yang pemalu, maka kuasa dan kekuatannya juga disembunyikannya

 

 

f6a03f8a f802 41d9 938c b2e11c97d1125. Baek Yoon Shik membawa watak sebagai seorang datuk yang pemarah bernama Baek Kang Sung. Walau begitu, di lubuk hatinya dia sangat menyayangi keluarganya

 

 

3708494f fea9 4515 846b 6083920a15be6. Park Solomon membawa watak sebagai anak Baek Chul Hee iaitu Baek Ji Hoon. Dia adalah seorang penggodam yang genius yang boleh mengawal sifat psikopat yang ada dalam dirinya

 

 

fbf14cad 5557 49a3 a6b4 eafa1d29d4bb7. Sementara itu Lee Su Hyun pula membawa watak sebagai Baek Ji Woo, anak perempuan kepada Baek Chul Hee dan Han Young Soo dengan sifat yang sangat sensitif

 

 

68fd45a7 e605 4045 9ea0 b8bac4e72f658. Penggambaran Family Plan baru dimulakan pada bulan Disember 2023. Sementara itu, Coupang Play telah mengesahkan bahawa drama ini akan ditayangkan pada tahun 2024 ini.

Jika melihat pada sinopsis dan watak-watak yang ada Kdalam drama ini, nampaknya Family Plan akan tampil dengan cerita yang segar. Genre yang dibawa adalah thriller dan black comedy. Anda rasa penjahat bagaimanakah yang perlu ditentang oleh keluarga yang luar biasa ini? Nantikan maklumat selanjutnya tentang Kdrama ini ya!

Baca lagi: “The Trunk” Kdrama Baru 2024 Tentang Rahsia Perkhidmatan Perkahwinan Kontrak
Baca juga: 9 Petikan Babak Kdrama “Chicken Nugget”, Kisah Komedi Tayang 15 Mac Ini