Home Artis Korea My Name is Loh Kiwan, Filem Netflix Menampilkan Song Joong Ki Pada...

My Name is Loh Kiwan, Filem Netflix Menampilkan Song Joong Ki Pada 1 Mac 2024

0

Baru-baru ini pihak Netflix Korea Selatan nampaknya berjaya menarik perhatian ramai selepas melancarkan teaser untuk filem terbaru mereka yang bertajuk My Name is Loh Kiwan. Filem yang membawa genre romantik ini direncanakan akan ke udara pada bulan Mac 2024.

Melalui potongan teaser My Name is Loh Kiwan yang menunjukkan aksi-aksi tegang antara Song Joong Ki dan pelakon wanita baru Choi Sung Eun, semestinya filem Netflix ini dinantikan ramai penonton dan peminat.

Selain Song Joong Ki, Filem ini juga bakal menarik beberapa nama besar seperti Choi Sung Eun, Jo Han Chul, Lee Il Hwa, Lee Sang Hee, dan Seo Hyun Woo.

Sambil menunggu tayangannya, jom kita lihat sembilan fakta mengenai filem My Name is Loh Kiwan dibawah ini.

 

My name is loh kiwan

1. My Name is Loh Kiwan merupakan filem adaptasi dari novel popular karya Jo Hae Jin yang bertajuk I Met Loh Kiwan

 

IMG 6085

2. Filem ini akan digarap oleh pengarah yang juga merupakan penulis skrip yang bernama Kim Hee Jin

 

IMG 6089

3. Filem ini mengisahkan tentang seorang pembelot Korea Utara yang bernama Loh Ki Wan (Song Joong Ki) yang nekad mahu memulakan hidup baru dengan mencari ibunya di Belgium

 

IMG 6096

4. Namun, Loh Ki Wan tidak boleh menetap di Belgium sesuka hati kerana dia perlu mendapatkan status pelarian dari kerajaan Belgium terlebih dahulu

 

IMG 6102

5. Di tengah-tengah kesukarannya, Loh Ki Wan bertemu dengan bekas penembak tepat Korea yang merupakan warga negara Belgium bernama Marie (Choi Sung Eun)

 

IMG 6104

6. Berbeza dengan Loh Ki Wan yang bersemangat mahu meneruskan hidup di Belgium, Marie telah kehilangan semangat yang membuatkan hari-harinya terasa sangat malang dan menghampakan

 

IMG 6103 scaled

7. Pertemuan Loh Ki Wan dan Marie yang tidak menyenangkan dan terasa janggal itu tanpa sedar membuatkan kedua-duanya mula jatuh cinta antara satu sama lain

 

IMG 6091

8. Marie akan turut sama terlibat dalam usaha Loh Ki Wan untuk mendapatkan status “pelarian” dari kerajaan Belgium

 

IMG 6092

9. My Name is Loh Ki Wan direncanakan tayang secara perdana di streaming platform Netflix pada 1 Mac 2024 akan datang

Menariknya, My Name is Loh Kiwan akan menjadi projek lakonan perdana bagi Song Joong Ki pada tahun 2024 ini, selepas mendirikan rumah tangga dan menyambut kelahiran anak pertama. Bakal menampilkan plot cerita romantik yang dipenuhi dengan babak-babak yang tegang, jangan ketinggalan untuk menonton pada 1 Mac nanti ya!

Baca lagi: Kdrama Baru tentang Keluarga yang Mempunyai Kuasa Luar Biasa “Family Plan” Bakal Tayang 2024 Ini
Baca juga: “The Trunk” Kdrama Baru 2024 Tentang Rahsia Perkhidmatan Perkahwinan Kontrak