Home Artis Korea Siri Netflix Terbaru “The Frog” Tampilkan Chanyeol, Yoon Kye Sang dan Go...

Siri Netflix Terbaru “The Frog” Tampilkan Chanyeol, Yoon Kye Sang dan Go Min Si

0

Berita baik untuk para EXO-L! Salah seorang anggota boy group tersebut iaitu Chanyeol baru-baru ini telah disahkan akan membintangi siri Netflix yang bertajuk ‘The Frog’.

Tidak sendirian, dalam siri “The Frog”, Chanyeol bakal bergandingan dengan beberapa orang bintang tekenal lain seperti Go Min Si dan Yoon Kye Sang. Berita ini disambut gembira oleh para peminat kerana bintang idola Kpop itu kali terakhir berlakon dalam drama pada tahun 2018.

Chanyeol EXO Bergandingan dengan Go Min Si dan Yoon Kye Sang dalam ‘The Frog’

IMG 5824

Pada Februari 2024, Netflix mengumumkan bahawa drama The Frog yang dikenali juga dengan tajuk In The Woods with No One akan dibintangi oleh Go Min Si, Yoon Kye Sang, Kim Yun Seok, dan Lee Jung Eun sebagai pelakon utama.

Namun dipetik dari Soompi, pada 7 Februari lalu, agensi Chanyeol EXO mengesahkan artis mereka itu turut mengambil bahagian dan menjadi salah seorang pelakon drama Netflix, The Frog.

Projek ini lebih istimewa bagi Chanyeol kerana dia akan kembali ke dunia seni lakon untuk pertama kalinya selepas membintangi drama Memories of the Alhambra sejak enam tahun lalu.

Chanyeol telah memulakan debut lakonan pada tahun 2015 melalui filem Salut D’Amour. Dia juga pernah tampil dalam drama To The Beautiful You (2012), Missing Nine (2017), dan filem The Box (2021).


Barisan Pelakon ‘The Frog’

IMG 5829

Mengusung genre thriller misteri, The Frog mengikuti kisah dua orang pemilik motel yang hidup di masa berbeza. Namun, kehidupan kedua-duanya mula kucar kacir selepas kehadiran wanita misteri di motel mereka.

Siri Netflix yang digarap oleh Mo Wan Il iaitu pengarah disebalik kejayaan drama makjang The World of the Married (2020) ini, direncanakan akan ditayangkan pada kuarter ke tiga tahun 2024.

The frog

Siri The Frog mengangkat kisah yang menegangkan, menceritakan tentang keganjilan di sebuah permis penginapan. Alur cerita penuh misteri membuatkan drama Korea ini begitu dinantikan para peminat drama Korea.

Kisah “The Frog” sendiri mengisahkan tentang 2 orang yang hidup di tahun berbeza. Mereka adalah Jeon Young Ha yang hidup di tahun 2021, sementara Koo Sang Joon tahun 2000. Cerita hidup keduanya akan tampil dalam scene terpisah namun saling berkaitan.

IMG 5826

Sebagai salah seorang pelakon utama, Yoon Kye Sang akan membawa watak sebagai Koo Sang Joon, seorang pesara yang menguruskan sebuah motel di masa lalu pada tahun 2000-an. Namun, sebuah insiden terjadi hingga menyebabkan Sang Joon kehilangan segala-galanya.

Insiden serupa juga terjadi pada Jeon Young Ha (Kim Yun Seok), juga merupakan seorang pesara yang memiliki motel pada masa sekarang. Kehidupannya mula hancur selepas muncul wanita misteri di motel.

IMG 5827

Sementara itu, Go Min Si akan membawa watak sebagai Yoo Sung Ah, watak wanita misteri yang dikatakan akan mengganggu kehidupan Jeon Young Ah selama dia menjadi tetamu di motel.

Dipetik dari Soompi, Chanyeol dikhabarkan akan membawa watak misteri yang berperanan penting dalam jalan cerita The Frog. Kemunculan bintang idola ini meningkatkan lagi minat para penonton dan peminat Kdrama yang ingin melihat kembali bakat lakonan Chanyeol.

Demikian sahaja sedikit maklumat tentang penglibatan Chanyeol EXO dalam siri ini dan juga penjelasan ringkas tentang watak-watak yang dibawa oleh para pelakon untuk siri Netflix ‘The“The Frog” . Nantikan tayangannya ya!

Baca lagi: Ahli Kumpulan EXO Bakal Muncul dalam 3 Kdrama Berasingan
Baca juga: The Crown Prince Has Disappeared Menampilkan Suho EXO Sebagai Putera Mahkota Yang Diculik Bakal Isterinya Sendiri