Home Artis Korea “Midnight Photo Studio”, Kdrama Tentang Studio Foto Hantu Tayang Mac 2024

“Midnight Photo Studio”, Kdrama Tentang Studio Foto Hantu Tayang Mac 2024

0

Saluran TV Korea Selatan iaitu ENA baru sahaja melancarkan poster teaser untuk drama terbaru mereka. Drama siri Midnight Photo Studio menampilkan pelakon dengan lesung pipit bernama Joo Won yang akan bergandingan dengan pelakon wanita jelita Kwon Na Ra.

Drama Midnight Photo Studio yang membawa genre romantik yang diselimuti misteri ini mengangkat cerita tentang sebuah studio foto yang dikhaskan untuk hantu.

Ingin tahu bagaimanakah sinopsis drama Midnight Photo Studio dan barisan pelakonnya?

 

1. Sinopsis drama siri Midnight Photo Studio

Midnight photo studio

 

Seorang juru gambar bernama Seo Ki Joo (Joo Won) menjalankan sebuah studio foto kecil. Dia adalah pemilik studio foto ke-7, menariknya kedai tersebut hanya dikhaskan untuk hantu yang dibuka pada malam hari. Ki Joo akan mengambil gambar hantu yang masuk ke studio miliknya.

IMG 5884

Manakala Han Bom (Kwon Na Ra) merupakan seorang peguam yang bersemangat dengan pekerjaannya dan menolak ketidakadilan. Hingga suatu ketika dia bekerjasama dengan studio foto Ki Joo.

Tidak sendirian, studio foto milik Seo Ki Joo juga memiliki dua orang pekerja iaitu pembantu pengurus Go yang bertugas mencari hantu untuk menjadi pelanggan dan Baek Nam Gu yang bertugas menguruskan perkara-perkara kecil di studio.

 

2. Senarai pelakon

IMG 5876

Drama siri Midnight Photo Studio ini diarahkan oleh Song Hyun Wook dan Kim Yi Ran sebagai penulis. Selain Joo Won dan Kwon Na Ra, barisan artis lain yang turut sama membintangi drama Midnight Photo Studio ialah.

● Joo Won sebagai Seo Ki Jo
● Kwon Na Ra sebagai Han Bom
● Yoo In Soo sebagai Go Dae Ri
● Eum Moon Suk sebagai Baek Nam Gu

Selain itu pelakon-pelakon lain yang akan membintangi drama ini sebagai pelakon pembantu ialah Han Groo, Ahn Chang Hwan, Park Doo Shik, dan Park Jung Ah.

 

3. Tarikh tayangan

IMG 5879

Drama siri Midnight Photo Studio ini merupakan kemunculan pertama Kwon Na Ra pada tahun 2024 selepas membintangi Bulgasal: Immortal Souls pada tahun 2021. Buat anda yang ingin tahu bagaimanakah jalan cerita drama ini, Midnight Photo Studio akan ditayangkan pada 11 Mac 2024, jam 10.00 malam KST di ENA. Siri 16 episod itu juga akan disiarkan di Genie TV. Rangkaian ini akan mengeluarkan episod baharu dua kali seminggu pada hari Isnin dan Selasa.

Baca lagi: Siri Netflix Terbaru “The Frog” Tampilkan Chanyeol, Yoon Kye Sang dan Go Min Si
Baca juga: 3 Filem Sains Fiksyen Korea ini Memeriahkan Tahun 2024, Hidang Kisah Menarik