Home Artis Korea Shin Joo Hwan Bakal Tamatkan Zaman Bujang Pada Mac 2024 Ini

Shin Joo Hwan Bakal Tamatkan Zaman Bujang Pada Mac 2024 Ini

0

Pelakon lelaki Korea Shin Joo Hwan telah mengumumkan berita perkahwinannya yang akan berlangsung pada tahun 2024 ini. Berita gembira yang tersebar pada 14 Februari sebelum ini disusuli dengan kenyataan rasmi dari pihak agensi dan pelakon itu sendiri.

Melalui sebuah wawancara singkat bersama OSEN, Shin Joo Hwan bercerita mengenai bakal pengantinnya, tarikh perkahwinan, dan juga rancangan kerjayanya selepas berkahwin.

 

1. Agensi mengesahkan berita perkahwinan Shin Joo Hwan

2a862d48 2475 4cf9 b678 5c96f814b286Agensi yang menaungi Shin Ju-hwan iaitu Saram Entertainment sudah mengesahkan berita perkahwinan pelakon lelaki itu tidak lama selepas berita itu tersebar pada 14 Februari 2024. Pihak agensi mengesahkan pada pihak OSEN bahawa, “Memang benar bahawa Shin Joo Hwan akan berkahwin pada 3 Mac nanti.”

Masih pada hari yang sama, Shin Joo-hwan juga mendedahkan, “Artikel tentang perkahwinan saya tiba-tiba keluar hari ini, jadi saya menerima banyak panggilan telefon dari banyak pihak. Saya sebenarnya sedikit malu, tetapi saya bersyukur dengan semua ucapan tahniah yang diberikan.”

 

2. Shin Joo Hwan akan mengahwini wanita yang merupakan non-selebriti

Shin Joo HwanBakal pengantin Shin Joo-hwan bukan dari golongan selebriti. Namun, bakal isterinya itu bekerja dalam industri yang sama. Pasangan ini bertemu di Saram Entertainment dan mula menjalin hubungan cinta.

“Saya telah mengenali teman wanita saya sudah lama dan kami bakal berkahwin tidak lama lagi. Dia memahami pekerjaan seorang pelakon kerana kami bekerja dalam industri yang sama. Selain itu, kami serasi dan memahami antara satu sama lain dalam banyak perkara,” jelas Shin Joo-hwan mengenai bakal isterinya dan hubungan cinta mereka.

 

3. Rancangan Shin Joo Hwan mengenai kerjayanya selepas berkahwin

98232f3d 2463 46b1 8e5d ccb6b7600a09Dalam wawancara singkat dengan OSEN, Shin Joo Hwan juga berkongsi tentang rancangan kerjayanya di masa depan selepas dia berkahwin nanti. Dia berkata, “Tanpa melepaskan dunia lakonan, saya ingin menjadi lebih dewasa serta tidak mahu tergesa-gesa. Saya ingin melakukan yang terbaik dalam bekerja dan saya rasa itulah yang terbaik yang boleh saya lakukan. Saya rasa, saya perlu hidup dengan lebih baik di masa depan.”

Shin Joo Hwan buat terakhir kali muncul dalam drama Korea musim kedua Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun (2023) untuk meneruskan wataknya sebagai Dal Sae seperti pada musim pertama.

Memulakan karier pada tahun 2013, dia juga pernah tampil dalam beberapa buah drama dan filem Korea yang lain. Contonya drama Bad and Crazy (2021) dan If You Wish Upon Me (2022) serta filem Cafe Midnight (2022).

Shin Joo Hwan nampaknya telah menambah senarai selebriti Korea Selatan yang akan menamatkan zaman bujang pada tahun 2024 ini. Perkahwinannya juga akan berlangsung pada bulan yang sama dengan Lee Sang Yeob. Semoga terus berbahagia bersama orang tersayang buat Shin Joo Hwan!

Baca lagi: Artis-Artis Korea Ini Menggemparkan Dunia Hiburan 2023 Dengan Kisah Cinta Mereka
Baca juga: 19 Artis Korea Mendirikan Rumah Tangga Pada 2023, Ada Kecundang Di Tengah Jalan