Home Artis Korea 9 Watak Menarik yang Pernah Dibawa Choi Woo Shik dalam Filem dan...

9 Watak Menarik yang Pernah Dibawa Choi Woo Shik dalam Filem dan Drama Korea

0

A Killer Paradox telah berjaya mencuri perhatian para peminat drama Korea. Drama yang membawa genre thriller dan misteri ini dibintangi oleh Choi Woo Shik sebagai pelakon utama. Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1990 ini membawa watak sebagai Lee Tang.

IMG 5394

Sudah berkecimpung dalam dunia seni lakon sejak tahun 2011 lagi, telah banyak drama siri dan filem Korea yang dibintangi oleh Choi Woo Shik. Dia sudah biasa membawa pelbagai jenis watak dalam projek-projek yang dibintanginya.

Berikut ini adalah sembilan watak menarik yang pernah dibawa oleh Choi Woo Shik drama drama siri dan filem Korea.

 

8beb650c e638 4612 be2f 330e892e4994
1. Choi Woo-shik membawa watak sebagai Lee Jang Won dalam drama Pride and Prejudice (2014). Dia adalah seorang pendakwa raya muda yang sangat menyakitkan hati

 

 

ae201968 6c37 4430 8bf5 733d80adaefb
2. Dalam drama Ho-Gu’s Love (2015) Choi Woo-shik adalah seorang kartunis webtoon yang belum pernah merasa bagaimanakah bercinta dan keluar dating seumur hidupnya

 

 

2b458521 4bde 4d7e a529 64d2750b5b4a
3. Choi Woo-shik membawa watak sebagai pekerja pejabat yang bercuti ke Paris kerana tidak jadi berkahwin dengan kekasihnya dalam The Package (2017)

 

 

Choi woo sik
4. Bekerja sebagai seorang pemandu di Miranda Corporation, Choi Woo-shik perlu mengangkut OKJA dari Mija menuju ke syarikatnya dalam filem Okja (2017)

 

 

a618c211 b0ad 46e5 9b66 fa38e69f5a3d
5. Choi Woo-shik menjadi guru tuisyen Bahasa Inggeris dalam filem Parasite (2019). Dia sanggup berbohong untuk membantu memulihkan keadaan kewangan keluarganya yang miskin

 

 

82564f6b b8da 4b9d 93a5 87a42af00eb4
6. Tampil sebagai cameo, Choi Woo-shik merupakan seorang pendeta junior dalam filem The Divine Fury (2019) yang mengusung genre seram, thriller, dan aksi

 

 

c0fabc11 e8a1 4a97 a564 b9446aeb9176
7. Muncul kembali dalam dunia drama selepas 4 tahun, Choi Woo Shik membawa watak sebagai Choi Ung, pereka bentuk grafik berbakat yang berjaya dalam drama Our Beloved Summer (2021)

 

 

8ade3235 ade0 430b a63f ca5967aff276

8. Dalam filem The Policeman’s Lineage (2022) Choi Woo Shik membawa watak sebagai polis muda yang berdedikasi dan sangat komited yang bernama Choi Min Jae

Choi woo shik9. Dalam drama terbarunya, A Killer Paradox (2024), Choi Woo Shik adalah seorang pekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka yang terlibat dalam kes pembunuhan

Berbagai-bagai watak telah dibawa dengan baik oleh Choi Woo Shik. Bagi anda, watak yang manakah paling meninggalkan kesan di hati anda?

Baca lagi: 7 Watak ini Jadi Mangsa Buli dan Aniaya dalam Kdrama Awal Bulan 2024
Baca juga: Drama Marry My Husband, Lebih Mengujakan Berbanding Versi Webtoon