Home Kdrama/Kmovie 7 Watak ini Jadi Mangsa Buli dan Aniaya dalam Kdrama Awal Bulan...

7 Watak ini Jadi Mangsa Buli dan Aniaya dalam Kdrama Awal Bulan 2024

0

Choi Woo Shik menampilkan sisi berbeza dengan membintangi drama A Killers Paradox. Pelakon ini membawa watak seorang pelajar biasa yang tanpa sengaja telah membunuh seorang pembunuh bersiri. Kejadian itu membuatnya mula membunuh orang-orang yang telah melakukan kejahatan keji dan menganggap pembunuhan tersebut sebagai hukuman.

Tanpa disangka, watak yang diperankannya sebenarnya mempunyai masa lalu yang sukar untuk dilupakan. Dia pernah menjadi mangsa buli kerana dianggap lemah oleh kaki buli. Perkara itu membuatnya berkawan rapat dengan kawan satu sekolah yang juga menjadi mangsa buli sepertinya.

Berikut dibawah ini adalah beberapa watak mangsa buli lain dalam drama Korea yang ditayangkan pada bulan Januari dan Februari 2024.

 

8dc0aa14 4f58 4558 b011 75b2c189d133
1. Kini merupakan seorang pembunuh bersiri, Lee Tang (Choi Woo Shik) pernah menjadi mangsa buli bersama kawan baiknya sewaktu dia masih di bangku sekolah menengah dalam A Killer Paradox

Baca juga: Walau Bawa Watak Perempuan Jahat, 5 Pelakon Korea ini Tampil Menawan dalam Kdrama Popular

 

5bae38be 7ecd 463f a687 6d3074c1448a
2. Khabar angin tidak baik tentang kematian ibu bapanya tersebar hingga trauma membuatkan Jeong Ji An (Kim Hye Jun) dibuli semasa dia berpindah sekolah rendah dalam A Shop for Killers

 

 

a7b2f2dd ebb6 464d acf6 5b940ff5f894
3. Pengakuan palsu dari kawan baiknya sendiri membuatkan Kang Ji Won (Park Min Young) menjadi mangsa buli semasa di sekolah menengah dalam Marry My Husband

Baca juga: 13 Drama Terbaik Kang Ki Young, Menyerlah Membintangi Pelbagai Watak

 

22155086 9c74 40b5 b1e0 4ac9cb69d87f
4. Dia baru sahaja berpindah sekolah, Sung Soo Ji (Bona) terus dibuli oleh kawan barunya kerana mempuyai status populariti paling teruk dalam drama Pyramid Game

 

 

979be5a2 d3f3 4750 842c f4f4929608db
5. Menghidap penyakit mental, Seo Jae Won (Jang Na Ra) menjadi bahan ejekan kawannya dalam My Happy Ending. Dia memilih untuk berpindah sekolah dan menukar namanya

Baca juga: 3 Watak Paling Malang dalam Persahabatan untuk Kdrama Februari 2024, Ada Kawan Toksik Tikam Belakang

 

fd258fa4 0190 4e8c afdf 0279fb775957
6. Masih dalam drama sama iaitu My Happy Ending, Yoo Tae O (Lee Ki Taek) yang membesar di Amerika Syarikat juga turut dibuli semasa di bangku sekolah kerana dia datang dari benua Asia

 

 

Watak
7. Trauma hingga yang membuatnya takut kepada anjing telah menyebabkan Jin Seo Won (Cha Eun Woo) dibuli oleh kawan-kawan sekolahnya dalam drama siri A Good Day to Be a Dog

Berbagai-bagai faktor menyebabkan watak-watak dalam Kdrama yang ditayangkan pada 2024 di atas mengalami pengalaman menyedihkan iaitu dibuli. Kawan-kawan sekolah mereka sanggup meremeh-remehkan mereka kerana mereka dianggap lemah. Bukan semua mangsa buli boleh bertahan dengan seksaan dan caci maki kaki buli kerana ada yang memilih untuk berpindah sekolah dan menjalani kehidupan baru.

Sudahkah anda menonton kisah mereka dalam Kdrama yang dinyatakan di atas? Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 9 Watak Wanita Paling Berani dalam Kdrama Sageuk, Mahir Seni Mempertahankan Diri
Baca juga: 30 Filem Seram Thriller dan Misteri Korea Menarik, Khas Untuk Peminat Filem Seram