Home Artis Korea Watak Kang Bom dalam Queen of Divorce Mencuri Perhatian, Ini 9 Perkara...

Watak Kang Bom dalam Queen of Divorce Mencuri Perhatian, Ini 9 Perkara Menarik Tentangnya

0

Kang Bom merupakan watak penting yang selalu berada di samping Kim Sa Ra (Lee Ji Ah), sama ada waktu Kim Sa Ra menjadi peguam ataupun semasa dia merengkok dalam penjara.

Kim Bom pada awalnya bekerja dengan Kim Sa Ra di firma guaman Chayul, namun ketika Kim Sa Ra membuat keputusan untuk menjadi konsultan penceraian di Solution, Kim Bom juga mengikutinya menyertai syarikat itu.

Seo Hye Won merupakan salah seorang pelakon yang merupakan pelakon pembantu dalam drama Queen of Divorce (2024). Dalam drama ini, dia membawa watak sebagai Kang Bom, bekas polis yang sekarang bekerja sebagai salah seorang pekerja di syarikat perkhidmatan penceraian Solution.

Berikut ini adalah 9 perkara menarik tentang pelakon yang membawa watak Kang Bom iaitu Seo Hye Won, watak yang menjadi sahabat setia Lee Ji Ah dalam drama Queen of Divorce.

 

Kang bom
1. Seo Hye Won adalah pelakon wanita Korea Selatan yang lahir pada 4 November 1993. Tahun ini pelakon ini genap berusia 31 tahun

 

 

9ee0d4f4 d274 4a38 b147 6ce096ab7f5a
2. Seo Hye Won pertama kali berlakon dan muncul di kaca pada televisyen tahun 2018 melalui drama My Strange Hero, masih membawa watak kecil sahaja pada waktu ini

 

 

303a9d22 36ee 4fea a0cf 87108f8e14bf
3. Seo Hye Won juga membawa watak kecil dalam drama Welcome 2 Life, True Beauty, Mad For Each Other, Nevertheless, Jirisan, dan Let Me Be Your Knight

 

 

25b4974d 39c0 4510 a2d7 d0244050cd05
4. Nama Seo Hye Won mula dikenali dan popular ketika berlakon dalam drama Business Proposal (2022). Dia membawa watak sebagai sepupu Seol In Ah

 

 

465eb710 ca1b 46ab 9d4d 8f60fff50900
5. Seo Hye Won semakin popular ketika membintangi drama Alchemy of Souls musim pertama dan kedua. Dia berpura-pura menjadi Mu Deok

 

 

e0b12fda 60a1 427e 8800 a3bcb61d738b
6. Seo Hye Won tampil sebagai cameo dalam drama popular Extraordinary Attorney Woo (2022), menjadi penjual kopi di kasino!

 

 

42de8a2a 30ac 48dc b8b8 c936106349d1
7. Seo Hye Won merupakan salah seorang pelakon pembantu drama May I Help You? (2022). Dia membawa watak sebagai sahabat Lee Hyeri

 

 

6c89cec9 b9db 48ed b20c 55b487046644

8. Pada awal tahun 2024, Seo Hye Won tampil dalam drama Queen of Divorce sebagai Kang Bom, salah seorang anggota Solution. Sahabat setia Lee Ji Ah

 

 

Queen of divorce
9. Bukan hanya drama, Seo Hye Won juga membintangi filem seram Whispering Corridors 6: The Humming, merupakan filem debut buatnya!

Seo Hye Won memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2018. Namanya mula dikenali semasa membawa watak sebagai sepupu Seol In Ah dalam drama Business Proposal. Seo Hye Won semakin popular ketika berlakon sebagai Soi dalam drama Alchemy of Souls.

Apakah pandangan anda tentang lakonan dan persembahan Seo Hye Won sebagai Kang Bom dalam drama barunya? Sudahkah anda menonton drama siri “Queen of Divorce” yang ditayangkan di Viu?

Baca lagi: Oh Min Suk Berjaya Bawa Watak Jahat dalam Queen of Divorce, Sanggup Membunuh demi Cita-cita
Baca juga: Queen of Divorce, 3 Fakta Menarik Hubungan Antara Dua Watak Utama