Home Kdrama/Kmovie Selepas 4 Tahun, Lee Kwang Soo Buat ‘Comeback’ Dalam Drama “The Killer’s...

Selepas 4 Tahun, Lee Kwang Soo Buat ‘Comeback’ Dalam Drama “The Killer’s Shopping List”, Ini Sinopsisnya

0

Lee Kwang Soo, bekas anggota Running Man akan membuat kemunculan semula dalam drama terbaru “The Killer’s Shopping List” setelah kali terakhir membintangi drama pada tahun 2018. Drama baharunya itu akan ditayangkan di tvN dan Viu pada 27 April ini.

The Killer’s Shopping List merupakan drama thriller komedi misteri. Di dalam drama ini, Lee Kwang Soo akan digandingkan bersama pelakon cantik iaitu Seolhyun AOA atau nama sebenar Kim Seol Hyun.

dummy 1 1

Drama ini merupakan adaptasi novel karya Kang Ji Young. Tapi sebelum menonton, jom kita baca sinopsis drama “The Killer’s Shopping List”.

The Killer’s Shopping List ini menceritakan tentang kes pembunuhan misteri yang terjadi berdekatan dengan sebuah apartment.

Di lokasi kejadian, telah ditemukan satu resit daripada supermarket MS Mart, tempat di mana Lee Kwang Soo bekerja. Resit itu merupakan bahan bukti untuk kes pembunuhan misteri tersebut.

lee kwang soo becomes true crime expert in new drama the killer s shopping list

Lee Kwang Soo yang memegang watak sebagai Ahn Dae Sung anak kepada pemilik MS Mart, Jung Myung Sook. Dia pernah digelar sebagai seorang yang genius kerana mempunyai ingatan yang sangat hebat, tetapi hidupnya berubah selepas satu insiden yang berlaku di supermarket ibunya ketika dia berusia 10 tahun.

Ahn Dae Sung juga masih berusaha untuk lulus dalam peperiksaan untuk menjadi pegawai awam, walaupun sudah tiga tahun mencuba dan masih gagal.

AOA Seolhyun 1

Seolhyun AOA memegang watak sebagai Do Ah- Hee, yang merupakan seorang pegawai polis yang bersemangat. Do Ah-Hee merupakan kekasih hati Ahn Dae Sung sejak di usia muda lagi.

Jin Hee Kyung sebagai Jung Myung Sook, pemilik supermarket dan ibu kepada Ahn Dae Sung yang tak kenal erti takut.

Artikel Berkaitan: Ramadhan Raya Kembali Lagi, Ini 5 K-Drama Terbaru Yang Anda Wajib Tonton April Ini

Artikel Berkaitan: Dalam 24 Jam Seorang Bapa Harus Membunuh Seorang ‘Psychopath’ Demi Menyelamatkan Anak Perempuannya, Ini Review Drama ‘A Superior Day’

The Killers Shopping List

Ah-Hee telah menyiasat sendiri kes pembunuhan itu. Kemudian, Dae-Sung dan Myung-Sook juga turut membantu Ah Hee dalam menyelesaikan kes pembunuhan misteri tersebut. Satu-satunya petunjuk dari kes pembunuhan itu ialah resit yang dikeluarkan oleh MS Mart!

Dengan daya ingatan yang hebat, Dae Sung dan semangat yang berkobar-kobar dalam menuntut keadilan, Ah –Hee, dapatkan mereka bertemu dengan pembunuh sebenar? Semuanya akan terbongkar di dalam drama “The Killer’s Shopping List”.

Sempena Ramadhan Raya, anda boleh menonton/ muat turun drama Korea terbaru ini di Viu

Jangan lupa untuk aktifkan akaun anda ke Viu Premium, supaya anda boleh menonton semua drama dan filem pilihan anda tanpa iklan.