Home Kdrama/Kmovie Dalam 24 Jam Seorang Bapa Harus Membunuh Seorang ‘Psychopath’ Demi Menyelamatkan Anak...

Dalam 24 Jam Seorang Bapa Harus Membunuh Seorang ‘Psychopath’ Demi Menyelamatkan Anak Perempuannya, Ini Review Drama ‘A Superior Day’

0

Dalam masa 24 jam, seorang bapa perlu mengingati wajah pembunuh yang dia telah lupakan atau anak perempuan kesayangannya akan mati.

Siri mengejar penjenayah OCN yang menarik menunjukkan naratif yang menjanjikan. A Superior Day diadaptasi dari Webtoon genre thriller karya kreator Sweet Home dan Dr. Hound.

a superior day 43

Buat penggemar genre drama Korea thriller, “A Superior Day” haruslah ditonton! Jom baca review ‘A Superior Day’ di bawah.

Di episod 1, media membuat liputan tentang kes pembunuh bersiri yang tidak dapat diselesaikan. Lee Ho Chul (Jin Goo) yang bekerja sebagai pegawai bomba dan juga merupakan seorang suami dan ayah yang penyayang telah menerima satu mesej teks yang mengejutkan.

ba258ea7 be6b 4065 9016 14dde1936d9d c9ab08aa

Lee Ho Chul (Jin Goo)

Teks itu menyatakan “Saya akan memberitahu anda siapa pembunuh bersiri itu” dan terselit juga sekeping gambar di dalam mesej itu.

Gambar itu ialah gambar seorang lelaki memegang pisau yang berlumuran darah dan dia berada di sebelah orang yang dibunuh.

Lee Ho-Chul perasan bahawa lelaki yang memegang pisau berdarah itu ialah Kwon Shi-Woo (Lee Won-Geun), yang tinggal bersebelahan rumahnya.

lee won geun

Kwon Shi-Woo (Lee Won-Geun)

Kwon Shi-Woo (Lee Won-Geun) kelihatan seperti seorang lelaki muda yang baik hati dengan penampilan yang kacak, tetapi dia seorang ‘psychopath’. Dengan membunuh orang dia akan merasakan dirinya seorang yang hebat.

Kemudian, Lee Ho-Chul menerima satu lagi mesej teks lain yang menyatakan “Bunuh Kwon Shi-Woo dalam masa 24 jam. Jika anda tidak melakukannya, anda tidak akan berjumpa dengan anak perempuan anda lagi.” Ketika itu Lee Ho-Chul mendapati bahawa anak perempuannya telah hilang.

Orang yang menghantar mesej teks itu ialah Bae Tae-Jin (Ha Do-Kwon). Dia seorang pembunuh upahan, yang mengejar pembunuh bersiri Kwon Shi-Woo.

Ha Do Kwon 3

Bae Tae-Jin (Ha Do-Kwon)

Bae Tae-Jin merancang rancangan untuk membunuh Kwon Shi-Woo dengan mempergunakan Lee Ho-Chul.

Sebagai seorang ayah, Ho Chul hanya mempunyai 24 jam sahaja untuk mencari jalan penyelesaian demi menyelamatkan anak perempuannya.

Baca lagi: Sinopsis Again My Life: Bangkit Melawan Salah Guna Kuasa Dan Korupsi

Baca lagi: Ramadhan Raya Kembali Lagi, Ini 5 K-Drama Terbaru Yang Anda Wajib Tonton April Ini

8A7B5F84 8162 43DA BD3C 7798FF25C19C

Menarik bukan? Tak hairanlah jika drama ini mendapat sambutan hangat walaupun penonton tidak pernah membaca komik asalnya.

Anda boleh menonton kesemua lapan episod ‘A Superior Day’ di laman web Viu atau di aplikasi Viu. Muat turun aplikasi Viu di Google Play atau App Store.

Klik di sini untuk menonton secara percuma!