Home Lifestyle Lelaki Korea Ini Putuskan Hubungan Kerana Berasa Rendah Diri, Ini Respons Si...

Lelaki Korea Ini Putuskan Hubungan Kerana Berasa Rendah Diri, Ini Respons Si Gadis 

0

Seorang lelaki Korea mahu mengahwini teman wanitanya, namun akhirnya minta putus kerana berasa tidak mampu untuk membahagiakan si dia dari sudut material.

Bak kata orang Korea, “Bila kemiskinan mengetuk pintu, cinta pun melayang keluar ikut tingkap.”

Tidak sanggup bersua muka, lelaki yang dikenali sebagai Mr A itu pun mengirim mesej melalui KakaoTalk (WhatsApp versi Korea) kepada kekasihnya, Eun-kyung (bukan nama sebenar).

“Eun-kyung, saya dah fikir tentang hal ni, tapi saya rasa baik kita berpisah. Saya nak belikan awak benda cantik-cantik dan makan sedap-sedap, tapi situasi tidak mengizinkan sekarang ni. Selamat tinggal.”

Lelaki itu turut menambah yang dia berusaha mahu jadi yang terbaik untuk wanita itu, tetapi harus menelan pahit situasi dan realiti hidupnya yang sukar dan tidak berharta itu. Dia kesiankan Eun-kyung jadi dia mahu lepaskan wanita yang dicintainya itu.

Eun-kyung terus membaca mesej itu tetapi tidak membalasnya. Mr A merenung ruangan chat tersebut sehingga lewat petang namun hampa tiada balasan.

Dengan perasaan sedih, lelaki itu ingat semuanya sudah berakhir.

“Saya sayangkan Eun-kyung, sebab itulah saya lepaskan dia. Biarlah dia bahagia…”

Sehari pun berlalu dan sekitar waktu tengah malam, telefon Mr A berdenting menandakan ada mesej masuk, daripada insan yang ditunggu-tunggunya.

Eun-kyung yang mengambil masa lama untuk fikirkan hal mereka berdua pun bertanya,

“Oppa, adakah kemiskinan jadi penghalang untuk awak happy sepanjang kita bercinta ni? Awak tahu kan, saya bukan nak bersama dengan awak sebab duit. Tengok muka oppa pun saya dah happy. Kenapa jadi macam ni?”

“Saya boleh cari duit juga, cuma kita kena sama-sama bekerja keras. Tiada siapa boleh buat saya happy selain oppa.” katanya lagi.

Mendengarkan kata-kata gadis itu, Mr. A pun tersedar betapa bodohnya dia dan terus berlari ke rumah Eun-kyung.

Luahan Mr A di laman sosial itu pun viral di Korea kerana dalam dunia serba materialistik ini, masih ada cinta tanpa syarat. Wang mungkin boleh buat beli atau bayar macam-macam kecuali keikhlasan.

Sumber: [1]