Home K - Pop Masih Ingat Budak Lelaki Dalam Muzik Video ‘Gangnam Style’? Begini Rupa Dia...

Masih Ingat Budak Lelaki Dalam Muzik Video ‘Gangnam Style’? Begini Rupa Dia Sekarang

0

Masih ingat joget kuda PSY dalam ‘Gangnam Style’? Pada tahun 2012, lagu ini pernah mendunia dengan liriknya yang catchy dan tarian ikoniknya. Malah ramai yang obses dengannya.

Namun ada seseorang yang mencuri perhatian penonton iaitu seorang kanak-kanak lelaki yang menari dengan penuh semangat dalam muzik video berkenaan.

IMG 20220425 173641 023 e1650879663199

Namanya adalah Hwang Min Woo. Selepas menempa nama dalam Korea’s Got Talent pada 2010, bintang cilik ini dihubungi PSY dan sekelip mata jadi popular menerusi cameo video muzik tersebut. Ketika itu, usianya baru 7 tahun.

IMG 20220425 173634 779

Sepuluh tahun sudah berlalu, apa khabar agaknya anak muda ini?

Kini dia sudah jadi remaja dan aktif di media sosial seperti Instagram dan TikTok. Menggunakan nama @littlepsy_hmw, Hwang Min Woo kongsi gambar terkininya kepada 10,000 pengikutnya.

https://www.instagram.com/p/CYO34u4vEf-/?utm_source=ig_web_copy_link

Dan dia masih menari…